Wednesday, May 27, 2009

Last weekend kami..

Hujung minggu lepas hajat di hati kami nak rehat di rumah saja memandangkan minggu sebelumnya sudah balik kampung. Alkisah, pagi sabtu kami pergi ke pasar pagi mardi kat tapak MIHAS lepas. BOleh tahan juga barang jualan kat sini. Saya beli barang basah nak masak, abahnya pula pergi beli pokok bunga kertas. Si dia tanya 'Syg, nak bunga kaler apa? Abg nak yang ni (warna bunganya nak hampir purple lah)'. Eh saya tanya balik 'Abg nak beli berapa?'. Si dia jawab lagi 'Orang yang jual tu cakap kalau satu RM6, beli dua pokok RM10'. Saya jawab 'Oh..amiklah mana-mana pun, syg tak kisah. Yg putih ni pun ok'. Disebabkan saya sibuk mengelek khadijah dan mengejar si aisyah, saya biarkan je lah si diaa dengan pokok2 itu, ni kira habit baru dia lah ni suka kan pokok. Dah crowded dah laman sekangkang kera depan rumah kami tu.

Dan yang nak cerita nya ni (eh tadi bukan cerita juga ke??) aisyah telah mengambil kesempatan bermain kejar-mengejar pula dengan saya. Apakah? Di tengah-tengah pasar itu. Mula-mula saya follow dia je, biar dia jalan sendiri, tapi kali ni dia dah berlari merentas gerai bagai, sambil lari siap toleh lagi tengok saya. Saya ni pulak dok terkedek-kedek lari, yelah tengah pegang khadijah kan. Nak dijadikan cerita, seorang abang ini telah memberhentikan aisyah. Dia pun turut sama mengejar. Saya pun tak perasan dari mana dia datang, tapi gamaknya dia nampak kot adegan kami anak-beranak ni dok mengejar. nasib baik saya tak menjerit2 kan..haha.. Rupanya abang itu ialah senior abim kami. Buat malu je sebab makcik-pakcik yang jual tu semua pandang aisyah dan saya. Mesti diaorang kata, kesian mak budak tu. Manalah ayah mereka agaknya. Sorang berdukung, sorang lagi kena pimpin. Huhu memang begitulah kalau bawa aisyah pergi tempat awam, tapi tidak semua tempat ya. Kalau pergi pasaraya, dia ok je duk dalam troli. Dia saja je nak jalan sendiri, agaknya dia rasa dia dah besar kot kan.. Bila sampai semula dekat abahnya, saya tengok ada 3 plastik pokok. Aih tadi cakap beli dua je. Suami saya cakap dia bagi satu rm4, so dia beli lah tiga. Oh sukahati dia lah, asal dia jaga betul-betul takpe. (Tapi, saya baru teringat pagi tadi, ada sepohon pokok bunga saya kelayuan, macam terbaring flat dah. Ni selepas suami saya siram baja beberapa hari lepas. Apakah sebab itu? Oh harus ku tegah suamiku tabur baja lagi pada pokok2 bungaku..).

Lepas balik, masak-masak, rehat, petangnya kami bawa anak-anak ke taman permainan seperti dijanjikan. Kami suka pergi playground dalam upm nih sebab tak ramai orang datang. Tenang je, tepi tasik, boleh tengok tren erl lalu lagi. Maka berseri-serilah muka kanak-kanak kecil berdua tuh. Tengoklah gambar-gambar mereka ya..


Saya pun boleh main jongkang-jongkit lah ummi..


Seronoknya dia siap sengih tayang gigi lagi tuh

Ok gambar di bawah ni pula masa kami pergi Sg Gabai hari ahad esoknya. Ini idea spontan abahnya, ummi pun heran awatlah abahnya tetiba nak pergi sungai ni. Pastu takpelah, ikut saja lah. Mula-mula nak pergi Sg Congkak, sekali entah macammana sampai Sg Gabai pula. Abah kata dah ni dekat, pergi je lah. Wah boleh tahan jauhnya, orang pun ramai sampai tak tahu nak cari port mana. Last sekali kami bawa anak-anak pergi hujung kat bawah, air cetek sket kot tu tak ramai orang tapi ada juga lah di sekeliling tempat kami tu. Ummi memang tak mandi setakat celup kaki rasa air tu adalah. Tak kuasa nak mandi dengan ramai orang itu. Abahnya pun mandi ala-ala buat syarat je. Paling utama nak bagi experience pada aisyah lah. Tapi aisyah ni penakut rupanya, lihatlah gambar dia peluk abah dia tu, abah dia bawa dia ke air paling cetek pun dia tak nak lepas abah dia. Sudahnya main air juga tapi duk atas riba. Bawa pelampung bagai nak rak lah kan..heheh.. Adik pun kena celup kaki gak tapi sejuk betul airnya, padanlah ramai orang datang. kan musim panas sekarang ni. Ok layan je lah gambar tersebut k.

Dah puas main air, tak nak dah.

Adik pun main air juga, tapi tak biar lama sebab nampak dia dah menggigil kesejukan.

Gambar ni je lah yang ada gambar ummi (gambar yang nampak ummi slim sket..heheh..). Aisyah cakap ada benda masuk dalam mata dia..

Tengok tu siap ada pelampung lagi tau..tapi tak guna pun, aisyah siap menangis lagi bila abah dia cuba nak rendam dalam air.
Tengok tu, air sangat cetek pun dia tak lepas abahnya.

Saya cuti hari ini sampai isnin depan. Adik ipar saya akan bernikah sabtu ni, maka kami akan balik kampung malam ini. Walaupun cuti, saya datang ofis sekejap sebab ada mesyuarat, kemudian saya ada beberapa perkara nak diselesaikan. Rumah harus lah kemas bersih dulu sebelum pulang bercuti kan. Have a nice a day ahead dear friends.


6 comments:

Unknown said...

bestnyer gi sungai gabai ...dah lama tak pi sana...tunggu faiz besar sikitlah..hehehe

Sue.Aleen said...

last time kita orang pergi gabai tahun bila tah tak ingat tapi mandi kat sebelah bawah je. time panas ni memang best kan dapat mandi di sungai!

Jiey^Mien said...

wahhh.. bestnya jenjalan. setakat ni tak penah lagi bwk ian mandi sungai.. ian bukannya boleh ngan air sejuk

mirah said...

Ila,
ya lagi best kalau pergi ramai-ramai tapi air terjun kat sini memang takde privacy kan..

K sue,
ya kalau dapat mandi memang best tapi mengenangkan bawak si kecik itu, takde makna lah nak mandi tambah pulak ramai betul orang.

Jiey,
oh tak boleh eh. Kalau tak boleh takpe, nnt jiey belikan dia mini pool je lah berendam kat rumah. Ala takde best mana pun bawa budak2 ni, aisyah siap takut menggigil lagi nak jejek air.. heheh..

Bonda QWP said...

best ya sg gabai. tingin sgt nak g. Kitorg slalu g sg congkak ngan bukit belacan je. :)

tak sejuk ke adik tu berendam! mesti dia suke main air kan..? eheh..

mirah said...

faizah,
tempat lain saya tak pernah pg, maka tak dapatlah nak bandingkan.
Adik rendam kaki je, tu pun sekejap. memang sejuk sampai menggigil dia.