Thursday, March 25, 2010

no connection

Sepanjang minggu ni, ada internet problem kat ofis kami, jadinya tak dapatlah nak online, blogwalking blog kawan..hihi, tu tak pelah lagi, ni nak buat kerja, nak send email, nak download borang, semua pending. Masing-masing bawa balik keje ke rumah, termasuklah saya. Urusan email-email ni settlekan kat rumah je, sapa yang ada broadband tu kira oklah dapat survived lah online internet kan, tapi macam pengguna streamyx macam saya ni, nak angkut apa kan?

Tapi, ada juga baiknya, saya dapat semak fail lama, buat kerja tertunggak, kerja yang nak deadline dan siapkan sket-sket, sempat baca TTD by FT. At least takdelah berpinar mata ngadap pc je. Cuma, time ada urgent nak guna internet tu tak dapat nak tolong lah kan. Maybe akan berlarutan sampai akhir minggu ni.