Dan yang nak cerita nya ni (eh tadi bukan cerita juga ke??) aisyah telah mengambil kesempatan bermain kejar-mengejar pula dengan saya. Apakah? Di tengah-tengah pasar itu. Mula-mula saya follow dia je, biar dia jalan sendiri, tapi kali ni dia dah berlari merentas gerai bagai, sambil lari siap toleh lagi tengok saya. Saya ni pulak dok terkedek-kedek lari, yelah tengah pegang khadijah kan. Nak dijadikan cerita, seorang abang ini telah memberhentikan aisyah. Dia pun turut sama mengejar. Saya pun tak perasan dari mana dia datang, tapi gamaknya dia nampak kot adegan kami anak-beranak ni dok mengejar. nasib baik saya tak menjerit2 kan..haha.. Rupanya abang itu ialah senior abim kami. Buat malu je sebab makcik-pakcik yang jual tu semua pandang aisyah dan saya. Mesti diaorang kata, kesian mak budak tu. Manalah ayah mereka agaknya. Sorang berdukung, sorang lagi kena pimpin. Huhu memang begitulah kalau bawa aisyah pergi tempat awam, tapi tidak semua tempat ya. Kalau pergi pasaraya, dia ok je duk dalam troli. Dia saja je nak jalan sendiri, agaknya dia rasa dia dah besar kot kan.. Bila sampai semula dekat abahnya, saya tengok ada 3 plastik pokok. Aih tadi cakap beli dua je. Suami saya cakap dia bagi satu rm4, so dia beli lah tiga. Oh sukahati dia lah, asal dia jaga betul-betul takpe. (Tapi, saya baru teringat pagi tadi, ada sepohon pokok bunga saya kelayuan, macam terbaring flat dah. Ni selepas suami saya siram baja beberapa hari lepas. Apakah sebab itu? Oh harus ku tegah suamiku tabur baja lagi pada pokok2 bungaku..).
Lepas balik, masak-masak, rehat, petangnya kami bawa anak-anak ke taman permainan seperti dijanjikan. Kami suka pergi playground dalam upm nih sebab tak ramai orang datang. Tenang je, tepi tasik, boleh tengok tren erl lalu lagi. Maka berseri-serilah muka kanak-kanak kecil berdua tuh. Tengoklah gambar-gambar mereka ya..