Saturday, February 19, 2011

Kereta saya kena langgar

Pertamanya, syukur sebab tiada siapa cedera, kereta kemek tak banyak tapi harus tukar satu bumper tu. Juga syukur sebab orang yang langgar mengaku salah, tak banyak karenah sebab dia langgar belakang kereta saya. Kejadian pukul 1.40 petang tadi. Yang langgar tu pun orang Melayu. Saya tanya dia macam mana nak buat ni. Dia cakap kita buat laporan polis lah, dia nak claim insuran dia. Saya cakap tak nak pergi masjid ke? Dia cakap ha nak pergi masjid dulu, lepas tu dia janji akan ke balai polis. Saya cakap oklah, takkan nak paksa dia terus ke balai. Kang tak pasal-pasal dapat dosa halang orang pergi solat jumaat kan. Tawakal je lah tadi, tapi sebab dia dah mengaku salah, cakap nak bayar, bagi dia punya kad nama, maka tunggu je lah dia buat laporan dulu. Selesai sudah buat laporan polis tadi, yang tak selesai tunggu kereta siap baiki je lah. Sedih juga tapi apa nak buat. Perkara dah jadi kan. Tadi, saya berhenti di simpang tiga jalan, nak belok ke kiri tapi kereta banyak, lepas tu ada 6 biji motor, dah lepas 3, ada lagi 3, masa saya tunggu lagi 3 motor tu lepas lah baru nak jalan, tetiba dah gedebuk kena langgar.


Nampak kan bumper tu dah 'jatuh', cracks banyak, nombor plat patah. Pintu belakang tu ada kemek sket. Tak pasti boleh ketuk je ke atau tidak. Bumper tu memang wajib tukar baru je lah.

Nampak jelas bahagian kiri tu 'jatuh'.
Saya lebih cool kali ini. Sebab selalu ingatkan pada diri sendiri jika berlaku kemalangan, jangan panik tak tentu arah. Bertenang dan berfikir. Tapi menggigil jugalah tadi. Sakit pinggang saya lepas tu, sebab terkejut dengan hentaman tu kot. Pertama kali kemalangan lebih kurang 5-6 tahun lepas. Ada orang undur kereta keluar parking, laju je tak tengok ke apa kot, kebetulan kereta saya bawa lalu situ, maka kena lah bahagian sisi kanan kereta. Yang tu lagi nervous sebab bukan kereta sendiri, kereta kawan. Huhu...

Peringatan buat diri sendiri, hati-hati bawa kereta. Kekadang, kita rasa dah bawa cukup berhemah tapi orang lain belum tentu kan. Moga-moga tidak berlaku lagilah lepas ini. Amin.

4 comments:

cik fara @ fanadz said...

laa.sabar jelah.huhu. kena tukar 1 bumper ke? pegila tanya dulu kedai. or tanya sape2 yg pandai pasal tu.huhu.

mirah said...

fara, ha ah kena tukar satu bumper. kena cari yg ori. dah pg bengkel tadi. org tu ckp amik masa gak nak settle insurans dll tu sblm blh repair. Kalau kereta masuk bengkel, macamana nak pg keje, angkut budak2 tu nanti. Naik motor?huhu kesian kat diaorg je.

ummi09 said...

Alhamdulillah semua selamat kak mirah.. takpe2 ade rezeki ganti bumper ek.. sal penah accident kat bangi, masa tu memang sebab Allah nak selamatkan je.. kalo tak, memang dah "selamat".. so skrg sgt fobia bunyi brake mengejut n org bawak laju.. hayyo..

mirah said...

sal, itulah kan. takpe amik peluang ni muhasaah diri juga. bak kata dr fadzilah kamah td, kadang2 kemalangan ni juga sbg kaffarh, mungkin ada benda kita buat silap. maka kena muhasabah diri ni. banyak lagi yang kurang ni..