Bagi mengubat hati yang lara sebab tak dapat pergi konsert Maher Zain *sob sob.. Maka jom lah kita layan klip video ni je lah. Boleh tahan juga Maher Zain ni nyanyi dalam bahasa melayu, tapi ada juga rasa macam nak tergeliat lidah dia.. Siapa entah yang buat klip video ni, hah saya download copy paste dari you tube..hihi.. kang kalau nak suruh saya buat sendiri, sampai 2020 pun belum siap nanti. Dah, jom layan..
Kami beli cd maher Zain ni masa balik kampung raya haji tahun lepas rasanya. Raya haji bulan November lepas kan, sehinggalah ke hari ini tak pernah tukar lagi cd tu, penat dah kot dia dok ulang-ulang dan ulang kan. Hihi nak cakap yang sebenarnya, semua orang suka album tu. Saya kenal Maher Zain pun dari anak-anak, mereka yang hafal lagu tu dulu dari saya. Lepas tu lah baru cari dan mula berkumandang di radio. Bagus lagu-lagunya kan, sarat dengan mesej dan alunan muzik yang indah. Syabas Maher Zain!. Tunggu artis Malaysia lak buat album macam tu. Sahabatku, Pyan Saujana, sila buat album baru ala Maher Zain ya.. :) Peace!
Selamat berhujung minggu kalian. Manfaatkanlah masa yang kita ada ini sebaiknya.
p/s: Ha sape suruh lambat beli tiket kan? eh alah mirah kalau beli tiket awalpun, boleh ke nak pergi tu? Haha tahu takpe, maka tunggulah next concert pula nampaknya. Harap-harap ada lagilah akan datang dalam tahun ini kan. Apasal tahun ni gak? yelah sebelum beranak kecik lak nanti..kihkihkih..
4 comments:
kakmirah
kami br sebulan dua ni beli cd die..huhuhu..itupun setelah beberapa lama sy mengecek en suami
start dgn cd sami yusuff, tak dilayan, cari sendiri tak jumpa..huhuhu
then sy duk mengecek cd faizal tahir (ade ke patut) hahaha..sebab suka lagu hanyut dlm ahmad durrah..lglah tak dilayan..huhuhu
akhir tahun lepas mengecek lg cd maher zain pulak..mula2 mmg tak dilayan..ntah apa angin tetiba satu hari dibawak anak2 jalan2 alamanda sementara sy kemas rumah, balik2 si kakak bercerita, "walid beli insyaAllah.." sy diamkan je..ala2 tak percaya, berapa kali en suami pun duk ckp kat kakak, "ceritalah kat ummi walid beli apa.."huhuhu..
then mlm tu sy naik kereta sekali, nak g rumah parent, barula realize sesungguhnya en suami betul2 beli..senyum meleretlah sy..hahaha
tp mmg bagus, lagunya, liriknya, mmg si kakak cepat dpt..Alhamdulillah..walaupun si kakak menyanyi agak sengau..hahaha(sylah ibu yg suka gelakkan anak sendiri sampai suami marah)huhuhu
ramai peminat maher zain..mmg penuh siap beratur panjang kerana maher zain!
minat dia juga...;0
rafiza,
hihi akhirnya a wira beli juga..
ha ah jgn amalkan gelakkan si anak, nanti dia jd inferiority complex dan tak nak perform.
Akak cuba juga puji anak2 biarpun sket je benda yg dia dapat buat/ siapkan. cth buat lego, melukis/ mewarna/ dia buat kebaikan like tlg ummi amik itu ini.
Puji-pujian ni mcm baja dalam kehidupan berkasih sayang.
ummi salsabila,
saya ni jarang pg konsert, sebab tu pyh nak pergi ni. Ingat first and last masa di matrik dulu, pg konsert rabbani di ukm. masa tu mmg dia tgh popular, meremang bulu roma dengar mereka nyanyi.
Post a Comment