Friday, May 22, 2009

perihal anak-anak

Lama saya tak update perihal anak-anak kan. Mereka sihat-sihat saja, baru-baru ni masa balik kampung ada juga demam sekejap-sekejap (macam laporan cuaca pulak eh) tapi ok lepas itu.

Aisyah
Dia dah berjaya diaperless. About 70% lah kot. Siang hari di rumah pengasuh memang dah hampir seminggu tak pakai pampers siang hari kecuali ummi minta kakak pengasuh tu pakaikan masa dia tidur siang. Ni masih tak confident nak biar, kekadang dia bangun tidur still tak pee, so bawak pergi toilet je lah terus. Malam hari sebelum tidur juga kena pakai pampers, abah dan ummi belum confident juga dan masa kami keluar lama lah contoh pergi shopping, kedai ke. InsyaAllah dalam masa beberapa minggu lagi harapnya dia dah boleh fully diaperless. Good dear! sebab aisyah baru 2 tahun 5 bulan sekarang ni. Other perkembangan, she's real clever. Ummi tak terjawab kekadang soalannya. Sangat suka baca buku tapi sejak cecah dua tahun ni, dia tak heran dah buku abc dia sangat, dia suka buku cerita ke, majalah sayang muslim tu ke, apa-apa yang colorful, ada kartun yang comel-comel, baby ke etc mesti dia suka. Dan dia akan suruh kita bacakan sampai habis. Part ni yang tak tahan nak layan sebab kekadang nak baca buku time kita dok berkejar dengan solat maghrib. Kalau tak dilayan, meraung lah apa lagi.

Disebabkan itu, takde lah ummi concentrate ajar dia ABC sepenuhnya. Sambil-sambil adalah sebab melihatkan kecenderungan itu. Bagus juga dia nak baca buku sebegitu, menggalakkan imaginasi dan berfikir lagi. Boleh diharap apabila diminta tolong tapi ikut mood juga lah. Akhir-akhir ini, dia kurang makan. Pengasuh dia cakap dia nampak kurus sedikit. Memang sekarang dia choosy sket nak makan tapi kekadang banyak juga tengok dia makan. Ikut masa agaknya. Bercakap dah petah sangatlah kan. Bila depan crowd, dia akan jadi observer dulu, perhati sana sini, suka tengok baby dalam pram/ stroller orang lain, lama-lama baru banyak mulut.

Sedang baca buku. Ini first encyclopedia (hard cover) beli pada dia masa tahun lepas. Dia suka sangat baca sampai dah nak lerai buku tu, nasib ummi dia perihatin salotape kan bagai.

Khadijah
Berat dia tak pastilah berapa, harus dah cecah 7kg agaknya. Sangat suka memanjat, walker dia pun dia panjat, ada sekali terjatuh terlentang, huhu dah lasak adik ni tak padan dengan kecik tuannya ya.. Rasanya tak lama lagi boleh jalan lah kot. Suka makan biskut, sekarang ummi dah bagi dia makan biskut baby rusk tu, biskut tawar dan biskut merry. Roti dia makan sesekali je. Kismis pun dia suka. Bubur nasi dia masih makan 3x sehari tapi kekadang tak habis. Susu masih minum dalam 10-12oz siang hari. Dah pandai main juga lah kiranya sekarang ni. Suka nak rebut apa kakak dia main. Next appoinment kat klinik dan hospital bulan jun nnt. Mulut pun bising je tapi yang paling clear 'abah' je lah. Dengan ummi pun dia panggil 'abah' sampaikan kakak selalu betulkan adik 'bukan abah lah, dik. Ummi!'.

Tengoklah tu dia panjat sendiri walker dia. Sekarang ni kalau dia duduk dalam walker pun dah nak tergolek jatuh sebab dia pandai tunjalkan kaki dia kat mana yang boleh then keluarkan kaki dari bahagian seat tu. Ngeri kalau fikir dia jatuh tersembam muka dulu. Nauzubillah lah sebab tu kena sentiasa perhatikan dia.

Cubaan memanjat briefcase abah dia..

haha percubaan memanjat briefcase hitam itu telah berjaya, kakak datang nak menyelamtakan (konon)..

Sekian lah update mereka buat kali ini.

3 comments:

Dayah said...

alhamdulillah..anak2 Mirah semakin baik dan mcm2 belajar..moga MIrah sekeluraga akan terus sihat an bahagia hendaknya

Jiey^Mien said...

Bestnya Khadijah dah terror manjat! =)

mirah said...

Dayah,
ya syukurlah. terima ksih di atas doa itu. Moga ia kembali pada dayah sekeluarga juga.

Jiey,
Tak boleh miss tengok sket, mesti nak panjat. Tu risau kalau nak biar dia main sorang. :)