Anak-anak saya kurang sihat. Mereka diserang selsema dua hari lepas. Agaknya dalam cuaca yang panas sekarang ini, bila malam kami akan lajukan kipas, ye lah masing-masing tidur dah berpeluh tapi rupanya tidak bagus untuk anak-anak kecil itu sebab teori saya, bila pasang kipas laju, ia juga akan memerangkap habuk/debu kan jadi itulah yang mungkin menyebabkan mereka dapat selsema. Rumah panas, dan trend rumah di bandar tiada pengaliran udara yang baik kan. Huhu melainkan ada budget lebih boleh pasang aircond lah kan. Tapi, kami tidak lah berhajat nak pasang aircond lagi memandangkan kini ianya rumah sewa sahaja. Oh nyamuk juga banyak tau. Kesian mereka kena gigit naik bintat-bintat semua. Padahal dah sembur ridsect maghribnya, nak tidur pasang ubat nyamuk elektrik pula, kipas pun terpasang laju. Benarkah di musim panas nyamuk lagi banyak sebab musim mereka bertelur. Adakah benar? heheh ni ada orang bagitahu saya.
Btw, sape akan hadir ke gathering susuibu.com ahad ini di putrajaya. Jomlah kita beramai-ramai pergi. Saya dan anak2 serta suami insyaAllah akan pergi. Jumpa di sana yea..
p/s: how i wish nak upload gambar terbaru anak-anak tapi kabel tak bawa. Ingat nak pinjam dengan yus (officemate) saya, tapi dia tiada sekarang. Saya akan upload sebelum pulang nanti. InsyaAllah*update! saya tak dapat upload gambar hari ini. Minggu depan lah nampaknya.
Selamat hari Ibu kalian!! :)
2 comments:
salam mierah,
selamat hari ibu, jemput ke blog ambil hadiah hari ibu
http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/makbonda-ku.html
Sorry lah minggu lepas and hari ni terbz la plak..nak pinjam kabel ckp je la ek..hehe
Post a Comment