Tuesday, March 2, 2010

Teh susu & gambar SGM

Oh tajuknya memang sungguh main letak je lah ni.. :)
Sebabnya hari ini saya minum 3 cawan teh susu, eh kira banyaklah tu bagi saya yang ada masalah perut dengan teh sebelum ni ya. Secawan di taklimat tncpi pagi tadi, pastu balik ofis, minum lagi secawan sambil cicah 2 keping roti (saya belum breakfast waktu tu ya) pastu petang tadi lepas latihan kebakaran, minum lagi secawan. Takde pula rasa kembung perut atau pusing-pusing kepala. Adakah maknanya sebelum ini ia hanyalah penangan psikologi je tak boleh minum teh ni? apapun, alhamdulillah lah kan. Nikmat tu dapat balik, kang esok Allah tarik nikmat lagi, kelip-kelip mata je lah tengok teh susu tu kan..

Sempat saya tulis entry petang ni, nak letak gambar sgn tempoh hari, khas buat Dayah :). Gambar ni saya ambil dari fb rafiza. Thanx dear!

SGM - Taman Tasik Cempaka, Bangi - 28 Feb 2010

Saya nak pump susu then nak balik. Sekian, entry ringkas saya.

8 comments:

Dayah said...

thanks Mirah..dayah ni suka benor tengok gambar orang bergath..heheh

Fid said...

amboi amboi bukan main lagi yaa

Nadiah Sidek said...

cicah roti dgn teh susu?? janggal lak dgr. sedap ke? kalau cicah dhn teh o mmg sedap. dgn teh susu tak pernah cuba lak lgpun tak brp minat teh susu. oh, tp suka teh susu mak mertua buat...kaw!

nnt blk m'sia nk join gathering gak la! jeles betul tgk gmbr2 org gi gathering nih

Nadiah Sidek said...

*spelling error: 'dlm' teh o, bkn 'dhn' :D

mirah said...

Dayah,
kalau ada, apa salahnya kongsikan..
kalau takde, yang tak boleh nak tolong tu.. hihi..

K Fid,
hihi kenapa k fid tak datang? next sgm datang lah ya...

mirah said...

Nadiah,
dah tu je yg tinggal. Huhu..
Nasi lemak diaorg dah habiskan. Tinggal roti kosong je, belasah je lah cicah dengan air teh. Not bad rasanya, mcm cicah milo gak.

Ke sebab lapar, maka semua rasa sedap? lebih kurang lah tu kot.. :)

Fid said...

saya balik kg laaa
ya next i'll join sbb topik itu i suka
mitos u
i ada benda nak sangkal mitos mitod semua

tunggguuuuuuuuuuuu

mirah said...

k fid,

oh blk kg. ok ok..
nanti next sgm kita jumpa ya, tu pun insyaAllah kalau takde aral apa kan.. :)