Thursday, February 24, 2011

A very short trip to Singapore

Ini cerita ke Johor Bahru dan Singapura tempoh hari. Pergi dengan tugasan dan harapan yang tinggi. Alhamdulillah ianya berjalan lancar dan berhasil. Sekarang, nak kena buat artikel pula. Opss belum tengok lagi results questionnaire tu macammana.

Tengah khusyuk dengar Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail bagi penjelasan. Saya cukup hormat dan kagum dengan dia. Ilmunya sungguh luas, merentas segala lah boleh kata. Dan kalau duduk bersembang dengan dia, macam tak sedar masa berjalan.

Saya tak nak highlight banyak pasal kerja kami di sana. Jom layan gambar makan-makan kami ni. Sebenarnya ada lagi tapi dalam kamera lain. Makan di Restoran Hadramaut. Tapi in kat Restoren Singgah Selalu, katanya well-known place kat JB dan patut singgah makan.

Kacang rebus dengan otak-otak. Starter lah katanya..
Tomyam seafood kot, haha lupa dah. Fara, kalau ingat tolong tambah ya. Kerabu mangga, daging blackpaper, sayur kailan ikan masin, buttered prawn. Yummylicious. Scrumptious. Ha ambik, semua keluar, pendek kata senak perut lah makan.

oh last but not least our siakap masak apa dah lupa.
Selepas makan. Ada yang tak habis. Tak boleh nak masuk dah. Kami makan berlima. Mujur selepas itu pemandu bawa kami ke Pasar Karat. Anyone knows about that?katanya dinamakan pasar karat sebab jual barang-barang lama, tapi takde lah juga, barang baru pun ada. Lebih kurang pasar malam jugalah macam jonker street, carboot sale gak lah. Dapatlah buang balik kalori segala yang makan tadi.
Di Madrasah Al-Junid, Singapura. Daripada JB tu ambil masa 2 jam lebih gaklah nak sampai sini sebab urusan di imigresen dan kesesakan lalulintas kat imigresen tu je pun.
Sebahagian manuskrip yang kami jumpa dan pinjam bawa balik. Beratus tahun tu, nak pegang pun kena hati-hati. Dr. Mat Rofa cakap, harganya boleh jadi ribuan ringgit sekarang.
Pelajar di Madrasah ? alamak dah lupa, juga di Singapura tengah menjawab soalan kajiselidik yang kami bawa.
Dah, jom balik.
Ia sebenarnya program tiga hari dua malam. Hihi macam bercuti lak bunyinya. Tak, kami pergi mencari manuskrip, membuat temubual dan mengedar soalan kaji selidik kepada sasaran di sana. Tajuk kajian tak perlu bagitahulah. Sehari suntuk di JB ke 3 buah madrasah dan sehari di Singapura, dapat pergi ke 2 madrasah di sana. Petangnya dah travel balik ke Serdang. Sungguh pack, tak sempat nak beli souvenir pun kali ini. Sempat singgah di Woodlands, beli 3 helai towel Spore dollar 10. Haha daripada tak beli apa. Tak sempat nak tengok bandar Singapura pun sebenarnya. Takpe, nanti lain kali kita pergi melancong lak ya.

Walaupun saya tidak lagi di laboratori tersebut, masih terasa separuh hati saya di sana. Bukan pada laboratori itu sendiri tapi pada penyelidikan etnomatematik yang ditinggalkan. Saya rasa semua pasti akan jatuh cinta pada bidang tersebut jika tahu menilainya. Selama 3 tahun lebih saya di laboratori tersebut, sungguh banyak ilmu saya peroleh daripada kumpulan penyelidikan tersebut. Sesuatu yang saya takkan pernah lupa. Berurusan dengan penyelidik-penyelidik hebat, mencuba memahami gaya  pemikiran dan tindakan mereka. Ianya sesuatu yang sukar diperoleh di tempat lain. Terima kasih semua di atas kerjasama baik dan budi kalian sepanjang tempoh tersebut. Life must go on. Di tempat baru pun tak kurang menariknya. And I keep  myself learning..

8 comments:

rafiza said...

cepatlah sambung phd kak..
sy ni bercintalah agaknya nak amik master pun..hohoho

mirah said...

Rafiza, InsyaAllah. Doa-doakanlah moga cepat saat itu tiba.
Jangan berhenti bermimpi. Awak pun boleh buat. Pasti ada peluang itu nanti.

lia said...

singgah selalu tu, x berani nak p sbb mahai... yer la, masa kat sana masih study jd mmg x berani la p jenggah

mirah said...

Hihi kami pun sebab bos yang belanja. Rasanya total makan mlm tu dalam RM180. Eh mahal gak lah kan, tp byk jenis lauk juga lah.

AMIIZAA@Mieja said...

salamss miraaa,

seronoknyaaaa dpt pegang manuskrp tu...:):) akak tgk akak jdk bersemangat plak...

mirah said...

K mieja,
Hihi lagi seronok bila dapat baca dan faham. Ini sayapun merangkak-rangkak ha. Bahasa arab lama, sampai ada yg takleh baca. Ini semua imu org islam yg barat claims mereka punya.. huhu

Miss FZ said...

kak mirah, kita makan tomyam campur kot.lupe.huhu.pastu ikan tu siakap stim..mmg best.

mirah said...

Fara, ye kot. Hihi tapi heaven sungguh mkn tu kan, mujur sempat jalan2 di pasar tu buat hilang cramp kat perut. haha