Makanya saya tak mungkin berkesempatan update blog mahupun blogwalking sampai selesai audit jumaat ini. Cakap soal kerja ini tak pernah habiskan. Dan saya perasan yang dah lama saya tak menulis sesuatu yang 'heavy' kat sini, sesuatu yang meminta kita berfikir lah kan. Bukan tak ada idea, tapi tak sempat nak duduk menaip. Lagi satu, bila masa terhad, ruang untuk membaca juga semakin hilang, maka nak menulis apa kalau input takde kan.
Pesta Buku Antarabangsa akan menjelma lagi. Duk berfikir nak pergi ke tak, buku-buku yang beli tahun lepas masih belum berusik pun, fuhh setahun buku tu elok je kat rak. Hari-hari saya tengok tapi tak mampu nak selak. Baca buku FT: tunggu teduh Dulu pun baru habis bab prolog. Apakah?? hihi masa memang terhad atau saya kena lebih bijak menguruskannya?
Apapun, isu semasa akhir-akhir ini banyak meruntun jiwa, soal buang anak, masalah sosial, kemeruduman ekonomi tapi yang paling crucial masalah institusi kekeluargaanlah kan. Jatidiri seorang anak itu bermula dari rumah, jika sebuah rumah yang patutnya membela dan memberikan perlindungan sewajarnya tidak diperoleh, bagaimana pembinaan jatidiri anak yang cemerlang dunia dan akhirat mampu dicapai? Susah nya menjaga anak hari ini, bukan susah soal nak cari rezeki suap kat anak, tapi soal bagaimana nak membangunkan jiwa mereka dan mendidik untuk mendepani dunia hari ini yang sungguh materialistik dan membimbangkan dari segi pengaruh duniawinya. Huh hari-hari termenung bila baca paper dan terkenang anak-anak sendiri.
Cubalah renung-renungkan la ya. Kita semakin hampir ke destinasi sana. Cukupkah bekalan yang ada? - tanya diri sendiri gak lah ni..
3 comments:
selamat beraudit..dayah pun 2 minggu ni internal audit ..minggu ni jadi auditee, next week jadi auditor...
Dayah, selamat beraudit juga tu ya.. :)
Post a Comment