Monday, March 29, 2010

Pesta Buku 2010

Dah berakhir semalam dan kami pergi.
Sampai sana dalam pukul 10.20 pagi. Dapat parking kat roof top Hentian Putra tu.
Wah orang ramai amat. Kami straight je pergi nak cari buku latihan untuk aisyah, memang itu je tujuannya, nak melencong tengok buku-buku lain pun tak daya dah, dengan mengelek si kecil berdua tu. Singgah satu booth tu, nama apa entah, beli buku latihan dia lelong satu Rm2, beli 4 buah buku kot, bagus-bagus tau bukunya biar murah, sangat suka dan easy to learn bagi aisyah. Dari observation kami lah kan. Semalam dah start buat. Eh sebelum tu, singgah telaga biru, ada jual cd lagu nasyid yg murah. Abah dia lah nak beli cd nasyid ni, sanggup tu tunggu book fair beli murah dari beli yang harga asal, biarpun album tu dah lama keluar. Takpelah bang, lagu nasyid ni memang tak benyak berubah. In fact, saya lebih gemar album kumpulan nasyid yang dulu, bukan lagu nasyid yg kontemporari sekarang ni.

Pastu tuurn ke ruang legar bawah, aisyah berhenti lama sebab dia syok tengok budak-budak pakai costume menyanyi. Siap pergi duduk tu. Puas ajak berganjak, dia taknak. Oklah tunggu sampai habis, mujur 2 lagu je, kalau kumpulan tu nak nyanyi lagi 5 lagu ke, harus ummi pun cari tempat duduk gak. Hihi. Pastu pergi lah nak cari booth Ana Muslim. Sebelum sampai ke sana, sempatlah aisyah bodek abah dia belikan Cd lagu kanak-kanak untuk dia. Bila sampai ke booth Ana Muslim, fuh sesak amat. Macam takde udara dah pun ya. Aisyah dah mula meragam sebab dia penat katanya. Dia request nak wallet Ana Muslim. Saya cakap kat abah dia, belikanlah. Dia duduk kat kerusi sambil tunggu abah dia pilih previous volume majalah Sayang Muslim sambil saya dukung Khadijah. Khadijah lak nak tidur, nak menyusu. Aih adik, kalau tempat tu lapang sket je, boleh lah ummi selak je bagi, ni asyik tertolak ke kiri kanan je. Last sekali dia tidur sambil saya henjut-henjutkan je. Ok settle sorang dah tidur.

Dah habis situ, saya cakap kat suami, jomlah cari tempat rehat jap. Kami melepak kat kerusi di ruang legar tu juga, lepas 10 minit baru lah jalan nak naik atas. Nak balik dah. Mula-mula ajak suami pergi booth karangkraf nak juga cari majalah dekor ke, laman ke, impiana ke kan, tapi bila tengok ramai orang, surrender lah, jom balik. Itupun jenuh nak keep eyes on aisyah je, kejap ke sana, kejap ke sini. Kejap hilang pula. Pusing-pusing kami cari dia. Nak sampai ke atas pun punya lah lama, sempat juga singgah kedai fargoes, beli lagi buku untuk aisyah, Rm3 satu, beli 3 buah. So kakak aisyah, habis dah budget beli buku buat masa ni. Kakak kena habiskan semua buku yang ada, baru ummi beli baru ok :)

Jam lebih kurang pukul 12.40 kami dah dalam kereta. Aisyah selamat tidur selepas tu, khadijah je lah duk bising sebab dia kan dah tidur tadi. Kesimpulannya, nak kata berbaloi pergi pun entahlah. Tapi, oklah dapat beli buku yang elok dengan harga macam tu. Itupun kami tak jengah semua booth, mahu kalau pergi semua, lagi banyak shopping. Haa sebab tu kena tuju-tuju je tempat nak pergi. Kalau tak, tak sedar duit habis. Tahun lepas pergi sendiri, tak bawa anak. Memang bestlah dapat duk lama kat satu-satu booth.

Pesta Buku tahun depan tak tahu lagi. Kita tengoklah macamna nanti ya..

3 comments:

hazlina said...

I dah follow you..jgn lupa follow i plak ye..:)

rafiza said...

salam,
kak,
kami pun pergi lagi sekali ahad tu..kami sampai dalam jam 12..tapi sbb cari parking area seberang, lambat gak masuknya..

sy memborong dekat rm300..buku budak2, flash card..majalah lama2, n langganan..beli satu je buku pengisian-'isteri dan puteri Rasulullah'

yang kelakarnya, masa survey 17hb dulu, iye2 bawak bag galas..tapi tak beli papa..just beli buku di the mall
tapi kali ni, bawa beg duit je..masing2 kanan 4 kiri 4 beg plastik..terkedek2 berjalan..

kahkah, mmg planning merepek2 kali ni..sbb dah bawa banyak beg tu, siap gilir2 lagi masuk dalam hall..memula en suami..then kebetulan masa tengah menunggu tu ada sekali kawan en suami, bila dia dah habis round minta permissionla nak round sendiri..mereka berbual2 sementara tunggu sy round..tu pun nasib baik tak sempat pegi area open hall di lobby..kalau tak lagi habis duit..

haha..should be better planning next year..beli trolly ke, sewa hotel ke..

mirah said...

hazlina,
done.. :)

Rafiza,
waah boleh tahan shopping buku tu. Takpe yang pennting dapat habiskan baca dan buat semuanya. Buku anak-anak dah byk kat rumah ni sampai tak terbaca. Board book. Masa aisyah kecil, kami mmg rajin belikan dia buku. Flash card pun sama, tp tak pernah consistent ajar. Haha mak nya yg malas nak ajar..

Skrg beli buku latihan, adik lak guna buku kakak. Akak tak beli buku pun sbb yg last year punya tak hbs baca. Tunggu next year blh shopping laagi..