Tuesday, February 22, 2011

Weaning Off

Akhirnya saat itu tiba juga. Sejak Dis 2010, Khadijah nampaknya telah berjaya wean off secara semulajadi pada usia 2 tahun 8 bulan. Phew! Sedih pula rasa..hihi tapi gembira pun ada. Sedih sebab dah takde lah dia yang super-clingy macam dulu. Gembira sebab tak sakit belakang, lenguh badan lagi. Apapun syukur sebab Allah bagi kesempatan selama ini nak menyusukan dia. Walaupun sekarang ini ada jugalah dia tetiba datang dan bf, tapi sekejap je lah, macam nak lepaskan gian je. Kekadang dia cakap 'eh sayang lah kat ummi..' sambil kiss kiss breast. Pastu dia cakap 'susu sikit je'. Itulah sebab utama dia dah tak nak menyusu kot, susu pun dah sikit. Tapi kalau datang angin dia, nak juga dia bf biar dia tahu susu sikit. Suka hatilah dik.

Saya percaya seorang anak kecil seperti dia masih perlu minum susu. Seperti mana saya buat keputusan untuk tambah dengan susu formula masa dia berumur hampir 2 tahun sebab susu tak cukup untuk keperluan dia di rumah pengasuh. Saya berhenti mengusung beg susu dan pam susu ke pejabat selepas dia berumur 2 tahun lebih. Walaubagaimanapun, dari pemerhatian saya, khadijah ni banyak makan dari minum susu. jika di rumah kami, makan je lah kerjanya lepas satu makanan, nak yang lain pula. Rasanya sekali je minum susu pada siang dan 1 - 2 kali pada malamnya. Namun, jika bandingkan di rumah pengasuh, lebih kurang 4 kali minum juga. Saya agak sebab di rumah, kita ada, tarikan utama dia pada kita, pada nak main dengan kakak, kekadang kita makan itu, dia nak sama. Tak seperti dia di rumah orang. Berat khadijah sekarang 11.5kg. Masih kecil pada usia 2 tahun 10 bulan. Tapi asal sihat je lah dik, ummi tak kisah lah. Sebab adik ni boleh tahan juga makan. Kekadang tu kalau kat rumah, asyik nak makan je, sampai ummi selalu cakap, dah lah adik. Pergi main pula. Bukan apa, takut muntah je nanti. Tapi dia suka makan yang ringan-ringan macam biskut ke, muffin, kek, coklat dll. Nasi dia kurang tapi ikut mood juga lah.

Alhamdulillah lah Allah bagi kesempatan ini buat kami.

Khadijah menyusu dalam kereta ni. Dalam perjalanan ke Batu Feringgi. Lepas tu dia tidur, penat bergilir dukung dia, nak balik semula ke hotel barulah dia bangun. Pastu lencun dengan saya sebab dia kencing banyak, padahal pakai pampers tu. Huhu..

I will miss those wonderful moments in my breastfeeding journey. Moga akan diberikan nikmat itu juga untuk anak-anak akan datang. InsyaAllah.

10 comments:

Ummi Codda said...

wahh..bestnye lepas gak 2 thn...Alhamdulillah..sy nk target 2 thn ni...masih jauh sgt lagi perjalanan ni..huhu..harap2 berjaya mcm kak mirah..dah la susu tk byk sgt stok..huhu

lia said...

lia masih x mampu nak wean off Amsyar... lusa da masuk 3tahun....

mirah said...

farida,
insyaAllah awakpun blh tu. rajin2 pam ya..

Lia,
inipun mujur sebab dia sendiri taknak..hihi..

Unknown said...

Aliya pun belum wean off.. baru bbrp hari ni mula la proses nak wean off..

Dayah @ Real Ummu said...

cepat2 la ada baby baru . baru la tak miss sgt BF. :)

mirah said...

kakyong,
mula-mula mmg tak smpi hati. Tp since dia sendiri dah tak nak, rasa mudah sket lah proses tu..

Dayah,
hihi insyaAllah..

Pensil Magik said...

tahniah mirah ! bukan senang kan nak melepasi usia 2 tahun.. but u managed to do it.. you are wondeful mama !.. I pray that you r next next baby will also have the same chance.. keep it up girl .. :)

mirah said...

Pensilmagik@sujaihah,

thanx. Demi anak kan, mak ni semua sanggup buat. Tambah2 anak kita ni prem, lagilah semangat nak menyusu tu harus tinggi. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan ini.

ummi09 said...

kenapa la sal rasa mcm khadijah tu dah besar je.. tapi akk kata berat dia 11kg, cam kecik.. muka dia matang kot..hehe.. ni jadi mcm mak dia la, muka matang.. kalo aisyah nampak cam kanak2 riang lagi..hehe..

sal plak tak nyabar2 nak BF..asyik cakap pasal BF dengan husband, pastu dok cari info pasal ni, sampai asyik termimpi2 jek.. hehehe..

mirah said...

sal, haha.. ya dia kecik je. nanti balik sila tengok sendiri ya.. hihi.. dia memang muka serius, tp kalau suh dia senyum, manis je orangnya pastu dia tersipu malu..