Sunday, March 14, 2010

12.3.2010

Ia adalah Anniversary day kami yang ke-empat. Sekejap je dah 4 tahun dan anak dah dua.
Takde raikan sangat pun, cuma saya belikan slices of cakes (sambil buat pra-rasa sebab nak tempah kek birthday khadijah nanti), pastu orang itu request nak tiramisu cake untuk birthday khadijah. Aik sapa yang nak makan sebenarnya ni? hihi..mestilah kami yang dewasa ni makan banyak kan.

4 tahun yang penuh dengan kesenangan, kesusahan, kegembiraan dan kesyukuran. All blended together. Apapun, ia baru 4 tahun. Abang, moga kita sama-sama dapat melayari rumahtangga ini dengan jaya, baik, dan sentiasa dalam rahmat Allah jua. Kekadang ada waktu susah, namun kita harus bersama-sama menghadapainya. Semoga kita masih setia bersama hingga ke akhirnya. Ia bukan lagi soal bagaimana kita bermula, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita menghadapi sehingga ke akhirnya. Kita ada anak-anak yang diamanahkan Allah,dan besar sungguh cabaran membesarkan anak-anak hari ini. Adalah penting kerjasama dalam perkara ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan keluarga kita. Aminn.

another 1 month.
Khadijah genap 1 tahun 11 bulan juga pada tarikh ni.
Sekejap je dia dah nak 2 tahun, kalau tengok fizikal, memang tak nampak 2 tahun lah kan.
Alhamdulillah, khadijah dah sihat. Happy dia lately, suka senyum sengih pastu kiss muah muah.. :). Makan pun kira makan lah juga, nasi kurang juga, tapi dia makan yang lain lah. Masih breastfeeding, saya dok berfikir nak continue pump susu lepas dia 2 tahun ni ke nak stop dah. Kalau ikutkan malas, memang lah nak stop, tambah pula dengan kerja yang semakin banyak kan, tapi rasa kesian pula kat dia. Walaupun takdelah dapat bekalkan banyak botol ebm kat dia, tapi atleast, dia dapat minum juga. Mm..tengoklah nanti macam mana.

Kami tak de plan nak buat birthday party pun kat dia, cuma ingat nak beli kek dan makan sama-sama dengan keluarga mertua. Belum pernah sambut birthday dengan atok dia. Lepas tu, NICU hospital serdang ada call cakap nak buat gathering anak-anak prem (ya ni 1st time saya dengar pun, aktifkan NICU Hosp serdang ni) pada 19 april katanya. Ingat pada hari tu nak bawa kek juga ke sana. Like last year, memang on the birthday khadijah, kami bawa cupcakes dan khadijah sekali pergi NICU dan jumpa dengan Dr. Rohaizah. Saja, sebagai tanda syukur, terima kasih dan ingatan kami pada staf NICU hospital serdang yang banyak menolong kami especially menjaga khadijah dengan baik lah kan selama 71 hari dia di NICU dulu. Mana mungkin dilupakan begitu saja kan.

Menjejak kami ke sana seolah mengimbau kenangan lama. Jelas dan penuh tergambar saat-saat sukar itu, apalah nilai sebiji kek buat mereka tersenyum dalam serius menjalankan tugas dengan usaha mereka menyelamatkan anak itu dengan izin Allah suatu masa dahulu. Dengan berkat iringan doa semua orang. It was hard, but it was too precious to remember.

p/s: orang berbudi kita berbahasa.

10 comments:

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 said...

selamat hari ulangtahun ke-4
tahniah buat kak mirah n suami :)

Dayah @ Real Ummu said...

happy enibeseri Mirah dan suami...semoga bahtera akan terus bahagia dan diredhoi..

Anonymous said...

happy anniversary...Alhamdulillah.....

Rozy said...

selamat ulang tahun mirah and husband... semoga terus kekal bahgia..

Nieza Ishak said...

selamat ulangtahun perkahwinan mirah, semoga sentiasa dirahmati allah swt.

nieza rabu ni .. hihihi
yang ke-4tahun jugak ...

rafiza said...

owh, rupanya akak kahwin tahun yang sama dgn saya, dapat aisyah pun tahunyang sama..

insyaAllah, kami pun ulangtahun ke4 bulan ogos ini..

Semoga pasangan ini sentiasa diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh NYa..

Fiza Rahman said...

Happy 4th Anniversary to both of you. Smoga berkekalan hingga akhir hayat (^_^)

mirah said...

Salwa,
terima kasih.. :)

Dayah,
insyaAllah amin.. :)

Mamamiya,
ya alhamdulillah 4 tahun yang penuh makna... :) thanx.

mirah said...

Rozy,
terima kasih.
Insyaallah. :)

Nieza,
tq
Oh lbh kuranglah ya anniversary date kita.
happy anniversary in advence juga utk nieza dan suami.. :)

mirah said...

Rafiza,
terima kasih.
Ya aisyah lahir 26 dis 2006, pada 37 minggu.
Patutnya ikut ate dia lahir akhir januari 2007.
Takpelah, dah nak keluar awal kan. :)

Fiza,
InsyaAllah. Terima kasih fiza :)
Lama tak jumpa, join tak next sgm nanti? hihi..