Friday, February 11, 2011

Taman Rama-Rama

Sebelum kita ke Taman Rama-Rama, meh layan Aisyah mandi kolam dulu.
 
Aisyah tengah mandi. Ini gambar dari balkoni apartment kami.

Siap buat peace lagi tu. Seronok sungguh dia. Gambar Khadijah takde, sebab masa saya turun bawah, dia tengah menggigil kesejukan, abah dia dah bungkus dia dengan towel.
Dah siap mandi lepas mandi kolam.
Taman Rama-rama

Hikayat hidup seekor rama-rama




Ulat gonggok pun ada kat taman ini.
Anak ular pun ada. Baik pegawai di taman tu sebab sudi tunjuk kami banyak haiwan. Haha sebab kumpulan kami saja dah 11 dewasa, 6 kanak-kanak, riuh ha. Itulah dia keluarkan ulat dengan ular yang mana kami tak nampakpun pada mulanya. Buat action je tu pegang. Haha
Ulat beluncas kan? Me masa ni tengah dukung khadijah, tak sempat nak snap gambar banyak. Butterflies are everywhere ok. Tunggu gambar dari kamera adik dululah.
Biawak kah? Rasanya kot, tak baca pun. Ni sape entah snap.

Iguana? ke mengkarung? hihi padahal ada je nama haiwan tu kat depan tu, tapi boleh tak tengok.
Kami cakap haiwan tu mentadak mentadu, staf tu cakap bukan.

Perasan belalang hijau yang cuba merahsiakn dirinya itu? Pandailah sape yang perasan tu.. :)
Gambar ini, saya pun tak pasti apa sebenarnya. Tak sempat nak tengok sebab aisyah tengah meragam. Dia nak makan ubat adik dia, mana boleh.
Butterflies of the world. Cameraman tak rasmi. cepatlah transfer gambar ya.
Berbaloilah bayar RM18 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak umur 4 tahun ke atas dan RM13 ++ untuk senior citizen. Kalau foreigner lagi mahal, RM 27 kot rasanya. Gigih kumpul mykad tu nak bayar tiket. Ada kedai cenderamata di akhir sesi penjelahan taman tersebut. Ini biasalah marketing strategi kan. Maka tersangkutlah juga kami kena beli key-chain. Aisyah lah nak sampai dua, pastu balik rumah, eh belum sampai rumah, keluar taman je dia dah tak heran kat key chain tu.

Nanti saya cerita kami ke Muzium Mainan pula ya. Cerita bergambar ke Chowrasta, tak payah letak lah kan. Setakat kedai banyak jual jeruk tu semua tahu kan. Gambar ke Padang Kota Lama pun tiada, sebab kelaparan dan terus sampai, order makan dan makan. Boleh tak saya tak sempat nak tengokpun laut tu. Kalut dengan budak 2 orang tu lah.

2 comments:

lia said...

lia nmpk belalang ijau tu he3....

rasa nyer tu bukan mentadak mentaduk tu... sbb mentadak warna ijau yg lia kenal...

mirah said...

lia, hihi bila enlarge gambar tu sure nampak, kan.
Ha ah rupa je mcm mentadak mentadu, tp namanya lain. Entah apa pun tak pasti.