Hari ini 26 dec 2008 aisyah genap berumur 2tahun. Alhamdulillah ummi macam tak percaya pun ada aisyah dah 2 tahun. Sekejap pula rasanya. Ucap selamat pada dia pagi td, dia macam terkebil-kebil. Haha..mana lah aisyah faham agaknya kn. Tp semalam ummi dah ajar kakak cakap kalau ada org tanya umur kakak berapa, kakak jawab apa? Aisyah jawab 'saya umur 2 tahun..' Hmm..comel comel..
Hadiah?? mm..ummi dah belikan buku baru in advance beberapa minggu lepas. Addicted sungguh dgn buku budak2 ni, tapi mujur aisyah rajin membaca. Abah dia pun baru beli kan buku kamus baru juga utk dia dalam minggu lepas kot. Haa skrg duk ulang tgk pictures dlm tu, part plg suka dkat page playground. Hari2 usung buku tu mesti akan cakap 'nak tgk playground..'. Dulu suh kita buka kan page tu,smpai abah ummi dah ingat kat page 28 yea.., skrg ni dah tau cari sendiri dgn ayat ' haa..dah jumpa playground'. Bila dah jumpa dia akan sebut ni slide, ni swing, ni bla-bla.. pastu baru dia akan pergi page lain pula.
Abahummi tgh pk nak cari hadiah special sket dkat kakak rather than books je tp tak sempat lagi. Anyway, kalau takde kira aci lah buku tu kan.. hihi..
Progress setakat ni?? Aisyah memang dah banyak cakap, dah boleh buat sentence, ha dah byk ragam juga yea sampai tak larat nak layan. Dalam proses mengenalkan dia nombor. Well, dia dah hafal sangat bilangan satu hingga sepuluh dgn lancar dan juga one to ten dgn excellent juga except for seven dia akn sebut 'petent'. Sama juga dgn elephant, dia akan sebut 'ephetent'. Haa yg dua ni pyh sungguh nak bg betul. Jd, since dia dah tau sebut, skrg ni dlm proses nak kenal nombor tu pula. So far so good, dia pandai dah bila ajar dia guna satu buku tu, except for kena ulang banyak kali, yang ni ummi failed lagi nak buat tiap2 hari.. kena struggle up ummi!!
Dan ummi dah berjaya potong rambut dia. Huhu ingatkan payah, rupanya takde lah teruk mana pun. Sebab sebelum ni tiap kali ummi cakap, jom aisyah ummi nak gunting rambut, dia akan jawab 'tak nak! tak boleh!'. Puas pujuk pun tak nak juga. Dan tak tahu lah bila dua hari lepas, ummi ajak gunting rambut sambil dia tgk cd nursery rhymes dia, dia nak pula. Jadi berambut baru lah sekarang ni, nampak lah cute sket berbanding sebelum ni, serabai je, dah lah ummi nak ikat rambut dia tak bagi. Gambar nnt ummi upload kemudian.
Btw, ummi keje hari ni tp amik half day je sebab tghri ni nak bawak aisyah jalan2, kononnya ala birthday date dgn ummi lah ni. Since abah keje, kita pergi berdua je lah yea. ummi pun tak sure nak buat apa dgn aisyah ptg ni, tp mungkin bawak dia pg alamande je kot. Jgn tak tahu, dia suka pg sana siap cakap jom lah ummi, kita g carrefour (sebutan dia karfuu..). Huhu aisyah aisyah..
5 comments:
boleh ler aishah sambut birthday dengan adam. nama deme pun nama² insan terpenting dalam sejarah Islam, tak gitu... adam born on 28/12/2005 = 26 Zulkaedah (nape la nak tak sabar nak kuo eikk).
anak akak plak selalu dok skip nombor 6. tak tahulah kenapa. yang kakak dia pun sama... oh anyway, kakak dia lahir tahun 2004 je, tak jauh dari adam.
a ah mereka ni tak sabar nak kluar kn. Aisyah patut due end of jan 2007, tp keluar awal at 37 wks.
oo..dulu aisyah juga selalu skip no 6, tp skrg ni dah ok. Tp tu lah tang sebut no 7 jadi pethent pula. Anyway, kalau suh dia count, dia akan kira semua dari 1 hingga lah 10, walaupun benda tu ada 2 je. haha sbb tu kena cepat2 train kenal nombor ni..
hahahaha
comel laa aisyah!
haha
Happy birthday aisyah!
Kalau aisyah kuar on time, leh celebrate birthday ngan hanees. Birthday hanees 21 jan :-)
Part yg terlajak bila counting tu.....sama la ngan hanees. Tak kira la benda tu ada berapa sekalipun, hanees akan kira one until ten hehehe geng la ngan aisyah :-)
thank you mamahaness!
a ah geng lah dgn aisyah yea haness tu.. Hanees dh kenal nombor ke? Mirah tak dapat lagi nk consistent ajar aisyah.. Tak sempat sungguh... huhu
Post a Comment