Yesterday was a hectic day too. Di sebelah paginya saya bertungkus lumus menyiapkan persediaan untuk bengkel hujung minggu ini. Ya saya akan bekerja di hujung minggu ini (huhuhu..). Kakak saya called bagitahu dia sakit perut dah, nak pergi hospital. Wah saya terasa pula saya patut pergi hospital sebab kesian pula dekat abg ipar tak dapat nak temankan kakak saya sebab kena jaga 2 orang lagi anaknya itu. Tapi saya ada appoinment khadijah. Dalam kesibukan itu, saya telah terlupa untuk apply half day leave. Saya rasa rugi untuk cuti sebab saya dah datang buat kerja tanpa henti separuh hari (cehh berkira lak tu). Jadi, saya decide untuk pergi hospital bawa khadijah dulu, saya boleh dapat time slip di sana jadi saya tak perlu cuti (heheh saya menyelam sambil minum air nih..). Jadi, pukul 2 ptg saya bawa khadijah pergi hospital. Seperti biasa, sesi menunggu sampai lah pukul 3.45ptg baru dapat turn. Oh rupanya bukan jumpa the real dietician, pensyarah sedang membuat ujian keberkesanan pada student pemakanan mereka. So i feels sort of frustrated juga datang tapi memikirkan dah sampai ni, takkan nak balik macam tu je. She said khadijah ni underweight, sepatutnya berat dia should be 7.2kg instead of 6.3kg now. Dia interviewed lah apa anakanda ku makan minum semua. Saya pun jawab je lah dengan jujur, tapi part yang tak best nya ialah bila dia suruh 'if puan rasa breastmilk tak cukup, puan boleh tambah susu formula di pasaran'. Saya dengan confident cakap buat masa ini cukup, tapi dia cakap mcam tu juga. Pensyarah tu pun mengiyakan juga. Kalau ikutkan hati, saya nak juga argue balik yang bukan kah susuibu itu yang terbaik tapi sebab saya memang nak cut of the dialog cepat, so saya biarkan je. Angguk tidak, membantah pun tidak. Yang jadi mangsa serangan balas hujah ialah husband ku. Dia cakap eh ada juga ke dietician cakap macam tu?? Terbukti lah kan..
Well, student tu juga suggestkan saya tambah feeding time khadijah. Saya cakap kat dia, sekarang ni dia dah makan 3x sehari, minum susu, air masak, makan biskut lagi in between. Agaknya bila lagi nak suh dia makan?Takkan tak payah tidur, mandi, main pula kan. Fuhh ntah apa-apa je rasanya. Pastu dia jawab balik, takpelah puan bagi lah bila dia nak makan kerapkan 2 jam sekali. Saya terfikir, adakah serius kes anak saya ni sampai kena buat mcam tu? They knew my baby is a prem baby, so expected lah kan kalau berat dia tak naik banyak accordingly. Saya sebagai mak ni pun takde lah risua sangat because i know my baby, dia dah increase weight every month pun dah kira baik. Walaupun dia kecik, tapi dia aktif sangat. Mulut dia asyik sebut 'abah..abah..abahh..' je sekarang ni. Rasanya ummi pun dia sebut abah, abah pun dia sebut abah. Pagi tadi sangat clear dia panggil abah dia 'abah..'.
Ummi jeles dia dapat panggil abah dulu, tapi takpelah ummi tahu susah nak sebut 'ummi' kan. Aisyah dulupun perkataan pertama ialah 'abah'. Selain tu, adik suka sebut 'ma..ma..ma..'. Ni tak pasti panggil sapa. Adakah panggil nama pengasuh dia, sebab anak2 pengasuh tu panggil mak diaorg 'mama'. Apapun, saya suka perkembangan dia setakat ini except for suka gigit n*pple. Sakit dik..
Ok kami beredar dari hospital serdang jam 4.20 petang, so kira fair lah kan dapat time slip sampai kul 5ptg sebab nak balik hantar khadijah, patah balik semula ofis mesti dah pukul 5ptg. Kami ambil aisyah dan tinggalkan khadijah semula kat rumah pengasuh. Kami bincang dengan pengasuh tak nak bawa khadijah sebab kesian pula kat dia nak bawa ke hulu ke hilir nanti, nak tengokkan anak kakak lagi. Pengasuh tu setuju as usual. Kami headed to hosp selayang sampai dalam pukul 6 petang. Lepas jumpa abg ipar dan ambil anak2 dia dan bergilir solat, pastu abg ipar keluar bagitau rupanya kakak dah bersalin pukul 3 ptg td lagi tapi nurse tu tak bagitahu walaupun kakak dah pesan suh call kan. Ye lah imagine kami semua risau tak tahu apa status kakak masuk labour room sejak pukul 8.30 pagi hingga 6.00 ptg belum keluar lagi. Dan dia cakap lelaki lagi. Oh takpelah kan, memang mereka mengharapkan anak perempuan sebab dua yang di atas dah lelaki.
Dipendekkan cerita selepas settlekan kakak, solat maghrib dulu, kami pun berangkat pulang. Cari kedai jual sate, nak bagi pada anak-anak pengasuh alang-alang kami pun kelaparan nih membuatkan kami sampai ke sg merab. Ambil khadijah dalam pukul 9.30 malam, dia belum tidur lagi. Dah dapat agak, mesti dia tunngu ummi nak bf tu. Selepas makan dulu baru tidurkan adik. Pergh penat sungguh rasa. Bangun semula pukul 4pagi settlekan kerja rumah, pump susu dan sampai sekarang belum tidur semula lagi. Mengantuk gak ni.
Btw, malam ini kami akan ambil adik saya di pandan indah then heading ke rumah kakak di rawang. Dia dah boleh discharge petang ni. Esok petang baru balik rumah semula. Sabtu dan ahad saya ada bengkel kena uruskan di pejabat. Anak-anak belum tahu lagi bagaimana. Isnin depan sambung kerja semula hinggalah akhir minggu. Huhu bila masa ku nak uruskan rumahtangga pula ni? Harap-harap adalah kudrat ni nak mengusahakan semua itu.
5 comments:
salam
kak mirah
saya nak kongsi sikit,
mmg certain medical practioner akan bagi nasihat seperti dietician khadijah tu..
n sememangnya it is a fact yang kadang2 susu ibu tak cukup zat untuk development anaknya..(but it's a very rare case)-ia adalah disebabkan ibunya sendiri tak cukup makan atau tak cukup minum air atau tak makan makanan berkhasiat dengan cukup..
pada pendapat saya perkara ni kita boleh tgk dr 2 aspect
1- ada case ibu tak cukup susu;
2- ada case susu ibu tak cukup zat (disebabkan amalan pemakanan ibu)
1st case: ada my friend yang mmg terpaksa jg bagi susu formula(soy based or lactose) -memandangkan dia dah ada pengalaman exclusive BF for all those 3 daughters sebelum tuh, then dapat baby boy mmg dah standby susu lebih tapi tak cukup jugak..baby dia mengamuk lapar..then atas nasihat doktor terpaksa la bagi jgk dgn rasa confused.. BUT benda ni adalah betul2 "last resort"
2nd case pulak mcm saya ni..anak saya berat nya naik, tapi BMI tak normal (sampai tahap merah lagi…) so nurse yang baik di klinik putrajaya telah menasihatkan saya supaya mengamalkan amalan pemakanan yang baik…
untuk case yang pertama tu, bg saya kita perlu sentiasa tanam dalam hati yang susu ibu ni adalah “rezeki Allah” yang telah tertulis untuk anak itu…(bila tak cukup tu maksudnya adalah rezeki dalam bentuk lain..) tetapi yang tak bestnya ada ibu2 yang banyak susunya then tak bagi pada anak sbb rasa menyusahkan…bukan ke itu seperti menidakkan apa yang mmg untuk dia..
untuk kes yang kedua pulak, kita sebagai ibu hendaklah memastikan yang terbaik buat anak-anak kita.. even kita nak makan magi yang sedap tu pun kenala piker 1000kali…hehe..mmg real case nih..
dalam kes akak nih sy rasa adalah lebih baik kalau dietician tu bg nasihat seperti (maknye perlu lebih makan berkhasiat, lebih minum air, lebih kerap susukan, makan makanan yang dapat tambah susu) n bukannya terus melompat ke "last resort"...akak maafkanlah dia ek..hihi
disclaimer: apa yang saya komen ni hanyalah pendapat sendiri, berdasarkan pengalaman yang belum sampai 3 tahun pun jadi ibu…masih banyak yang perlu dipelajari..
heheh akak setuju dgn suggestion awak kat bwh tu. Sblm ni pun doc, nurse pun ckp ibu nya kena lah makan berkhasiat etc, tp dietician ini mmg straight fwd je. Agaknya dia nak cepat kot, sbb lepas kami keluar bilik tu, dia pun keluar klinik tu.
Anyway thanx, ya k mirah alert yg mungkin susu kita tak mencukupi, tp she's a prem baby, even her paed sbelum ni cakap dont worry. We will observe her until 18 months old then kita akan buat sesuatjika kia tgk apa yg perlu.
Btw, akak dpt call taklimat selasa depan. Eh msg lah akak thru phone awak. Akak takde no phone awak nih.. tq
salam Mirah,
wah sibuk nyer ke sana ke mari.. mesti letih kan..
Tahniah, dpt anak sedara lagi.. adik kakyong pun 3-3 anak nyer lelaki..
as for Khadijah case, hmm.. susah la nak ckp.. as for me, selagi boleh ade susu BF lah.. ishh berangin juga daku mendengar dietian yg beri nasihat mcm tu.. apa2 pun Mirah take care.. skrg ni khadijah checkup di mana?
letihnya baca entry kali ni..hihih..reader pun rasa letih, apatah lagi tuan badan..
byk sungguh acara nya..
Mirah pastikan makan bnyk and berkhasiat ok..baru ummi kuat nak jaag semau benda.. :)
take care
kakyong, khadijah check up di hospital serdang. Kami mmg dah kenal rapat dgn paed dia kat sana. Cuma yg baru ni pergi tak jumpa regular paed dia, tgh cuti. Thanx k yong
Dayah, memang penat pun tp apakan daya. Nak jadi supermummy everything kena banyak sabar lah kan. Thanx.
Post a Comment