Saturday, May 2, 2009

Khadijah merajuk..

Sayu terkenangkan khadijah pagi tadi. Saya dapat rasa yang dia merajuk dengan saya. Tak nak senyum pun, masam je muka. Dia tahu saya tinggalkan dia lagi. Beberapa hari ini, dia suka merengek-rengek tanpa sebab bila saya tiada di sebelah dia. Nampak saja saya bangun, dia akan mula menangis, menjerit-jerit. Oh biasanya tidak begini ya. Dia boleh je main sambil saya boleh buat kerja lain, tapi beberapa hari ini sangatlah manja dia. Bila saya datang je dekat dia, elok je pula dia main. Dia memang anak ummi. Khadijah mungkin dapat rasa yang saya berikan kurang perhatian padanya. Maafkan ummi, sayang. Aisyah pula tinggal dengan abahnya di rumah. Kakak mungkin tak ingat ummi sangat kot sebab abah ada. Saya tergopoh gapah keluar pagi tadi sebelum aisyah bangun dan tak siapkan breakfast pun. Kepenatan masih belum hilang, malam tadi kami sampai rumah sudah cecah pukul 10 malam lebih. Sempat campak baju masuk dalam mesin basuh je. Terabai betul rumahtangga ku kan. Mujur husband ku memahami, jap tadi call tanya buat apa, hubby cakap tengah basuh baju. Oh ok lah tu, at least karang balik dah settle satu part. Tinggal kain hampir dua bakul lah kot campur pagi tadi punya belum lipat. Harus buat malam ini nih..

Kasihan pada anak-anak saya yang terpaksa berkorban rasa (juga suami agaknya), sebagaimana juga saya terpaksa mengorbankan masa demi kelangsungan perkembangan penyelidikan penyelidik yang berbengkel hari ini. Kajian mereka juga vital. Sebagaimana pentingnya anak-anak dan suami pada saya. Esok juga sama. Saya akan berada di pejabat ini. Pada mulanya saya berhajat untuk cuti pada isnin ini tapi sukar rasanya. Saya juga ada taklimat ptd selasa ini sedangkan saya belum dapat surat lantikan. Maklumat lanjut semuanya pada taklimat tersebut. Saya belum buat keputusan sehinggalah saya tahu apa hitam putih tawaran yang diberikan.

3 comments:

Unknown said...

Salam Mirah,
Itu lah cabaran ibu2 yg bekerjaya.. semoga terus tabah hadapi nya.. kdg2 bukan setiap masa sibuk & bukan setiap masa juga perasaan anak2 & suami terkorban.. Insya Allah, akan ada masa yg indah2 & manis2 juga.. take care.. enjoy ur day!

mirah said...

ya benar tu kak yong. Thanx yea..

Mommy Harith Hannah said...

Mirah,
Congratulations dear (ptd)!
Somehow, saya terlepas pandang entry sblm2 nie... Ker nie 1st time mirah mention ttg nya?

Anyway, hopefully Mirah buat decision yg terbaik, for your family. Congrats again! =)