Kami menghabiskan masa di rumah sahaja. Menonton pengisian di MHI, kemudian bersambung ke Al-Kulliyah dan Jejak Rasul di TV3. Menonton sambil-sambil melayan anak-anak ni. Si Aisyah dengan buku dia, Khadijah dengan asyik nak mengunyah je, betul sampai kami cakap, 'adik, cukup-cukuplah makan tu', sebab dia asyik buka peti ais dan bekas biskut dan sempat potty trained dia separuh hari. Good job dear!
Cinta Rasulullah.
Moga-moga makin bertambah rasa cinta kita pada baginda Rasulullah saw. Banyak caranya untuk menzahirkan rasa cinta pada baginda dan paling mudah dengan berselawat dan membuat segala perkara yang menjadi sunnah Rasulullah. Ustaz di Al-Kuliyyah tadi cakap,paling mudah nak ikut sunnah baginda ialah dengan sentiasa berbuat sesuatu menggunakan tangan kanan. Mudah, kan. Sabda Nabi 'Orang yang paling dekat dengan aku ialah orang yang paling banyak berselawat padaku'. Marilah sama-sama kita ambil peluang untuk mendapat syafaat Rasulullah agar ia dapat membantu kita di padang mashyar kelak. Janganlah disebabkan kita tak mampu buat banyak maka kita tidak buat langsung. Ada satu riwayat dinyatakan 'Pada suatu hari, sahabat melihat Rasulullah menangis lalu bertanya ''wahai Rasulullah, kenapa kamu menangis?'' Rasulullah menjawab, ''aku menangis kerana aku rindukan saudaraku''. Sahabat bertanya lagi, ''bukankah kami ini saudaramu?'' Rasulullah menjawab ''Kamu adalah sahabatku, saudaraku adalah mereka yang mengingatiku walaupun tidak pernah berjumpa denganku''. Begitulah lebih kurang riwayat yang saya dengar, dan lihatlah betapa cinta dan rindunya baginda pada kita, yang Rasulullah gambarkan sebagai saudara baginda, umat baginda yang tidak pernah baginda jumpa. Tidakkah kita ingin menjadi sebahagian saudara baginda? Juga diriwayatkan bagaimana di akhir hayat baginda, baginda tetap memikirkan tentang umat-umat baginda dengan mengucapkan ''ummati, ummati, ummati..''. Allahuakbar. Tinggi sungguh peribadi baginda. Marilah sama-sama kita menguatkan lagi rasa cinta dan ingatan kita pada Rasulullah.Moga Allah merahmati baginda dan kita semua. InsyaAllah.
p/s: budak dua orang itu tengah nap petang. Tadi janji nak bawa ke playground petang ini, aisyah nak main swing. InsyaAllah nak, jika tak hujan kita pergi ya. Sebab itu saya boleh update blog :)
No comments:
Post a Comment