Wednesday, February 16, 2011

Abang tu sakit apa?

Entry ini nak cerita pasal Khadijah. Bila ingat semula, rasa kelakarpun ada juga. Masa cuti tahun baru cina lepas, kami singgah Bukit Merah Laketown Resort. Tak sempat join aktiviti sebab dah petang, saja bawa keluarga singgah berehat sebentar dalam perjalanan. Mula-mula semua ok, kanak-kanak riang dan yang dewasa mengambil angin petang di tepi tasik. Tak lama lepas tu, hah si anak dah mula nak gula-gula, ajak pergi kedai. Puas pujuk, tak jalan, maka diturutkanlah hajat dihati anakanda. Dah masuk kedai, si kakak nak tu, si adik nak ini. Lepas sesi tawar-menawar dan pujuk memujuk ummi dengan si kakak, si kakak setuju nak ambil malties horlick tu. Oh umminya happy lah sebab daripada dia ambil gula-gula manis entah-hapa-tu kan. So dapat sorang satu. Saya nak bayar, tetiba lalulah adik cashier tu, dia baru accident agaknya sebab kaki dia bersimen sampai paras lutut, tapi dia masih boleh berjalan berjingkit lah kan. Dia lalu depan saya dan khadijah. Maka tak disangka, menjeritlah khadijah ketakutan. Ya Allah, bukan perlahan ok, siap high pitch dengan gigil-gigil sekali tu sampai dia hampir terpeluk peha sorang mamat dalam kedai tu. Punyalah takutnya dia. Semua orang pandang. Sayapun bergegaslah ambil Khadijah dan peluk dia dan cepat-cepat keluar. Huh saya terpandang muka budak lelaki tu, agaknya diapun pelik anak saya menangis. Saya rasa bersalah pada dia. 

Dan sehingga ke hari ini, maknanya lebih kurang 2 minggu lepas dah berlalu kan, Khadijah masih ingat insiden tu, tiap-tiap hari tanpa gagal dia akan tanya, 'ummi, kenapa dengan abang tu?' atau 'ummi, abang tu sakit apa?' Kalau tak saya, mesti dia tanya abah dia. Rasanya kalau bilang mahu 6,7,8 kali juga sehari dia dok tanya. Tetiba time dia teringat dia tanya agaknya. Mula-mula kamipun tak faham, lelama barulah faham apa yang dimaksudkan. Maka jawapan standard kami, 'abang tu accident, kaki dia sakit'. Kekadang dia tanya lagi, 'abang tu accident dengan apa?' Gigih jugalah jawab 'ummi tak tahu, mungkin dengan kereta ke, motor ke'. Boleh anda bayangkan anak hampir 3 tahun itu sangat kuat ingatannya. Banyak lagi insiden lain, satu lagi yang terkini pasal hadiah. Hari-hari dia cakap dia nak hadiah. Mula-mula saya tak faham, hadiah apa pula ni. Rupanya dia merujuk kepada pernah suatu hari tu, pengasuh dia berikan goodies bag yang dapat masa kenduri tu - khadijah panggil tu hadiah, dalam tu ada gula-gula macam biasalah kan, Jadi, dia dok minta lah nak hadiah, puas lah cakap dah habis, nanti kita beli lain lah, nanti kita pergi kenduri lain, kita dapatlah. 

Kanak-kanak ini memang gifted. Setiap mereka berbeza. Dan kita, setiap manusia ini  tak pernah ada yang sama. Tahun depan, Khadijah ini akan ke taski macam kakak dia juga. Walaupun dia belum really independent, tapi nampak gaya macam dah ready. Bercakap dah clear. Memang selalu nak ikut kakak ke sekolah, cuma potty train je belum lulus lagi. Setakat 1-10 tu dia tahulah, Kenal semua ABC pun belum, tapi saya yakin she's a fast learner. Sebab kalau kita ajar kakak, dia pun boleh buat sama. Bagusnya sebab ada kakak, her true motivator. Sekarang ini, dalam proses mengajar dia juga, asyik fokus pada kakak je, kesian adik kan. Lagipun, sekarang ini nampak dia lebih fokus berbanding dulu, dulu kalau ajak baca buku pun tak herannya, sekarang ini nampak minat sket. Banyak perkembangan dia sepanjang berusia 2 tahun hingga sekarang. Sangat obvious dari 2 tahun pertama ke bawah. Sepanjang hampir setahun (usia 2 nak masuk 3 tahun ini), banyak perkembangan dia macam bercakap dengan lancar, lebih confident dalam bergaul, lebih mudah untuk dijaga. Progress yang kurang memuaskan seperti pertama kali kena tahan kat wad, kesihatan yang terganggu, nakal seperti kanak-kanak ribena lain pun ada juga. Tapi I am happy dengan perkembangan dia nak cecah 3 tahun nanti ni. Siapa sangka anak kecil tak sampai 1kg masa lahir ini boleh survived macam ini sehingga ke hari ini.

Terima kasih Allah kerana pinjamkan Khadijah Nur Syifaa' buat kami. Moga ia mendidik kami menjadi hambaMu yang lebih bertakwa dalam menjaga amanahMu ini.
Ini ada caption saya ambil di sini.

Why do some people have better memory than other people?

People vary in the efficiency of their long-term memory. Some people have a good long-term memory and some a poor long-term memory. Like other cognitive skills, this is probably determined partly by heredity. But research has shown that most of the difference between people with good and poor memory can be attributed to the methods or strategies they use to learn that information in the first place. By developing appropriate memory strategies we automatically store information in a more organised and efficient way that makes it easier for us to locate when we need it. (This is a bit like always making sure we store things in sensible places in the home.)
Despite individual differences in memory, research indicates that in most people memory can be improved significantly by appropriate training. This does not mean that we can enlarge the storage capacity of our memory; what it means is that we can make our memory more efficient, so that it is more likely to absorb new information and hold that information in a way that makes it easy for us to find it again immediately we need it.


How can memory be improved?

In order to make an individual's memory more efficient we need to ensure four key things:
  • Practice - the more often we do something, the more likely we are to remember it.
  • Memory strategies - these are ways of processing information that will help you remember it better.
  • Organisation - this ensures that information is stored in a more meaningful and well-organised way and which is easier for the brain to recall when needed.
  • Understanding - if we understand information it is easier for us to remember, and if we understand how memory works, it is easier to make it work well for us personally.

2 comments:

lia said...

haaaa tang hadiah tu, sama....

dapat goodies bag sbb kawan taska nyer birthday... tetiap hari ckp 'mana hadiah? nak hadiah birthday' adei...

mirah said...

ha ah samalah tu Lia.
Hari-hari tanya weh..tapi nak jadi mak yang baik, kena jawab dengan elok kan jangan jemu hihi..