Sunday, March 28, 2010

jatuh nilai?

Kita ni memang dah berada di akhir zaman, kan. Akhir-akhir ini, banyak sungguh kita dengar cerita kes buang anaklah, sumbang mahram, zina, dadah, dan pelbagai lagi masalah gejala sosial. Saya gerun mendengarnya lantas terkenangkan dua anak perempuan saya. Kalau dipanjangkan umur, bagaimana lah persekitataran mereka bila menginjak usia remaja nanti, pendek cerita in another 10 years lagi. Takut dan risau sebab jika didikan kita di rumah tak mampu menguatkan jatidiri mereka. Hari-hari saya lalu depan sekolah menengah kat tempat saya ni lah kan, saya tengok tanpa segan silu, budak laki dengan perempuan dok dekat-dekat berbual mesra. Seingat saya, kami masa sekolah dulu berkawan dengan kawan lelaki juga tapi kami tahu batas jarak pergaulannya. Sampai sekarangpun, kalau boleh nak jauh setengah ke satu depa. Crucial sungguh saya rasa masalah pergaulan ini, kalau dah boleh bercuit bahu, bertepuk bertampar, berlaga siku tanpa segan silu biarpun atas alasan apa, saya rasa ia satu kejatuhan nilai.

Wanita itu dipandang mulia jika pandai menjaga kehormatan diri, janganlah berlebih sudu dari kuah, juga si lelaki janganlah menggalakkan pula. Saya hilang kata bila melihatnya. Setiap tindak tanduk kita mencerminkan inner side dalam diri kita. Sama juga yang tak segan berpegangan tangan atas nama pasangan kekasih. I am so mad about this. Marah itu bukan tanpa sebab, bukan juga sebab cemburu, tapi marah itu sebab takut dari berpegangan tangan itu menuju pula ke lembah zina. Bila dah berduaan itu, pasti ada yang ketiga iaitu syaitan kan. Jangan kata, eh takkanlah kami nak buat macam tu. Cuba tengok kes yang terlanjur, termengandung dan akhirnya buang anak itu bermula dengan apa? Memang belum jadi, boleh cakaplah macam tu, kalau dah jadi? Kalau kita duk dalam dosa, bagaimana Allah nak makbulkan doa? Bagaimana Allah nak lorongkan ke jalan yang lurus? walaupun kita mengaku Tuhan yang sama. Boleh tak kalau Allah mahu, Dia balikkan hati kita dan kita mungkin meninggal dalam berbuat dosa? Semua dalam kuasa Allah.

Kesian sungguh bila tengok anak kecil yang tak berdosa dibuang. Ya Allah, meruntun hati. Bagaimana sanggup seorang ibu melakukannya? seorang ibu yang sepatutnya membela dan menenangkan tangis si anak? kalau difikirkan sebab mulanya, di samping didikan agama yang kurang sempurna, eh tapi ada juga yang berpendidikan agama, tapi mereka terjebak sama. Banyak faktor sebenarnya, cuma kali ini saya nak highlightkan faktor media. Saya bukan anti-tv. Rumah saya ada tv, yang saya nak highlightkan ialah, pengaruh dari cerita-cerita barat, hindi ke, pendek kata yang tidak berunsurkan ISlam itu terlalu banyak di kaca tv dan mendorong rasa ingin buat sama. Berkasihan, bercinta, berpegangan tangan, berdating, berasmara etc. Allahuakbar, banyak sungguh cabarannya. Janganlah kita ikut, dan pengkarya filem pula, sudah-sudahlah buat filem yang mengajak orang meniru cara barat. Artis pula, tunjuklah contoh yang baik, kalian ada peminat, biarlah kerana anda, pencetus orang lain buat kebaikan,kan berganda pahala kalian.

Saya bukan beremosi, cuma saya risau. Saya risau bagaimana anak-anak saya membesar dalam persekitaran sebegini, saya risau pada adik-adik lelaki saya, pada saudara mara, pada rakan taulan. Dan semua itu bermula kerana rasa kasih-sayang pada semua. Dan saya risau jika tidak mampu memberikan yang terbaik buat anak-anak lantas kami dipersoalkan kelak. Duhai Tuhan, tetapkanlah hati-hati kami dalam iman, dalam Islam sehingga hujung nyawa kami.

ps: coretan rasa dinihari, jika ada yang terasa, maaflah tapi kutiplah bahagian yang baik itu, anda sudah cukup matang dan bijak menilainya. Bukankah berpesan-pesan kepada kebaikan itu satu tuntutan?

5 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

mmg risau masa depan anak2 kita.apatah lagi anak2 kita la ni perempuan... satu pagi tu dayah dengaq radio on the way p keja, kebanyakkan radio bercertia tentang kes2 ni..termasukla radio2 hibuan..mcm2 pendapat yg diberikan...kita hanya dpt emberikan pandangan, tapi dari segi penguatkuasaan bukan hak kita...kita bukan cikgu kat sekolah..apa yg kita dpt buat adalah dlm lingkungan keluarga kecik kita ni..mendidik anak..dan terus berdoa agar anak2 kita dilindungi..bila terdengar atau ternampak perkara2 yg tak baik ni, terus cepat2 berdoa utk anak2 kita...on the spot.. bukan nak tunggu lepas solat je kan...itu la antara perkara2 kecil yg dpt kita lakukan...walaupun nampak ringan, doa itu la senjata yg hebat... wallahu'alam

Nadiah Sidek said...

nadiah pun risau la kak. makin menjadi2 skrg ni gejala sosial. perempuan lelaki dah tak segan silu bertepuk tampar. alhamdulillah la nadiah ni jenis pemalu & pendiam..tu yg nadiah tak bergaul sgt dgn lelaki. yg paling risau..anak la. minta2 la dijauhkn perkara2 mcm tu dpd berlaku kat keluarga sendiri..ameen..

Fid said...

setujuuuuuuu

tapi kalau kita kata orang kata kita ni kolot

mirah said...

Dayah, sama-sama kita doa. Jika kita nak ubah masa depan, ia bukan usaha seorang. Ia usaha bersama.

Moga kita diberikan kekuatan untuk tabah dan istiqamah mendidik anak dan jangan lupa, aspek penguasaan ilmu juga penting bg kita agar kita tidaklah menetang arus bila mendidik anak2 nanti..

Nad,
ya kita doa moga Allah tetapkan kita dalam iman. Hati kita ni senang je berbolak-balik, semua dlm urusan Dia kan..

mirah said...

K Fid,
takpelah kolot perangai sebegitu dari kolot jiwa di sisi Tuhan kan k fid.

K Fid, pg sgm ke? saya tak pegi dok teringat k fid je. Apakah? hihi next timelah kita jumpa ya...