ya kisah saya breastfeed khadijah tak fully sampai 2 tahun. Saya akur pada kemampuan diri tidak dapat menghasilkan susu mencukupi buat bekal khadijah kala usia dia di akhir 18 bulan. Lebih kurang 5 bulan lepas. Ini sekadar coretan untuk dikenang pada masa hadapan dan kira sort of post-mortem jugalah. Janganlah ada yang kondem saya, atau kata saya tak berusaha bersungguh-sungguh. Bukan mudah untuk membuat keputusan itu, kena consider juga yang si anak itu dah lah underweight, born prematured dan tidak mempunyai selera tinggi terhadap makanan lain.
Niat di hati memang ingin fully breastfeed (hanya memberikan susu badan sahaja pada anak- kot ada yang tak faham pula kan :)) sampai khadijah cukup 2 tahun dan hingga dia nak wean off sendiri lah kan. Tapi, apapun saya bersyukur jugalah sebab dapat fully berastfeed kan dia selama 1 tahun 6 bulan. Pencapaian terbaiklah buat saya setakat ini dan masih breastfeed kan khadijah di samping tambahan susu formula.
Masa aisyah dulu, dapat fully breastfeed selama 11 bulan je, then saya dapat tahu pregnant kan khadijah, susu memang tahap sikit amat dah, tambah pula aisyah memang dah reject nipple since dia umur 5 bulan, sebabnya asyik dok bagi susu badan dalam botol sebab susu banyak sangat pula hingga dia dah seronok dengan puting botol, terus taknak direct, saya pula masa tu memang tak expert lagi pasal bf ni kan, takde lah pula nak dapatkan khidmat nasihat pembantu ke. Sudahnya, pump je lah susu sampai 11 bulan. Masa aisyah dulu, susu memang heaven, tempat nak simpan pula terhad, sebab masa tu duk dekat rumah mak, peti ais kecil lagi masa tu, yang satu pintu tu. Kisahnya peti lama rosak, ingat buat sementara pakai je lah yang kecil tu, lastnya beli baru sekarang ni. Ingat lagi, masa dalam 2 minggu pertama tu saya pump susu pakai tangan je, mula-mula sekali perah dapat 1 0z, then 2, 4 hinggalah 6 oz untuk sekali perah. Memang benar kata pepatah, practices make perfect! sampai pernah dapat 12 oz sekali perah pun ada. Asyik basah je baju. Tu yang sampai aisyah pun confuse, susu pun banyak perah, simpan, buang pun banyak sebab kurang ilmu lagi masa tu. Masa itu juga kenal susuibu.com. Hari-hari masuk website, siap beli barang lagi. Bila aisyah balik serdang, dia dah 5 bulan dah start taknak direct bf. Saya pula nak juga bagi dia bm kan, maka konflik dan kelam kabut jugalah masa tu. Ya lah, kalau ada orang datang rumah, mana nak pump, mana nak entertain orang lagi. Tapi, semua tu dapat diatasi hinggalah the day we knew i was pregnant again. Patutlah susu menyusut dengan ketara sekali masa tu.
Kisah khadijah pula, saya memang tak terfikir pasal susu masa dia lahir tu. Nyawa dia lagi penting saat itu. Masuk hari ketiga barulah rasa breast bengkak. Barulah try perah, alhamdulillah managed to get the colustrum, tapi baby kena puasa dulu 2 minggu. 2 minggu yang sangat panjang rasanya, hari-hari tanya doktor bila baby saya boleh minum, hari-hari dah bawa ebm, sampai penuh peti NICu tu, sampai kena hold. Sampai confuse nak bagi colustrum dulu ataupun fresh ebm je. Pastu bila sekali baby minum, hanya 1 cc/ 1 ml per 2 hours kalau tak silap. Bila nak habis ebm tu kan, gradually barulah dinaikkan hingga ke 40 ml paling akhir rasanya. Atas sebab itu, stok beku dah penuh peti, takde tempat nak simpan. Yang fresh dah bagi aisyah minum. Saya pun mula skip pump. Haa that was the starting point...
nanti saya sambung ya..
6 comments:
tahniah sis! u've done your best. itu yang penting. don't let people make u think otherwise.
:D
thanx k ana. Saya pernah down yang amat, namun akhirnya saya pasrah, saya dah buat semampu saya. Walaupun mungkin belum sampai ke tahap maksimum. Saya tetap bersyukur.
janji anak pernah merasa nikmat susu ibu. tu yg paling penting kan?
mamamiya,
yes u correct!. I'm proud of giving her my breastmilk..
byk pengajaran dr kisah awk ni..bagus untuk saya yg baru belajar..heehee..nway, well done!
thanx saraa.. :0
Post a Comment