Sunday, March 21, 2010

sambungan kisah tak sampai 2 tahun..

Sapa nak tahu cerita awalnya, boleh tengok previous entry ya.
Khadijah still di wad NICU masa tu, stok ebm dah banyak penuh peti, ada terfikir nak beli deep freezer tapi entahlah masa tu, rasa kurang yakin kot. Saya siap pergi consult dengan k rita mlo macammana nak atasi masalah saya, share stories about khadijah, cari kekuatan. And she was there for me. Sangat membantu. Thanx k rita. Output pump still sama walaupun dah kurangkan sesi. Khadijah still minum sikit, saya letak dalam bekas dadih kecil tu, ada lebih kurang 2-3 oz rasanya, tu pun sekali minum tak habis banyak tu.

Masalah lain timbul bila dia balik rumah, dia tak pandai nak latch, took some times juga baru lah dia dapat positioning dengan baik. Lepas tu, suction tak kuat mana pun. Kira tak empty breast tiap kali minum, lelama i'm used to it. Ikut je lah ragam dia. Bila umur dia 2 bulan setengah, kena hantar ke rumah pengasuh, waktu ni kira tawakal sahajalah. Dia reject botol pula. Macam-macam puting try, wide neck, orthodontik etc. Last sekali dia nak puting yang kemek sket brand fiffy je kalau tak silap. Tu pun sekali minum 1-2 0z, then gradually naik ke 2.5 oz. Lama juga itu je lah dia boleh habiskan tiap feeding. Stok memang banyak. Ada suatu hari blackout, huh rasanya berpuluh-puluh ke sampai ratus juga kena buang, ada entry pasal ni dulu, tapi malas nak cari.. hihi. Masa tu since aisyah pun dah 2 tahun, saya decided stop bagi dia fresh ebm dan mula buat stock frozen untuk khadijah banyak-banyak. Saya pump 3x di ofis, dengan purata dapat lah 15-20 oz lebih kurang. Dan makin lama makin menyusut. Khadijah memang bukan heavy feeder, bukan juga sebab dia malas, tapi saya rasa perut dia memang kecil kot. Sehingga ke hari ini, umur dia 23 bulan pun, tiap kali minum dia boleh habiskan 100ml/ 3 oz lebih je. Kalau bagi lebih, memang membazir sebab dia takkan habis minum.

Saya bersyukur sebab ada pengasuh yang baik untuk anak-anak saya. Kakak tu pandai adjust thaw kan ebm ikut keperluan khadijah. Masa beberapa bulan awal dulu, saya bekalkan 8 x 2 oz susu, kira ada 8 botol. Pergh jenuh basuh botol masa tu, eh bukan saya, abahnya yang buat. Bila dia minum dah lebih 2 oz, saya mula isikan ebm dalam botol mlo tu, biasanya saya bekalkan 4 x 4-5 oz susu sehari. Itu je yang dia nak minum, nak kata makan banyak tak juga. Bila di rumah, takde pun juga nampak dia minum susu dengan banyak atau macam tak cukup susu. Berat juga naik slowly. Paed dia cakap ok, dont expect berat dia akan naik mendadak, tengoklah berat lahir dia berapa kan. Sekarang, saya bekalkan 6 x 3 oz fm ke rumah pengasuh, kekadang habis tapi biasanya ada tinggal satu kali feeding tak luak. Saya dah pesan pada kakak tu, bagilah dia nak makan apapun, tapi kakak tu cakap khadijah tak nak. Saya akuinya, sebab kat rumah pun, bila tanya adik nak makan, dia geleng kepala. Bagi letak dalam mangkuk pun, dia tolak dengan tangan. Ada yang cakap, bagilah apa yang biasa saya makan. Memang dah bagi pun, dah memang saya yang masak bekal mereka. Bawa bekal biskut, cereals lah, macam2 lah tapi yang makannya sedikit je. Saya memang pasrah. Multivitamin dah bagi, in fact since dia di wad pun doktor memang dah bagi, vitamin C lagi, scott emulsion. Bila time dia tak sihat, lagilah selera makan takde.

Dalam kesibukan saya di pejabat dan juga dalam menguruskan anak-anak, saya juga takdelah menjaga pemakanan sangat tapi saya memang tak skip mealtime, 3x sehari memang wajib, diet pun tak sempat lagi, demi anak sebab takut bila tak cukup makan, tak dapat produce susu. Makan supplement, kalsium, ada juga try alfalfa etc. Dan saya perasan tiap kali ada cuti panjang, saya kurang mengepam sebab boleh bagi direct bf kan, lepas habis cuti tu, saya dapati amountnya berkurang. Saya still mantain pump sekali sehari, biasanya di waktu pagi. Dan paling mengejutkan, bila balik dari cuti raya tahun lepas, sekitar september kan, susu sangat drop takat pump dapat 4 oz je. Since that, memang dah tak naik-naik lagi, masa tu khadijah umur 17 bulan. Dapat survived dengan frozen ebm je. Saya berusaha makan itu ini untuk kembalikan susu tapi tak dapat. Akhirnya, sehari dapat hasilkan 10-12 oz, kira pump hari ini untuk esok je lah dan makin menyusut. Saya tak dapat nak bekalkan dengan susu badan je, mulanya ingat nak bagi je lah apa yang ada dan bagi makan lebih, tapi memang tak boleh. Kesian kat dia.

Dalam masa 6 bulan terakhir ni, mula-mula dapat bekalkan 3 x 3 oz ebm, dan sekarang dapat 1 x 3 oz je. Huh nak kata tak sedih, memanglah sedih tapi apa daya saya, saya perasan susu makin kurang, bila kat rumah, memang dia nak direct je, unless dia rasa tak kenyang. Bila malam, dia sanggup minum air masak selang seli dengan menyusu dengan saya. Bila kesian, saya buat juga susu fm, tapi dia taknak. Kekadang, sebelum tidur dengan saya, abah dia bagi dulu susu botol, tu pun buat 2 oz lebih je, ada waktu habis, ada waktu tak. Sebab nak bagi dia kenyang dulu, dah lah biasanya dinner taknak, kalau makan nasi pun, berapa biji je dia makan. Hanya waktu-waktu tertentu dia makan, memang kalau masa dia nak makan tu, kami concentrate kat dia lah.

Ada lebih kurang 2 minggu lagi dia nak cecah 2 tahun. Saya akan continue bagi dia susu badan sampai dia nak wean off sendiri. Macam tak percaya dah nak 2 tahun, saban hari dok angkut cooler beg, pump ke pejabat juga ke mana-mana kami pergi, baik balik kampung, mahupun bercuti. I'm gonna miss the moments soon, tapi ia adalah pemberian terbaik saya untuk khadijah demi kelangsungan hidup dia. Saya tak percaya juga saya boleh pergi sejauh ini (ya saya tahu ramai yang berjaya menyusukan anak 2 tahun), tapi considering kes saya ini, saya bersyukur sangat.Terima kasih juga khadijah sebab inspire ummi untuk terus bertahan. Ummi buat semua ini untuk khadijah. Kalau ummi mampu, memang ummi bagi khadijah susu badan sampai 2 tahun je, dengan keadaan kesihatan adik yang belum optimum, maksudnya since dah mixed feeding ni, adik kerap pula tak sihat. Padahal sebelum ini, masa adik fully bf dengan ummi, adik jarang sakit, kalau demam pun sekejap je. There you see, the miracles of breastfeeding.

Akhir sekali, banyak pengajaran boleh diambil dari kisah saya ini. Mengepam susu kena consistent dari awal,kalau dapat yang not so heavy feeder macam khadijah ni, lagilah kena cekal hati. Saya juga patut buat stok banyak-banyak dari awal, eh memang dah banyak tapi kena beli deep freezer kot lepas ni. Mana yang baik tu ambillah buat contoh, mana yang tak elok tu, buat sempadan lah kan. Masing-masing ada bahagiannya.

Saya sentiasa menyokong penyusuan susu ibu selama 2 tahun untuk setiap anak, kalau boleh selagi bolehlah kan, kegagalan saya tidak melunturkan semangat. Misi akan diteruskan untuk anak seterusnya nanti. InsyaAllah.

6 comments:

syikin said...

mirah
thanks for sharing...
you have done your best!

Dayah said...

Mirah...
Mirah dah buat yg terbaik, malah lebih baik dari kami yg tiada exp anak premie..dayah walaupun hny fully bf smpi SI 1thn 6 bulan dan hanya weanoff masa dia 2 thn 1 bulan , tidak berasa ralat malah syukur diberi kesempatan ini...


utk anak yg seterusnya, moga kita diberi lebih kemudahan dlm bf journey utk anak2 kita..

mirah said...

Syikin,
ur welcome.
Sekadar perkongsian bersama.
Thanx.. :)

mirah said...

Dayah,
thanx. Kata-kata Dayah menambah rasa semangat mirah.
Tu lah insyaAllah utk anak sterusnya kita berusaha lagi kan.

Mummy Harith Hannah said...

Owh Mirah,

Pagi2 lagi dah buat mataku berkaca-kaca. Huhuhu...

Betul tue, sememangnya tiada supplements yang lebih baik dalam dunia nie, melainkan "susu ibu"! Owh, hatiku mmg sgt2 tersentuh bila baca perjuangan BFing mommies nie.

Both Mirah & Khadijah dah buat yang terbaik. Congrats!!! Sket jer lagi 2 weeks tue, and yes, continue (even mix-feed pon) sampai Khadijah nak wean off sendiri nanti... ^-^

mirah said...

Arnie,
thanx.
Ya perjuangan akan diteruskan ni.. :)