Mungkin berkata perkara benar itu mengundang rasa marah orang lain, menggugat rasa pemilik hati-hati lain, tapi saya buang rasa bersalah itu tepi-tepi dalam diam sebab saya bercakap perkara yang benar. Memang susah nak buat segalanya baik, tapi tuntutan memberitahu tetap ada di setiap bahu kita kan. Memanglah mati nanti, kubur lain-lain. Biarlah yang nak kata, jangan Allah persoalkan saya kelak kenapa tidak menegur. Menegur juga banyak caranya, mungkin ini cara saya, melontar persoalan sebagai kiasan, bagai menarik benang dari tepung, jangan sampai tepung berserakan. Fuhh menitik peluh.
Berlapang dada itu adalah paling afdhal kan. Eh saya teringat satu perkara masa saya ke Acheh dulu. Teringat sebab pagi tadi, masa dengar forum rakyat di Radio IKIM tadi, tajuknya pasal bagaimana mengatasi gejala sosial dengan kadar segera. Lepas itu, Ustaz Rosmaini telefon dan beri cadangan buat seperti apa kerajaan Acheh buat. Itu buat saya teringat ni, kata Ustaz tadi di Acheh, ada peronda berkawal di sekitar tempat-tempat berkaitan yang boleh mengundang anak-anak muda buat maksiat. Haa memang betul tu, kami sempat pergi melawat di sekitar pantai nama apa entah pada waktu petang. Di sepanjang jalan itu, ada peniaga menjual jagung bakar, bau nya sungguh menusuk jiwa.. haha, dan kami pun beli juga merasa. Ada lah kerusi disediakan untuk makan, tapi kami pusing-pusing dengan kereta sahaja. Bilamana datang trak-trak peronda ni, adalah 2-3 buah, siap perondanya pakai baju uniform warna hijau pekat ala-ala tentera kita tu, ada lelaki ada perempuan. Bila trak tu lalu je berdekatan jalan, pasangan yang tadi dok dekat-dekat, boleh pula jarakkan diri, yang tadi duk berpeluk pinggang, boleh pula leraikan. Hmm..memang terkawal suasananya. Katanya mereka berkawal sampai malam hari. Kami juga diberitahu, Acheh wajibkan wanita sana memakai tudung. memang boleh nampak, hampir keseluruhannya. Pemandu kami beritahu, jika yang tak pakai tudung itu, mungkin datang dari provensi lain.
Ada benarnya dan berasas cadangan Ustaz Rosmaini tadi agar ianya boleh diimplementasi di Malaysia. Tapi, nak ke kerajaan kita buat?? Nanti ada pula yang bagi alasan, ia hanya akan menakutkan pelancong-pelancong asing dan seterusnya menurunkan kadar ekonomi di negara kita. Siapa nak jawab tu?
Kita ni takut benar kan, dah jadi macam orang yang tak yakin dengan Allah pun ya, kan Allah dah kata, Dia sentiasa berada dengan orang yang benar, kan. Kalau kita buat sesuatu yang baik dan bertawakal mohon pada Allah agar diberikan balasan yang baik, mesti Allah tolong kita. Tapi, kalau kita abaikan Allah, bagaimana Dia nak tolong kita?
No comments:
Post a Comment