Saturday, February 26, 2011

Insya Allah

Bagi mengubat hati yang lara sebab tak dapat pergi konsert Maher Zain *sob sob.. Maka jom lah kita layan klip video ni je lah. Boleh tahan juga Maher Zain ni nyanyi dalam bahasa melayu, tapi ada juga rasa macam nak tergeliat lidah dia.. Siapa entah yang buat klip video ni, hah saya download copy paste dari you tube..hihi.. kang kalau nak suruh saya buat sendiri, sampai 2020 pun belum siap nanti. Dah, jom layan..





Kami beli cd maher Zain ni masa balik kampung raya haji tahun lepas rasanya. Raya haji bulan November lepas kan, sehinggalah ke hari ini tak pernah tukar lagi cd tu, penat dah kot dia dok ulang-ulang dan ulang kan. Hihi nak cakap yang sebenarnya, semua orang suka album tu. Saya kenal Maher Zain pun dari anak-anak, mereka yang hafal lagu tu dulu dari saya. Lepas tu lah baru cari dan mula berkumandang di radio. Bagus lagu-lagunya kan, sarat dengan mesej dan alunan muzik yang indah. Syabas Maher Zain!. Tunggu artis Malaysia lak buat album macam tu. Sahabatku, Pyan Saujana, sila buat album baru ala Maher Zain ya.. :) Peace!

Selamat berhujung minggu kalian. Manfaatkanlah masa yang kita ada ini sebaiknya.

p/s: Ha sape suruh lambat beli tiket kan? eh alah mirah kalau beli tiket awalpun, boleh ke nak pergi tu? Haha tahu takpe, maka tunggulah next concert pula nampaknya. Harap-harap ada lagilah akan datang dalam tahun ini kan. Apasal tahun ni gak? yelah sebelum beranak kecik lak nanti..kihkihkih..

Friday, February 25, 2011

Sah jatuh longkang!

Ada satu cerita pagi tadi. tak tahulah lawak ke atau jadi kisah tak sampai hati. Saya drive kereta nak ke pejabat, perlahan je sebab baru keluar simpang lepas hantar anak, lalu di lorong tepi padang nak ke jalan besar. Saya nampak ada makcik tua ni berjalan. Ok saya drive macam biasa, dan saya perasan lalu sebelah dia, pastu saya dengar macam bunyi plastik, bunyi perlahan je sebab saya buka radio, saya intai kot cermin tepi, eh takde orang. tengok cermin atas pun takde. Aik??saya siap slow kan kereta tapi tak nampak sesiapa. Aiyok..tetiba blur, eh biar benar ni. sangat pasti saya takde langgar apa-apa tadi sebab takde bunyi gedebuk ke, lagipun memang saya nampak makcik tu. Kalau saya langgar mestilah langgar depan kan. Pastu saya intai lagi, perasan kejadian tu antara lorong belakang dua buah rumah (tmn perumahan). Oh agaknya dia masuk ke lorong tu kot. Eh tapi apa dia nak ke situ kan? pastu bunyi apa yang saya dengar tadi.

Sampai ke jalan utama pun, saya masih tertoleh-toleh dan nampaklah kepala makcik tu. Sah jatuh longkang! alamak, ok ke makcik tu. sape nak tolong dia, sambil tu sambil drive ok. Dalam hati doa biarlah dia takde apa-apa. Pastu lebih krg 300 meter ke depan, ada roundabout, saya pikir pusinglah kejap tengok ok ke tak makcik tu. Patah balik ok, dan nampak makcik cina tu dah selamat naik atas, takde nampak kecederaan dengan seorang lelaki. Lega. Saya tak pergi dekat pun. Sebab saya dah lambat, lepas tu nampak dia ok je. Apapun saya rasa bersalah gak lah, agaknya dia terkejut kat kereta saya kot sampai jatuh longkang. Huhu..

what a day..
Siapa yang ada baca FB saya tahulah kisah tu. Berlaku pagi semalam. Pagi ini saya intai-intai juga kot ternampak lagi makcik tu kat taman perumahan tu kan, tapi takde pula. saya intai longkang yang dia jatuh semalam, adalah paras paha gak kalau kita cuba berdiri dalam tu. Kesian dia. Saya doakan makcik tu baik-baik sahaja lah ni.  Saya tetiba jadi ala-ala fobia pun ada gak bila bawa kereta sekarang ni, dahlah baru je accident minggu lepas kan. Keretapun belum baiki lagi. Lambat rupanya nak tunggu insurans lah apa semua tu selesaikan.

Thursday, February 24, 2011

A very short trip to Singapore

Ini cerita ke Johor Bahru dan Singapura tempoh hari. Pergi dengan tugasan dan harapan yang tinggi. Alhamdulillah ianya berjalan lancar dan berhasil. Sekarang, nak kena buat artikel pula. Opss belum tengok lagi results questionnaire tu macammana.

Tengah khusyuk dengar Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail bagi penjelasan. Saya cukup hormat dan kagum dengan dia. Ilmunya sungguh luas, merentas segala lah boleh kata. Dan kalau duduk bersembang dengan dia, macam tak sedar masa berjalan.

Saya tak nak highlight banyak pasal kerja kami di sana. Jom layan gambar makan-makan kami ni. Sebenarnya ada lagi tapi dalam kamera lain. Makan di Restoran Hadramaut. Tapi in kat Restoren Singgah Selalu, katanya well-known place kat JB dan patut singgah makan.

Kacang rebus dengan otak-otak. Starter lah katanya..
Tomyam seafood kot, haha lupa dah. Fara, kalau ingat tolong tambah ya. Kerabu mangga, daging blackpaper, sayur kailan ikan masin, buttered prawn. Yummylicious. Scrumptious. Ha ambik, semua keluar, pendek kata senak perut lah makan.

oh last but not least our siakap masak apa dah lupa.
Selepas makan. Ada yang tak habis. Tak boleh nak masuk dah. Kami makan berlima. Mujur selepas itu pemandu bawa kami ke Pasar Karat. Anyone knows about that?katanya dinamakan pasar karat sebab jual barang-barang lama, tapi takde lah juga, barang baru pun ada. Lebih kurang pasar malam jugalah macam jonker street, carboot sale gak lah. Dapatlah buang balik kalori segala yang makan tadi.
Di Madrasah Al-Junid, Singapura. Daripada JB tu ambil masa 2 jam lebih gaklah nak sampai sini sebab urusan di imigresen dan kesesakan lalulintas kat imigresen tu je pun.
Sebahagian manuskrip yang kami jumpa dan pinjam bawa balik. Beratus tahun tu, nak pegang pun kena hati-hati. Dr. Mat Rofa cakap, harganya boleh jadi ribuan ringgit sekarang.
Pelajar di Madrasah ? alamak dah lupa, juga di Singapura tengah menjawab soalan kajiselidik yang kami bawa.
Dah, jom balik.
Ia sebenarnya program tiga hari dua malam. Hihi macam bercuti lak bunyinya. Tak, kami pergi mencari manuskrip, membuat temubual dan mengedar soalan kaji selidik kepada sasaran di sana. Tajuk kajian tak perlu bagitahulah. Sehari suntuk di JB ke 3 buah madrasah dan sehari di Singapura, dapat pergi ke 2 madrasah di sana. Petangnya dah travel balik ke Serdang. Sungguh pack, tak sempat nak beli souvenir pun kali ini. Sempat singgah di Woodlands, beli 3 helai towel Spore dollar 10. Haha daripada tak beli apa. Tak sempat nak tengok bandar Singapura pun sebenarnya. Takpe, nanti lain kali kita pergi melancong lak ya.

Walaupun saya tidak lagi di laboratori tersebut, masih terasa separuh hati saya di sana. Bukan pada laboratori itu sendiri tapi pada penyelidikan etnomatematik yang ditinggalkan. Saya rasa semua pasti akan jatuh cinta pada bidang tersebut jika tahu menilainya. Selama 3 tahun lebih saya di laboratori tersebut, sungguh banyak ilmu saya peroleh daripada kumpulan penyelidikan tersebut. Sesuatu yang saya takkan pernah lupa. Berurusan dengan penyelidik-penyelidik hebat, mencuba memahami gaya  pemikiran dan tindakan mereka. Ianya sesuatu yang sukar diperoleh di tempat lain. Terima kasih semua di atas kerjasama baik dan budi kalian sepanjang tempoh tersebut. Life must go on. Di tempat baru pun tak kurang menariknya. And I keep  myself learning..

Tuesday, February 22, 2011

Weaning Off

Akhirnya saat itu tiba juga. Sejak Dis 2010, Khadijah nampaknya telah berjaya wean off secara semulajadi pada usia 2 tahun 8 bulan. Phew! Sedih pula rasa..hihi tapi gembira pun ada. Sedih sebab dah takde lah dia yang super-clingy macam dulu. Gembira sebab tak sakit belakang, lenguh badan lagi. Apapun syukur sebab Allah bagi kesempatan selama ini nak menyusukan dia. Walaupun sekarang ini ada jugalah dia tetiba datang dan bf, tapi sekejap je lah, macam nak lepaskan gian je. Kekadang dia cakap 'eh sayang lah kat ummi..' sambil kiss kiss breast. Pastu dia cakap 'susu sikit je'. Itulah sebab utama dia dah tak nak menyusu kot, susu pun dah sikit. Tapi kalau datang angin dia, nak juga dia bf biar dia tahu susu sikit. Suka hatilah dik.

Saya percaya seorang anak kecil seperti dia masih perlu minum susu. Seperti mana saya buat keputusan untuk tambah dengan susu formula masa dia berumur hampir 2 tahun sebab susu tak cukup untuk keperluan dia di rumah pengasuh. Saya berhenti mengusung beg susu dan pam susu ke pejabat selepas dia berumur 2 tahun lebih. Walaubagaimanapun, dari pemerhatian saya, khadijah ni banyak makan dari minum susu. jika di rumah kami, makan je lah kerjanya lepas satu makanan, nak yang lain pula. Rasanya sekali je minum susu pada siang dan 1 - 2 kali pada malamnya. Namun, jika bandingkan di rumah pengasuh, lebih kurang 4 kali minum juga. Saya agak sebab di rumah, kita ada, tarikan utama dia pada kita, pada nak main dengan kakak, kekadang kita makan itu, dia nak sama. Tak seperti dia di rumah orang. Berat khadijah sekarang 11.5kg. Masih kecil pada usia 2 tahun 10 bulan. Tapi asal sihat je lah dik, ummi tak kisah lah. Sebab adik ni boleh tahan juga makan. Kekadang tu kalau kat rumah, asyik nak makan je, sampai ummi selalu cakap, dah lah adik. Pergi main pula. Bukan apa, takut muntah je nanti. Tapi dia suka makan yang ringan-ringan macam biskut ke, muffin, kek, coklat dll. Nasi dia kurang tapi ikut mood juga lah.

Alhamdulillah lah Allah bagi kesempatan ini buat kami.

Khadijah menyusu dalam kereta ni. Dalam perjalanan ke Batu Feringgi. Lepas tu dia tidur, penat bergilir dukung dia, nak balik semula ke hotel barulah dia bangun. Pastu lencun dengan saya sebab dia kencing banyak, padahal pakai pampers tu. Huhu..

I will miss those wonderful moments in my breastfeeding journey. Moga akan diberikan nikmat itu juga untuk anak-anak akan datang. InsyaAllah.

Saturday, February 19, 2011

Kereta saya kena langgar

Pertamanya, syukur sebab tiada siapa cedera, kereta kemek tak banyak tapi harus tukar satu bumper tu. Juga syukur sebab orang yang langgar mengaku salah, tak banyak karenah sebab dia langgar belakang kereta saya. Kejadian pukul 1.40 petang tadi. Yang langgar tu pun orang Melayu. Saya tanya dia macam mana nak buat ni. Dia cakap kita buat laporan polis lah, dia nak claim insuran dia. Saya cakap tak nak pergi masjid ke? Dia cakap ha nak pergi masjid dulu, lepas tu dia janji akan ke balai polis. Saya cakap oklah, takkan nak paksa dia terus ke balai. Kang tak pasal-pasal dapat dosa halang orang pergi solat jumaat kan. Tawakal je lah tadi, tapi sebab dia dah mengaku salah, cakap nak bayar, bagi dia punya kad nama, maka tunggu je lah dia buat laporan dulu. Selesai sudah buat laporan polis tadi, yang tak selesai tunggu kereta siap baiki je lah. Sedih juga tapi apa nak buat. Perkara dah jadi kan. Tadi, saya berhenti di simpang tiga jalan, nak belok ke kiri tapi kereta banyak, lepas tu ada 6 biji motor, dah lepas 3, ada lagi 3, masa saya tunggu lagi 3 motor tu lepas lah baru nak jalan, tetiba dah gedebuk kena langgar.


Nampak kan bumper tu dah 'jatuh', cracks banyak, nombor plat patah. Pintu belakang tu ada kemek sket. Tak pasti boleh ketuk je ke atau tidak. Bumper tu memang wajib tukar baru je lah.

Nampak jelas bahagian kiri tu 'jatuh'.
Saya lebih cool kali ini. Sebab selalu ingatkan pada diri sendiri jika berlaku kemalangan, jangan panik tak tentu arah. Bertenang dan berfikir. Tapi menggigil jugalah tadi. Sakit pinggang saya lepas tu, sebab terkejut dengan hentaman tu kot. Pertama kali kemalangan lebih kurang 5-6 tahun lepas. Ada orang undur kereta keluar parking, laju je tak tengok ke apa kot, kebetulan kereta saya bawa lalu situ, maka kena lah bahagian sisi kanan kereta. Yang tu lagi nervous sebab bukan kereta sendiri, kereta kawan. Huhu...

Peringatan buat diri sendiri, hati-hati bawa kereta. Kekadang, kita rasa dah bawa cukup berhemah tapi orang lain belum tentu kan. Moga-moga tidak berlaku lagilah lepas ini. Amin.

Thursday, February 17, 2011

Toys Museum

Jom kita tengok gambar-gambar di sana ya. Saya letak mana yang ada je lah ni, hihi malas nak edit semua gambar. At least siapa yang belum pergi, dapatlah gambaran macamana. Saya recommend kalian pergi sana cuma bacalah notes kat bawah sana nanti ya.

Harry Potter
Shrek. Kan?
Gambar duduk pula. Masa ni Khadijah sebenarnya baru kebah dari demam. Ada mild selsema. Tidak begitu ceria dia.
Snow White. Dia letak patung ini tinggi kat rak atas sekali, Kesian anak saya nak tengok kena dukung. Eh kesian kat mak diaoranglah kena dukung mereka kan. Ahaks.

All sorts
Dengan Kungfu Panda
Ini bukan gambar di muzium tu. Ini gambar di Bukit Merah resort. Semua nak ais krim, ok lah kasi can pada mereka kan. Khadijah tengah selsema tu padahal, ye lah kalau yang lain makan, takkan taknak bagi dia kan.

Tentang Muzium Mainan tu, bagi saya adalah sangat rugi pemiliknya tidak menjaga tempat tersebut dengan baik. Lantainya dah reput, silap-silap ada orang jatuh pula. Tilesnya ada yang tercabut, pecah. Almari simpan mainan tu pun dah uzur, plastik je rupanya, bila pecah, siap tampal dengan selotape. Sangat tidak profesional dan updated. Saya fikir, jika dia jaga dengan baik, upgrade character cartoons yang ada, upgrade persekitarannya, pasti dapat tarik lagi ramai pelancong. Apa orang kata, worth to go? haha dengan bayaran RM 10 untuk warganegara, RM 6 untuk kanak-kanak atas 2 tahun. Tiket pun takde, main tulis resit sekaligus terus. Saya lihat ramai yang datang, walaupun tempatnya kecil je, maksudnya ada tarikanlah kan. Moga-moga tuan punya muzium bacalah ni..

Ok tamat sudah cerita pasal pergi Penang tempoh hari. Keseluruhannya, ia satu percutian yang menyeronokkan dan sangat berbaloi kerana semua dapat pergi dan berkumpul dan bergembira. Nanti kita rancang ke tempat lain pula ya.

Wednesday, February 16, 2011

Abang tu sakit apa?

Entry ini nak cerita pasal Khadijah. Bila ingat semula, rasa kelakarpun ada juga. Masa cuti tahun baru cina lepas, kami singgah Bukit Merah Laketown Resort. Tak sempat join aktiviti sebab dah petang, saja bawa keluarga singgah berehat sebentar dalam perjalanan. Mula-mula semua ok, kanak-kanak riang dan yang dewasa mengambil angin petang di tepi tasik. Tak lama lepas tu, hah si anak dah mula nak gula-gula, ajak pergi kedai. Puas pujuk, tak jalan, maka diturutkanlah hajat dihati anakanda. Dah masuk kedai, si kakak nak tu, si adik nak ini. Lepas sesi tawar-menawar dan pujuk memujuk ummi dengan si kakak, si kakak setuju nak ambil malties horlick tu. Oh umminya happy lah sebab daripada dia ambil gula-gula manis entah-hapa-tu kan. So dapat sorang satu. Saya nak bayar, tetiba lalulah adik cashier tu, dia baru accident agaknya sebab kaki dia bersimen sampai paras lutut, tapi dia masih boleh berjalan berjingkit lah kan. Dia lalu depan saya dan khadijah. Maka tak disangka, menjeritlah khadijah ketakutan. Ya Allah, bukan perlahan ok, siap high pitch dengan gigil-gigil sekali tu sampai dia hampir terpeluk peha sorang mamat dalam kedai tu. Punyalah takutnya dia. Semua orang pandang. Sayapun bergegaslah ambil Khadijah dan peluk dia dan cepat-cepat keluar. Huh saya terpandang muka budak lelaki tu, agaknya diapun pelik anak saya menangis. Saya rasa bersalah pada dia. 

Dan sehingga ke hari ini, maknanya lebih kurang 2 minggu lepas dah berlalu kan, Khadijah masih ingat insiden tu, tiap-tiap hari tanpa gagal dia akan tanya, 'ummi, kenapa dengan abang tu?' atau 'ummi, abang tu sakit apa?' Kalau tak saya, mesti dia tanya abah dia. Rasanya kalau bilang mahu 6,7,8 kali juga sehari dia dok tanya. Tetiba time dia teringat dia tanya agaknya. Mula-mula kamipun tak faham, lelama barulah faham apa yang dimaksudkan. Maka jawapan standard kami, 'abang tu accident, kaki dia sakit'. Kekadang dia tanya lagi, 'abang tu accident dengan apa?' Gigih jugalah jawab 'ummi tak tahu, mungkin dengan kereta ke, motor ke'. Boleh anda bayangkan anak hampir 3 tahun itu sangat kuat ingatannya. Banyak lagi insiden lain, satu lagi yang terkini pasal hadiah. Hari-hari dia cakap dia nak hadiah. Mula-mula saya tak faham, hadiah apa pula ni. Rupanya dia merujuk kepada pernah suatu hari tu, pengasuh dia berikan goodies bag yang dapat masa kenduri tu - khadijah panggil tu hadiah, dalam tu ada gula-gula macam biasalah kan, Jadi, dia dok minta lah nak hadiah, puas lah cakap dah habis, nanti kita beli lain lah, nanti kita pergi kenduri lain, kita dapatlah. 

Kanak-kanak ini memang gifted. Setiap mereka berbeza. Dan kita, setiap manusia ini  tak pernah ada yang sama. Tahun depan, Khadijah ini akan ke taski macam kakak dia juga. Walaupun dia belum really independent, tapi nampak gaya macam dah ready. Bercakap dah clear. Memang selalu nak ikut kakak ke sekolah, cuma potty train je belum lulus lagi. Setakat 1-10 tu dia tahulah, Kenal semua ABC pun belum, tapi saya yakin she's a fast learner. Sebab kalau kita ajar kakak, dia pun boleh buat sama. Bagusnya sebab ada kakak, her true motivator. Sekarang ini, dalam proses mengajar dia juga, asyik fokus pada kakak je, kesian adik kan. Lagipun, sekarang ini nampak dia lebih fokus berbanding dulu, dulu kalau ajak baca buku pun tak herannya, sekarang ini nampak minat sket. Banyak perkembangan dia sepanjang berusia 2 tahun hingga sekarang. Sangat obvious dari 2 tahun pertama ke bawah. Sepanjang hampir setahun (usia 2 nak masuk 3 tahun ini), banyak perkembangan dia macam bercakap dengan lancar, lebih confident dalam bergaul, lebih mudah untuk dijaga. Progress yang kurang memuaskan seperti pertama kali kena tahan kat wad, kesihatan yang terganggu, nakal seperti kanak-kanak ribena lain pun ada juga. Tapi I am happy dengan perkembangan dia nak cecah 3 tahun nanti ni. Siapa sangka anak kecil tak sampai 1kg masa lahir ini boleh survived macam ini sehingga ke hari ini.

Terima kasih Allah kerana pinjamkan Khadijah Nur Syifaa' buat kami. Moga ia mendidik kami menjadi hambaMu yang lebih bertakwa dalam menjaga amanahMu ini.
Ini ada caption saya ambil di sini.

Why do some people have better memory than other people?

People vary in the efficiency of their long-term memory. Some people have a good long-term memory and some a poor long-term memory. Like other cognitive skills, this is probably determined partly by heredity. But research has shown that most of the difference between people with good and poor memory can be attributed to the methods or strategies they use to learn that information in the first place. By developing appropriate memory strategies we automatically store information in a more organised and efficient way that makes it easier for us to locate when we need it. (This is a bit like always making sure we store things in sensible places in the home.)
Despite individual differences in memory, research indicates that in most people memory can be improved significantly by appropriate training. This does not mean that we can enlarge the storage capacity of our memory; what it means is that we can make our memory more efficient, so that it is more likely to absorb new information and hold that information in a way that makes it easy for us to find it again immediately we need it.


How can memory be improved?

In order to make an individual's memory more efficient we need to ensure four key things:
  • Practice - the more often we do something, the more likely we are to remember it.
  • Memory strategies - these are ways of processing information that will help you remember it better.
  • Organisation - this ensures that information is stored in a more meaningful and well-organised way and which is easier for the brain to recall when needed.
  • Understanding - if we understand information it is easier for us to remember, and if we understand how memory works, it is easier to make it work well for us personally.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul dan aktiviti kami

Kami menghabiskan masa di rumah sahaja. Menonton pengisian di MHI, kemudian bersambung ke Al-Kulliyah dan Jejak Rasul di TV3. Menonton sambil-sambil melayan anak-anak ni. Si Aisyah dengan buku dia, Khadijah dengan asyik nak mengunyah je, betul sampai kami cakap, 'adik, cukup-cukuplah makan tu', sebab dia asyik buka peti ais dan bekas biskut dan sempat potty trained dia separuh hari. Good job dear!

Cinta Rasulullah.
Moga-moga makin bertambah rasa cinta kita pada baginda Rasulullah saw. Banyak caranya untuk menzahirkan rasa cinta pada baginda dan paling mudah dengan berselawat dan membuat segala perkara yang menjadi sunnah Rasulullah. Ustaz di Al-Kuliyyah tadi cakap,paling mudah nak ikut sunnah baginda ialah dengan sentiasa berbuat sesuatu menggunakan tangan kanan. Mudah, kan. Sabda Nabi 'Orang yang paling dekat dengan aku ialah orang yang paling banyak berselawat padaku'. Marilah sama-sama kita ambil peluang untuk mendapat syafaat Rasulullah agar ia dapat membantu kita di padang mashyar kelak. Janganlah disebabkan kita tak mampu buat banyak maka kita tidak buat langsung. Ada satu riwayat dinyatakan 'Pada suatu hari, sahabat melihat Rasulullah menangis lalu bertanya ''wahai Rasulullah, kenapa kamu menangis?'' Rasulullah menjawab, ''aku menangis kerana aku rindukan saudaraku''. Sahabat bertanya lagi, ''bukankah kami ini saudaramu?'' Rasulullah menjawab ''Kamu adalah sahabatku, saudaraku adalah mereka yang mengingatiku walaupun tidak pernah berjumpa denganku''. Begitulah lebih kurang riwayat yang saya dengar, dan lihatlah betapa cinta dan rindunya baginda pada kita, yang Rasulullah gambarkan sebagai saudara baginda, umat baginda yang tidak pernah baginda jumpa. Tidakkah kita ingin menjadi sebahagian saudara baginda? Juga diriwayatkan bagaimana di akhir hayat baginda, baginda tetap memikirkan tentang umat-umat baginda dengan mengucapkan ''ummati, ummati, ummati..''. Allahuakbar. Tinggi sungguh peribadi baginda. Marilah sama-sama kita menguatkan lagi rasa cinta dan ingatan kita pada Rasulullah.Moga Allah merahmati baginda dan kita semua. InsyaAllah.

p/s: budak dua orang itu tengah nap petang. Tadi janji nak bawa ke playground petang ini, aisyah nak main swing. InsyaAllah nak, jika tak hujan kita pergi ya. Sebab itu saya boleh update blog :)

Monday, February 14, 2011

Potty Train 1

Sources

Kali ini merupakan percubaan kali ke-3. Memang kena banyak sabar. Tulis entry ini pun kena bersabar gak ni. Khadijah dah berusia 2 tahun 10 bulan. 12 April nanti dah genap 3 tahun. Saya baru mula nak potty train dia. Kalau Aisyah dulu, masa 2 tahun 4 bulan, dah diaperless waktu siang. 2 tahun 8 bulan dan totally diaperfree. Kenapa Khadijah start train lambat? Sebab umminya belum bersedia, juga sebab Khadijah nampak masih belum faham. Tapi, bila start ajar masa dia dah cerdik, banyak akal dan petah bercakap ni, teruji betul kesabarannya. Hihi. Ok 2 sesi sebelum ini sempat buat half-day je sebab dah petang dia nak tidur, maka kenalah pakaikan diapers kan. Dalam tempoh pagi sampai tengahari tu, adalah sekali je terbabas. Ok lah not so bad lah kan. Haa ni nak cerita kisah semalam pula. Pagi tu balik dari jogging, breakfast semua, dia tidur. Maka mula tak pakai diapers bila dah petang, lepas dah mandi semua dalam pukul 3 pm lebih kurang. Sampailah ke pukul 7 pm, masing-masing dah give up. Huhu sebabnya, dalam masa 4 jam tu je, dia terbabas 6-7 kali. Imaginelah kami bersilih ganti lap lantai dengan tukar seluar, panties dia sampai lupa dah kiraan ke berapa. Dalam tempoh tu, dia ada juga cakap dia nak kencing, ok pergi toilet. Dalam setiap 20 minit bawa pergi toilet juga, tapi boleh terkucil gak tu. Yang bestnya, dah kencing baru cakap; 'ummi, adik kencing'. Grr..geram tau kat Khadijah ni.

Memang kena sabar banyaklah. Takpe, jangan putus asa, rasanya malam sebelum tidur pun nak kena buat juga, biar dia tahu 'rasa' urgency nak kencing tu dan pandai control. Jika tak usaha buat, sampai bila dia nak pakai diapers kan. Moga dipermudahkan urusan kami. Amin.

Sources

Practice Being a Good Potty Coach

Toddlers can't potty train themselves. (Boy, if they did, how awesome would THAT be?) So in order to be masters on the porcelain throne, kids need a good potty coach. That means YOU! As a potty coach, it's important to be cool, calm and collected and show your child that you can take whatever they throw at you (sometimes literally)—and smile through it all—even if you're ready to throw that potty seat against the wall!

Here are my tips on how you can be the best potty coach you can be:
  • Clear your schedule. Potty training takes time (and effort) on your part, so if you have looming deadlines or big projects going on, find some things to take off of your plate—or at least give yourself permission to scale back so you can focus on your kid's potty needs.
  • Define your potty training expectations. Recognize that there will be ups and downs, your child will have accidents and stuff will hit the fan (sorry, we couldn't help ourselves) from time to time. This will take some of the pressure off both of you.
  • Get a support system. You already have your mom (and your girlfriend who has potty trained before) on speed dial..
  • Give it a whirl. Now that you're in the right mind-set, try a practice potty session. So today, after a dirty-diaper change, instead of immediately putting on a fresh diaper, place your child on the potty for a few minutes. No pressure. No biggie. Just getting the feel for this newfangled thing.
Remember: The potty-training phase goes the quickest when children can learn in a fun atmosphere. This means you have to be at the top of your coaching game: be positive and encouraging, even when you feel like screaming. One day, you will look back on this and laugh (OK, so maybe not laugh, but at least smile a little).Sources.
Saya pasti dan yakin saat  itu akan tiba. Saya set target, dalam tempoh 2 bulan ini, sekurang-kurangnya dia dapat day-diaperless. Itupun dah cukup memadai. All praise to Allah.

Saturday, February 12, 2011

Tahniah kepada Rakyat Mesir

Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi. Tahniah rakyat Mesir di atas perletakan jawatan Hosni Mubarak selama 30 tahun memerintah.
Saya terasa betapa gembiranya mereka tatkala membaca tulisan ustaz Hasrizal di link ini Malam Ini Kita Semua Adalah Misri!.


Janji Allah itu pasti. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY




Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

How to Enter
-------@------
- Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)- done
- Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini- done
- berikan link anda untuk entry ini- done
Pemenang melalui Random Org


-------------------------------------------------------------------------
Mm..gorgeous kan hadiah-hadiahnya kan. Contest entry pun very easy-peasy.
Saya dah ada 2 tote beg dari cik As ni. Beli dengan dia dulu. Memang berbaloi dan cantik.
Jika berminat, silalah ke blog Cik As ya. Tote Boutique.


Friday, February 11, 2011

Taman Rama-Rama

Sebelum kita ke Taman Rama-Rama, meh layan Aisyah mandi kolam dulu.
 
Aisyah tengah mandi. Ini gambar dari balkoni apartment kami.

Siap buat peace lagi tu. Seronok sungguh dia. Gambar Khadijah takde, sebab masa saya turun bawah, dia tengah menggigil kesejukan, abah dia dah bungkus dia dengan towel.
Dah siap mandi lepas mandi kolam.
Taman Rama-rama

Hikayat hidup seekor rama-rama




Ulat gonggok pun ada kat taman ini.
Anak ular pun ada. Baik pegawai di taman tu sebab sudi tunjuk kami banyak haiwan. Haha sebab kumpulan kami saja dah 11 dewasa, 6 kanak-kanak, riuh ha. Itulah dia keluarkan ulat dengan ular yang mana kami tak nampakpun pada mulanya. Buat action je tu pegang. Haha
Ulat beluncas kan? Me masa ni tengah dukung khadijah, tak sempat nak snap gambar banyak. Butterflies are everywhere ok. Tunggu gambar dari kamera adik dululah.
Biawak kah? Rasanya kot, tak baca pun. Ni sape entah snap.

Iguana? ke mengkarung? hihi padahal ada je nama haiwan tu kat depan tu, tapi boleh tak tengok.
Kami cakap haiwan tu mentadak mentadu, staf tu cakap bukan.

Perasan belalang hijau yang cuba merahsiakn dirinya itu? Pandailah sape yang perasan tu.. :)
Gambar ini, saya pun tak pasti apa sebenarnya. Tak sempat nak tengok sebab aisyah tengah meragam. Dia nak makan ubat adik dia, mana boleh.
Butterflies of the world. Cameraman tak rasmi. cepatlah transfer gambar ya.
Berbaloilah bayar RM18 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak umur 4 tahun ke atas dan RM13 ++ untuk senior citizen. Kalau foreigner lagi mahal, RM 27 kot rasanya. Gigih kumpul mykad tu nak bayar tiket. Ada kedai cenderamata di akhir sesi penjelahan taman tersebut. Ini biasalah marketing strategi kan. Maka tersangkutlah juga kami kena beli key-chain. Aisyah lah nak sampai dua, pastu balik rumah, eh belum sampai rumah, keluar taman je dia dah tak heran kat key chain tu.

Nanti saya cerita kami ke Muzium Mainan pula ya. Cerita bergambar ke Chowrasta, tak payah letak lah kan. Setakat kedai banyak jual jeruk tu semua tahu kan. Gambar ke Padang Kota Lama pun tiada, sebab kelaparan dan terus sampai, order makan dan makan. Boleh tak saya tak sempat nak tengokpun laut tu. Kalut dengan budak 2 orang tu lah.

Thursday, February 10, 2011

Safely home

Alhamdulillah, my cousin yang sedang belajar di Alexandria dah selamat pulang ke tanahair. Siap masuk front page Berita Harian Isnin baru ni. Gonna see her this weekend. InsyaAllah.

che ngah, cik sue ainun, shahirah, khairi pun ada. hihi..

Tuesday, February 8, 2011

Updates

Lama betul biar blog ini berhabuk. Maafkanlah saya yang sentiasa mengejar masa ini. Tulis entry pun tak sampai siap, biasanya draf dulu, esok-esok baru sambung. Cuti perayaan lepas, kami ke Penang. Satu keluarga besar, 3 buah kereta. Menginap di Seri Intan Resort, TM punya. Apartmentnya ok, anak-anak sakan mandi kolam sampai demam khadijah dibuatnya. Mujurlah dia demam sekejap je, bila check suhu 39.3C, terus bagi ubat demam, lupa nak bagi ubat ikut bontot tu, memang dah bawa siap-siap. Tak sampai sejam dia berpeluh-peluh terus sihat. Tapi mula ada mild selsema. Mujur juga selsema sikit je. Takde lah hingus mengalir keluar je. Trip kali ini sepatutnya 3 hari 2 malam di Penang dan 1 malam di Lumut, Perak. Tapi memandangkan kami gerak dari Penang dah lewat, maak batal rancangan ke Lumut dan terus balik Rawang. Kira 1 malam di Rawang. )

Sepanjang di Penang, kami ke Taman Rama-Rama, Toys Museum, beli jeruk di Chowrasta, makan di Padang Kota, night market di Batu Feringgi,mandi kolam lagi dan lagi, oh ini mak-mak budak semua tak join, anak-anak dengan pakcik-pakcik mereka je. Sampai tak berjalan ke mana kami sebab layan mereka mandi kolam. Apapun memang best, sangat relaxing, apartment tu a bit private, tak ramai orang, kami sempat jalan-jalan tepi pantai belakang apartment tu. Gambar tak banyak ambil sebab selalu tertinggal kamera ataupun terlupa dan takde mood nak bergambar. Dalam perjalanan balik, kami singgah Bukit Merah Laketown Resort, tak sempat nak join aktiviti sebab dah petang. Sempat beli souvenir je. Kami dah pergi tahun lepas. Moga lain kali boleh bawa yang lain pergi pula.

Nampak apa ada dalam gambar ini? Ya atas jambatan Pulau Pinang. Sayup-sayup di hujung tu gambar jambatan yang melengkung tu.

Entry bergambar akan menyusul nanti.