Monday, May 4, 2009

Secebis perkongsian rasa

Saya datang pejabat hari ini dengan kepala yang berat amat. Huhu ni lah penangan tak cukup rehat gamaknya setelah bekerja 2 hari lepas dan akan bersambung sampai jumaat ni. Mampukah ku bertahan nih? Takpe, kalau rasa tak sihat sangat pergi je lah klinik kan. Wah kerja-kerja juga bertimbun ni, ingatkan boleh datang buat masa hujung minggu baru ni tapi rupanya tidak. Saya juga turut serta dalam bengkel tersebut yang sebenarnya banyak kepada siri perbincangan dan brainstorming, juga sesi networking antara mereka yang mempunyai kecenderungan sama. Banyak yang saya perolehi sepanjang 2 hari tersebut menyebabkan sesak juga fikiran untuk menghadamkannya. Namun, saya melihat ianya sebagai satu tambah nilai dalam hidup saya. Ya sesuatu harus dilakukan ke arah mendaulatkan sejarah bangsa melayu yang sememangnya terbilang suatu masa dahulu namun semakin kehilangan dikikis modenisasi dan penjajahan minda secara terangan oleh barat.

Ramai mungkin tidak tahu bahawa ramai tokoh matematik tersohor adalah orang melayu islam. Sebagai contoh, syeikh ahmad al-khatib al-minangkabawi yang telah menulis tentang matematik dan warisan pemikiran melayu yang lain. Kumpulan penyelidikan ini sedang menggelintar segenap ruang, semampu kudrat yang ada untuk memartabatkan warisan sejarah melayu islam. Saya terpegun dan terpesona melihat melihat kesungguhan dan betapa cantiknya mereka menyusun atur kajian mereka. Kajian ini bukan ambil masa setahun dua namun berpuluh tahun. Kerana itu, saya cukup bertuah kerana Dato pengarah sendiri mengarahkan saya berada di kumpulan ini. Masih saya teringat pertama kali hadir melapor diri, Dato pengarah cakap 'mirah, awak akan uruskan kumpulan penyelidikan etnomatematik ni. Awak pasti akan sukakannya'. Dan ternyata ia benar, dari mesyuarat pertama yang sememangnya saya blur tak faham apa satu benda hinggalah sekarang ini saya mampu untuk menyampuk perbualan mereka. Kesungguhan mereka memang satu yang harus dibanggakan. Mereka mencari sesuatu yang belum ada, yang belum tentu ada, yang entah berada di mana-mana namun kerana perjuangan untuk memartabatkan kembali kegemilangan ilmu yang dahulunya dikuasai oleh para ilmuwan melayu islam, maka mereka sanggup.

Saya tidak akan dapat merasa betapa indahnya matematik itu tanpa berada dalam kumpulan ini. Ya ia realiti. Saya melihat matematik hanya sekadar angka dan susah sebelum ini, namun hari ini saya dapat melihat betapa mudah dan indahnya matematik itu. Matematik asas kehidupan, ia berada di mana-mana sahaja. Fundamental kepada setiap benda yang ada depan mata kita hari ini adalah matematik. Saya sungguh terpesona. Dan saya juga terpukul mengenangkan betapa buku sejarah kita hari ini juga memaparkan cerita yang kurang tepat. Panjang dan sukar untuk dihuraikan.

Saya pasti akan terasa kehilangan sekiranya saya tidak dapat menguruskan kumpulan ini lagi. Peluang bertemu, berdialog dengan profesor-profesor hebat, pencinta sejarah, ilmuwan ini pasti akan saya rindui. Saya tidak mungkin akan perolehnya di tempat lain. Mereka memang indigenous genius. Syabas kalian di atas usaha murni itu. Moga Allah permudahkan jalan kalian.


Moga saya juga dapat aplikasikan apa yang dilontarkan kepada seluruh kehidupan saya, demi kelangsungan ilmu juga untuk anak-anak pewaris generasi akn datang. Terlalu banyak, bercampur-campur hingga menjadi terlalu kusut untuk saya huraikan di sini. saya perlu lebih masa dan pemahaman untuk membahaskannya di sini. Moga akan ada ruang itu nanti. Yang penting, jangan biarkan diri kita terjajah oleh barat.

9 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Errr macam berat sangat kepala mirah nampak gayanya nih...pengisian tuh pon macam heavy je...gud luck mirah..kalu ada kelapangan buleh lah share sama..:)

mirah said...

mimi, ya sekali kalau dikenang, memang rasa banyaknya dalam kepala nih, macam2 nak buat. Namun, mengambil pendekatan sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit mungkin lebih berkesan dari tergopoh gapah kemudian tersadung kaki sendiri.

Berada di lapangan ilmu ini memang mengujakan. Thanx mimi. InsyaAllah.. :)

Sue.Aleen said...

akak ni peminat matematik ya amat sangat! satu sebab - tak yah nak membaca!

mirah said...

K sue, oh to be frank, saya ni takde lah tak suka tp bukan juga penggemar math. Tengah-tengah lah kot, namun the arts of math ni memang sangat indah. Saya suka!

YuSniZa said...
This comment has been removed by the author.
YuSniZa said...

K.Mirah-benda ni semua akan jadi kenangan manis. Kat tempat "lain" akak x kan jumpe kot..hehe

knv said...

if you don't mind,

bengkel tu untuk government agency ke?

macam menarik pulak kerja mirah.

all the best!

mirah said...

yus, ya mungkin takkan jumpa. Banyak kenangan kat sini ni.. Heheh mcm confirm nak pergi tempat lain kan..

K Ana,
kami di institut ni assist academician buat research mostly on math or any fields related to math. One of it, ialah ethnomathematics. Bengkel tersebut adalah private untuk researchers yg dalam bidang berkaitan. Kami jug ada buat seminar, international conference every year.
Sometimes best, kekadang horror juga buat benda yang bukan bidang sendiri nih tp mirah suka berada dalam lab inovasi ini (i'm incharged for this lab). Banyak falsafahnya.
Tq k ana.

yantz-yeem said...

salam ziarah...
hai jom join slogan contest@my blog...hadiah best!!!ayuksss!!!