Friday, March 5, 2010

Dear Khadijah...

Khadijah, cepatlah sihat ya. Ummi kesian kat adik yang demam, batuk, selsema,takde selera makan, dah makin susut badan ummi tengok. Alhamdulillah bila tadi buat blood test, result adik ok, tak menunjukkan ada infection ke apa. Cuma Doc pun risaukan bunyi wheezing yang datang balik tu. Kita ada appointment repeat neb sekejap lagi. Adik jangan lah nangis ya, tadi dah nangis banyak masa auntie nurse tu ambil darah adik, kan. Sampai tertidur adik lepas tu. Moga cepat sembuh, ya nak. InsyaAllah..

Gambar tu ialah gambar plastik ubat-ubat aisyah, khadijah dan saya masa pergi PK minggu lepas. Aisyah dan saya dah recovered. Tinggal khadijah je belum. Please sama-sama doa untuk khadijah moga dia cepat sembuh ya. Kesian tengok tubuh kecil tu. Tengahari tadi pergi Az-zahrah, ambil darah dan ambil neb sekali, Doc cakap kahak still banyak, suh datang lagi petang ni. Dan kena on balik makan singulair nampaknya.

p/s: susah hati kan bila anak tak sihat, tambah lagi dengan si khadijah yang prem itu. Saya pula banyak unsettled tasks kat pejabat. Huhu berdebar ni, takut dia kena admit pula. Minta dijauhkanlah. Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan menghadapi semuanya...



5 comments:

rafiza said...

Salam
kak, mmg risau kan, bila anak sakit, tapi kerja bertimbun di pejabat..walaupun dapat bos yang faham, kita tetap rasa bersalah..dengan anak pun sama..kadang2 rasa macam, kalau kita jaga dia betul2 mesti dia tak sakit..dia sakit ni sebab kita tak jagalah..
ntahla, bila tiba saat macam ni, sy rasa susah sgt nak overcome..

ummifiza pun doakan khadijah cepat sembuh..

Ina Hashim said...

moga khadijah cepat sembuh ye sayang...

mirah said...

rafiza,
mmg payah tp kena hadapinya juga. I've been thru byk phases dah, since khadijah small sampai skrg. Pengalaman byk membantu. Bila dah dalam ekadaan mcm ni, lagi aktif kita berfikir sebenarnya kan.. hihi.. yang penting, banyakkan tawakal. Kekadang perancangan Allah itu maha hebat..

mirah said...

K Ina, thanx.
Alhamdulillah, nampak keadaan dia hari ni better. Demam dah takde, batuk dengan selsema still ada. Tapi, tak nak makan. Langsung tak makan. Minum susu dengan air masak je. Pengasuh cakap, bila nampak dia bawak bekas nasi, khadijah dah tutup muka dengan tangan. Huh macamane nak gemuk...

Salwa said...

khadijah manis...cepat sihat ye sayang
p/s : sis, gerun tgk ubat banyak2...