Thursday, February 17, 2011

Toys Museum

Jom kita tengok gambar-gambar di sana ya. Saya letak mana yang ada je lah ni, hihi malas nak edit semua gambar. At least siapa yang belum pergi, dapatlah gambaran macamana. Saya recommend kalian pergi sana cuma bacalah notes kat bawah sana nanti ya.

Harry Potter
Shrek. Kan?
Gambar duduk pula. Masa ni Khadijah sebenarnya baru kebah dari demam. Ada mild selsema. Tidak begitu ceria dia.
Snow White. Dia letak patung ini tinggi kat rak atas sekali, Kesian anak saya nak tengok kena dukung. Eh kesian kat mak diaoranglah kena dukung mereka kan. Ahaks.

All sorts
Dengan Kungfu Panda
Ini bukan gambar di muzium tu. Ini gambar di Bukit Merah resort. Semua nak ais krim, ok lah kasi can pada mereka kan. Khadijah tengah selsema tu padahal, ye lah kalau yang lain makan, takkan taknak bagi dia kan.

Tentang Muzium Mainan tu, bagi saya adalah sangat rugi pemiliknya tidak menjaga tempat tersebut dengan baik. Lantainya dah reput, silap-silap ada orang jatuh pula. Tilesnya ada yang tercabut, pecah. Almari simpan mainan tu pun dah uzur, plastik je rupanya, bila pecah, siap tampal dengan selotape. Sangat tidak profesional dan updated. Saya fikir, jika dia jaga dengan baik, upgrade character cartoons yang ada, upgrade persekitarannya, pasti dapat tarik lagi ramai pelancong. Apa orang kata, worth to go? haha dengan bayaran RM 10 untuk warganegara, RM 6 untuk kanak-kanak atas 2 tahun. Tiket pun takde, main tulis resit sekaligus terus. Saya lihat ramai yang datang, walaupun tempatnya kecil je, maksudnya ada tarikanlah kan. Moga-moga tuan punya muzium bacalah ni..

Ok tamat sudah cerita pasal pergi Penang tempoh hari. Keseluruhannya, ia satu percutian yang menyeronokkan dan sangat berbaloi kerana semua dapat pergi dan berkumpul dan bergembira. Nanti kita rancang ke tempat lain pula ya.

2 comments:

rafiza said...

kakmirah, tak jd tau hari ni..tak bawa kereta...hp pun tak bawa..huhuhu..lainkali lah agaknya..

mirah said...

rafiza, oh ya ke. oklah takpe. insyaAllah lain kali ya..