Tengah tiada semangat untuk menulis, namun gatal juga tangan nak update blog. Apakah maknanya tu?
Hehe jadinya, amatilah gambar-gambar di bawah ya. Tengok gambar lagi penuh makna dari panjang bercerita yang kekadang bleh melalut kemana saja kan..
Gambar si kecil ini mestilah kena ada kan. Eksyen sungguh nak naik basikal kakak tapi tak sedar yang kakinya belum boleh cecah lantai lagi. Kena lah monitor dia, dia dah pandai bunyikan hon cuma tak berapa kuat lagi nak pusing kunci kat stereng basikal tu (stereng ke?ke handle?). Untuk makluman, khadijah dah pandai panjat keluar dari walker dia sendiri dan akibatnya tersembam dahi jatuh ke lantai. Seriau ummi mengingatkannya, mujur tangisnya tak panjang. Memang lasak sungguh. Ada orang kata, anak pramatang lagi lasak dari normal baby. Betul ke? Ada sasape willing to share? Namun dari pengamatan kami, memang ya khadijah lebih lasak berbanding aisyah di usia yang sama.
Ummi suka tengok gambar ni sebab dua-dua ala-ala tengah khusyuk membaca. Aisyah memang membaca, adiknya tukang kacau kakak lah. Khadijah dah pandai selak buku tau. Dah merangkak laju. At last pada usia 13bulan dia merangkak juga akhirnya, ummi ingatkan dah tak merangkak, skip terus nak jalan je lepas ni rupanya melesetlah anggapan itu. Dah pandai clap sendiri bila suruh atau nyanyikan lagu tepuk amai-amai tu.. Dan juga pandai kepal-buka tangan dia sendiri, ala yang bila kita nyanyi lagu 'cekur dan gamit, cabut cekur tanam kunyit..bla..bla..' tu kita buka-tutup tangan kita kan. Ini kira satu perkembangan yang bagus untuk dia sebagai premiee sebab aktiviti itu merangsang otak dia untuk control motor skill dia. To be frank, ummi a bit slow dalam proses merangsang adik, mungkin sebab keadaan dia yang kecik membuat anggapan oh takpelah dia kan baby lagi sampai terlupa sekejap yang dia dah setahun 2 bulan. Dush!! ummi kena start baca buku selalu kat adik ni. Masa aisyah dulu masa umur 3/4 bulan dah start bacakan buku secara serius lah. Tapi dengan adik ni, ala-ala malas pula. Ketuk kepala sket nih!.
Last week kami balik muar sebab adik ipar kahwin. Gambar pengantin tak banyak amik, kena tunggu cameraman punya gambar lah. Ni nak tunjuk gambar aisyah tengah tidur, oh boleh dia tidur hampir 3 jam juga lah dengan riuh rendah, hiruk pikuk suara orang tu. Sweet sungguh pakai baju kurung. My intention raya tahun ni taknak buatkan dia baju kurung baru, biar recycle jelah yang last year punya,yelah pakai pun baru berapa kali, tapi bila pakaikan baju ni rupanya semua dah senteng. Maka, haruslah umminya kena cari baju lain, kan kesian pula anakku pakai baju sendat dah lah lagi 3 bulan nak raya. 3 bulan yang boleh membesarkan lagi kakak.
Saya rindukan mereka! Serius terutamanya mak saya. Tak dapat bercakap dengannya bagaikan kehilangan punca sekejap. Mak abah, abang dan 3 adik-adik lelaki saya bersama dengan mak mertua abang saya(yang pakai cermin mata) telah berangkat menunaikan umrah isnin lepas. Apapun, saya doakan agar dipermudahkan urusan mereka di sana dan selamat kembali ke tanahair.
Saya cuma wondering yang perpisahan sekejap inipun sudah merisaukan saya, apatah lagi sekiranya perpisahan abadi nanti. Ya kita harus bersedia, waktu dijemput pulang tiada dalam tangan kita. (oh mak, call lah saya...). Biasanya, hampir tiap hari saya telefon mak, kekadang sehari dua, tiga kali. Ya saya memang anak mak, pendengar setia dan sedia berbakti untuk dia :)
Aisyah dan tokkinya. Mula-mula semua orang dia tak nak pergi dekat. Sebabnya dia baru bangun tidur, sampai KLIA baru kejutkan dia, tu masih dalam takde mood agaknya. Malu-malu gitu. Bila tokki bawa jalan-jalan sekitar situ barulah ok.
Inilah adik-adikku, dari kanan shazwan, adik no 2 (buat TESL under upm), yang tengah tu sharizal, adik bawah saya (amik comm. eng. di unimap) dan last sekali shazrin, yang bongsu (buat pendidikan math-sains kot di p.pinang, lupa nama maktabnya). Hujung sana tu abah kami lah. Saya pesan mak beli kacang pistachio, kismis, kurma banyak-banyak..heheh.. :).
Banyak perkara berlaku pada keluarga kami akhir-akhir ini. Saya juga tak begitu stabil emosinya namun hari ini saya dah kembali ceria. Ye lah dah boleh update blog tu kira mood happy lah kan. Esok saya cuti lagi. Suka-suka je cuti habiskan baki yang ada tapi saya nak siapkan hardbound thesis saya. Nak jalan-jalan shopping macam takde budget (nasib baik sedar diri kan) jadinya esok hari aktiviti terhad sahajalah.
9 comments:
Anak no 2 mmg lasak kot mirah. Saya selalu terfikir, maybe sbb symptom 2nd child. Tapi, xtaulah sejauh mana kesahihannya. Maybe mirah boleh buat tajuk PHD ttg itu. Ekeke.
p/s : Siblings mirah sumer into education line ekk. Bagus sungguh! :)
1- ye la.. agree dengan ar.nie. anak no2 ni memang lasak. my Adam for example.
2- ramai lelaki ye dalam family mirah?
3- my lecturer once asked us, "sapa anak no2 kat sini?". kita orang pun pelik. bila ditanya sebab, dia cakap anak no2 ni biasanya trouble maker dan pelik sket. tak tau la teori dia tu betul ke tidak. ke atas alasan dia berdepan dengan karenah students 'anak no2' ni kot.
4- mood ni kekadang turun kekadang naik. bila naik.. berblog macam best. bila turun, nak berblog macam blank la pulak.. kan
hoo yeahh untuk khadijah!! bila la turn ian nih.. :P
arnie,
oh ada teori nya yea, mungkin betullh tu. Setakat melasak takpe lagi lah, harapnya biar dengar kata juga nanti.
Phd? wah pyh kalau nak buat tajuk tu, lain field tu.. heheh..
A ah semua into pendidikan, in fact abang pun cikgu. Belajar jauh sampai ke madinah, end up balik jadi ckgu. Tp dia pun tgh buat master juga. Adik yang dua tu ala-ala kena paksa rela amik pendidikan. Hikhik tp sekarang ni mcm mereka enjoy je dgn apa mereka belajar. Parents influences tu masih byk.
K sue,
Ya ramai lelaki, 5 lelaki, 2 je perempuan. Me and my sister. The eldest brother dah passed away abt 16yrs ago.
Betullah tu k sue, nak blogging pun ikut mood, macamane nak jadi blogger tegar kan? Heheh bukan saya lah tu..
Jiey,
sabar, sabar. Akan datang waktu itu nanti. InsyaAllah.
wah.. pakai sedondon semuanye...
Mirah, new layout eh? so nice and sejuk mata memandang..hihi...yerla mirah...Sufia pon ganas sikit dari Syaura tuh..maybe betullah teori anak nombor 2 tu kot...:P
Jehan,
ya sedondon. Tak pasti pula mmg baju seragam ke apa. Lupa ku nak bertanya. Heheh.. Tak sabar nak nanti mereka balik..
Mimi, ya new lay out. New page.
Betullah agaknya teori itu. Tapi fuh tak padan dengan kecik tuannya tu.
Post a Comment