Friday, May 8, 2009

Giveaway lagi..

Adakah saya 'gila' giveaway sekarang ini? Heheh tidak juga, tapi saja je suka-suka masuk contest tu pun mana yang senang nak buat lah. Kalau payah dan ambil masa, memang tak masuk lah jawabnya. Teringin nak draft baju nursing wear untuk enter mommylyna punya contest tp ku kan keras tangan, mana pandai melukis, jadinya tinggal impian je lah.

Heheh ok saya nak buat entry pasal satu lagi giveaway nih. Dari my sewing corner, pemiliknya cik As. In conjunction dia nak launch kedai online dia 10 mei nih, jadi dia buatlah giveaway nih, kiranya nak bagi free gift untuk teman bloggers ni lah di samping promosi beg dia nanti. Kalau harga berpatutan boleh lah kita beli bila dah launch kedai nanti kan. Oh saya tak pernah ada tote bag sebenarnya, almaklumlah lama dah tak beli bag. Lately je banyak tengok di internet juga di blog kawan-kawan, wah rasa teruja nak ada satu nih. Moga ada rezeki dapat melalui contest ni. Saya sempat browsed di blog cik as ni, memang dia creative gifted lah kot sebab saya memang tak mapu nak buat jahit baju dress untuk saya sendiri. jeles ni. Hihi tapi saya tahu kemampuan diri lah kan, jadi terpaksalah menerima hakikat itu. Walaupun ada intention nak belajar, at least dapat jahit baju kurung sendiri, tapi belum berkesempatan nak belajar. Mesin jahit pun takde jadi usah bermimpi lah kan nak buat benda2 yang lain tu.

Btw guys, mari kita lihat hadiah giveaway yang cik as nak bagi ni. I'm sure u all mesti melted tgk designs tote bags ni..

BLACK & WHITE POLKA DOT TOTE BAG

RED POLKA DOT TOTE BAG

Too Green Tote Bag

ha cantik kan. Kalau saya menang, saya nak pilih yang kaler hijau tu, boleh tak? Heheh..demand lak tu. Sebab talinya macam panjang sket, senang saya nak sangkut kat bahu. Saya dah terbayang-bayang bawa beg tu pergi hospital visit khadijah. Oh ummi dah over nih... :)
Mari sini tengok lagi koleksi bag cik As ni, apa tak teruja nya kan..


So mommies lain, nak try sempat lagi nih due date 10 mei nih tau..

No comments: