Tuesday, December 15, 2009

Acheh - part 1

Saya buat keputusan pergi ke Acheh ini sangatlah last minute. 2 minggu sebelum tarikh pergi baru decide, maka sibuklah renew pasport, beli ticket bagai. Sebenarnya ketua lab merangkap second boss saya ajak dah lama dulu, tapi saya tak berminat sangat, ada rasa nak pergi tapi entahlah kenapa belum terbuka hati kot. 2 minggu sebelum program, kami ada perbincangan, melalui perbincangan inilah saya rasa teruja untuk pergi bila didedahkan keadaan di sana, apa misi nak dibuat, pengalaman yang bakal diperoleh dan sebagainya. Ya saya sangat teruja.

Kami pergi seramai 10 orang ahli kumpulan terdiri daripada 5 orang pensyarah, 2 orang pegawai iringan dan 3 ahli keluarga yang lain. Tujuannya adalah mencari manuskrip lama Melayu-Islam yang dikhabarkan ada di salah sebuah zawiyah/ pondok di sana. Saya pergi bersendirian, anak-anak saya demam kena tinggal 4 hari, tapi demam masa hari pertama saya pergi je lah. Mak saya ada di sini temankan anak-anak, saya hanya mampu tinggalkan 6-7 botol ebm untuk khadijah sepanjang tempoh tersebut. Dan saya pula mananged buat stok ebm sebanyak 8-9 bekas sepanjang berada di sana, habis saya angkut cooler beg dan breastpump. Siap pump susu dalam mpv lagi, since banyak aktiviti kami on the road je. Saya bersyukur sangat sebab pensyarah saya memahami dan kebetulan mpv yang dinaiki semuanya perempuan. Masa kami sangat terhad di sana, shopping pun sempat sikit-sikit je di kawasan berdekatan hotel menginap.

Selain melawat zawiyah dan muzium untuk mencari bahan yang diperlukan, kami juga dibawa melawat ke perkampunagn tsunami. MasyaAllah memang Allah itu Maha Besar. Sungguh tak percaya kalau lihat apa yang ada sekarang berbanding masa tsunami dulu.

Masjid Raya Abdurrahman - masjid yang tidak runtuh dilanda tsunami 2004. Masih tersergam kukuh.

Pantai lokasi tsunami bermula. Indah kan. Sangat terpegun saya melihat keindahan pesisir lautnya dan putih pasir serta hijaunya air laut itu. Pantai Lampu'uk kalau tak silap ni. Di belakang tu bukit yang dikatakan tidak kena air dan adanya yang terselamat kerana berada di bukit saat itu.

Cantik kan. Kami berhenti rehat dan makan di tepi pantai ini. Hidangannya ikan bakar, nasi putih dan air kelapa muda yang segar. Pergh sungguh refreshing dan kami makan sampai tegang perut sambil duduk bersila.

Ini antara ikan bakarnya, memang ikan bakar macam tu je tapi sedap. Air asamnya pun sedap, saya minta resepi tapi orang tu tak tahu nak translate ingredientsnya apa, saya lagilah tak faham. Haha..

Mula-mula order 4 ekor ikan je, pastu entah macammana driver kami tambah lagi 4 ekor. 8 ekor ikan yang besar ok kami berlima menjamu selera, memang puas amat, sampai boss saya cakap masing-masing makan bagai tak ingat suami semuanya. Hihi, memang pun, inilah first time saya makan dengan penuh nikmat tanpa fikirkan nak mengawasi anak-anak di kiri kanan. Sungguh marvellous ok.

Ini pula anatara menu makan tengahri kami masa hari kedua di sana. Penuh meja, rupanya style di sana, mereka akan hidang je semua, dan kita bayar apa yang kita usik/ makan sahaja. Mula-mula sukar juga saya nak menikmati makanan di sana, tapi makan sahajalah kan, kalau tak, lapar!.

Jus alpokat

Dan last sekali, sungguh sedap minum air jus alpokat/ avocado ni. Saya pernah baca kat blog munirah - triplets plus one tentang enaknya air jus avocado ini masa dia ke bali dulu. And it's true!. Dengan lemak berkrim dan ditambah coklat cair, sangat sedap ok. Saya sempat minum 2 kali kat sana, tu pun kalau ada lagi satu malam di sana, mesti saya akan order lagi. Rp 5000 segelas itu, lebih kurang RM 1.50 sahaja. Sungguh berbeza penyediaan jus di sini, apa sahaja jus di sana memang pekat dan pure. Terasa-rasa lagi keenakannya ni. Harus buat sendiri ni nanti. Sila lah cuba ya kawan-kawan.

Banyak yang terjadi di sana, apapun yang signifikannya, ketua kumpulan kami sangat happy sebab dia berjaya peroleh apa yang dia nak dan cari di sana. Saya tak boleh nak describe melihat air muka kegembiraannya menjumpai apa yang dicari setelah dikecewakan sebelum itu. Apa yang pasti, lawatan ini pasti bukan yang terakhir kali, ia seolah merintis jalan baru, insyaAllah agenda sedang diatur untuk peringkat seterusnya. Sebagai yang mengaku serumpun sebangsa melayu dengan Acheh, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga khazanah alam Melayu dari diciplak bangsa asing. Mereka telah menjalankan misi mereka dan moga kita tidak terlambat mengejarnya.

Banda Acheh - moga kita bisa bertemu lagi. Bumi yang sungguh indah, permai dan sejuk mata memandang. Semoga Allah merahmati kita semua.

8 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

cantiknya Acheh...

wah..gigih Mirah mengepam dlm mpv ye..bagus..bagus

Anonymous said...

cantik sungguh..cam tak sangka tu tempat yg pernah kena tsunami.

mirah said...

Dayah,
memang cantik. Ada lagi gambar, nanti second round lah pulak. Gigih sebab tak tahan engorged. Huhu sanggup kejar balik bilik hotel nak ambil pump. Mula-mula masa first day tu ingat nak pump bila dah settle urusan siangnya, rupanya tak boleh tahan dah. Dan gigih lah juga berbaik-baik dengan adik kat kafe hotel tu sebab nak tumpang ice pack dgn susu. Hihi..

mirah said...

mama-miya,
ya memang tak sangka.
Sekarang ni, perumahan bantuan utk mangsa tsunami dah hampir siap sepenuhnya. Penuh dah rumah, tp mana mungkin kenangan kehilangana hli keluarga dilupa begitu saja. Kami sempat berjumpa dgn mangsa tsunami, mereka masih mengalir air mata bila bercerita. Tearsa sesal juga ungkit kisah mereka, tapi sebab nak tahu cerita sebenar, dan mereka juga willing berkongsi.. Apapun, keberadaan mereka hari ni pasti ada hikmah tersembunyi. Pak supir kami bagitahu, Allah biarkan mereka terselamat dan hidup utk menjaga masjid itu. - sebab tika kami berjumpa mereka, usai solat di masjid lampu'uk.

zafri amsyar said...

Ya Allah... mmg lawa sgttt pantai2 tu....

-lia-

mirah said...

Lia, ya sangat lawa, sebab tgh panas terik tak boleh buka mata tu tak pergi main air. Nak je try tapi kan nanti feeling sorang2 kat situ, segan pulak kat lecturer semua heheh..

Nadiah Sidek said...

hehe..seronok ye dpt menikmati mknn. tp betul la, dh ada anak mmg tak dpt nk mkn dgn aman. kdg2 tu smpai nk tercekik dibuatnya sbb nk lekas layan ragam anak pulak. huhu

mirah said...

Nadiah,
Haha tu kalau baru ada sorang, macam akak ni kiri kanan kena monitor, last sekali mmg makan pun tak kenyang mana. Sebab tu rasa heaven sgt bila dpt makan kat sana. Cewwah bunyi mcm pergi bercuti larikan diri dari anak2 lak ek, hihi takdelah pergi bekerja tapi itulah nikmat sementara Allah kurniakan kan..