Friday, February 25, 2011

Sah jatuh longkang!

Ada satu cerita pagi tadi. tak tahulah lawak ke atau jadi kisah tak sampai hati. Saya drive kereta nak ke pejabat, perlahan je sebab baru keluar simpang lepas hantar anak, lalu di lorong tepi padang nak ke jalan besar. Saya nampak ada makcik tua ni berjalan. Ok saya drive macam biasa, dan saya perasan lalu sebelah dia, pastu saya dengar macam bunyi plastik, bunyi perlahan je sebab saya buka radio, saya intai kot cermin tepi, eh takde orang. tengok cermin atas pun takde. Aik??saya siap slow kan kereta tapi tak nampak sesiapa. Aiyok..tetiba blur, eh biar benar ni. sangat pasti saya takde langgar apa-apa tadi sebab takde bunyi gedebuk ke, lagipun memang saya nampak makcik tu. Kalau saya langgar mestilah langgar depan kan. Pastu saya intai lagi, perasan kejadian tu antara lorong belakang dua buah rumah (tmn perumahan). Oh agaknya dia masuk ke lorong tu kot. Eh tapi apa dia nak ke situ kan? pastu bunyi apa yang saya dengar tadi.

Sampai ke jalan utama pun, saya masih tertoleh-toleh dan nampaklah kepala makcik tu. Sah jatuh longkang! alamak, ok ke makcik tu. sape nak tolong dia, sambil tu sambil drive ok. Dalam hati doa biarlah dia takde apa-apa. Pastu lebih krg 300 meter ke depan, ada roundabout, saya pikir pusinglah kejap tengok ok ke tak makcik tu. Patah balik ok, dan nampak makcik cina tu dah selamat naik atas, takde nampak kecederaan dengan seorang lelaki. Lega. Saya tak pergi dekat pun. Sebab saya dah lambat, lepas tu nampak dia ok je. Apapun saya rasa bersalah gak lah, agaknya dia terkejut kat kereta saya kot sampai jatuh longkang. Huhu..

what a day..
Siapa yang ada baca FB saya tahulah kisah tu. Berlaku pagi semalam. Pagi ini saya intai-intai juga kot ternampak lagi makcik tu kat taman perumahan tu kan, tapi takde pula. saya intai longkang yang dia jatuh semalam, adalah paras paha gak kalau kita cuba berdiri dalam tu. Kesian dia. Saya doakan makcik tu baik-baik sahaja lah ni.  Saya tetiba jadi ala-ala fobia pun ada gak bila bawa kereta sekarang ni, dahlah baru je accident minggu lepas kan. Keretapun belum baiki lagi. Lambat rupanya nak tunggu insurans lah apa semua tu selesaikan.

2 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

ya amponnnnn kesiannnyaaaa....terkejut agaknya.....ntah2 auntie tu tgh berkhayal hikhikhikhik

mirah said...

k mieja, itulah pasal, sebab kesian dan rasa bersalah tu patah balik. Ha ah mungkin gak lah kot..nak kata saya bawa kereta berdesup, takdepun. perlahan je baru keluar simpang dah tu nampak ada orang kat depan pula..