Saturday, January 9, 2010

Aisyah first week at school

Ya ya saya tahu saya seolah dah tertinggal keretapi, baru nak cerita pasal anak masuk sekolah. Maka instead of her first day at school, saya conclude jadi seminggu lah ya :). Aisyah was just fine. Sepanjang seminggu ni, apa yang boleh saya simpulkan ialah, dia dah boleh berdikari, yang mana menyebabkan saya terpaksa akur yang dia dah besar dan let her be in her own self. Maksudnya, saya cuba untuk biar dia pilih apa dia nak buat dan kita monitor sahaja. Sungguh saya tak sangka, suatu hari saya akan lepaskan dia berdikari, and it was on her first day at school. Terharu tau perasaannya. Masa isnin pagi tu, saya hantar dia dan pesan berbagai-bagai lah kan, pastu dia relax je masuk dan pergi serbu mainan. Dan cikgu pun cakap takpelah kalau parents nak balik, lagi lama tunggu lagi susah anak nak lepas nanti. So, me yang sangat risau ni pun dah tak tahu nak buat apa lagi, 'terpaksa'lah balik. Then, ada satu perasaan datang dalam hati cakap saya kena percaya pada anak saya. She will learn to be independent soon. Maka, saya pun headed ke ofis, sampai ofis tengok jam 8.20 pagi. Termenung gak sekejap ingat kat aisyah tapi cepat-cepat put away perasaan tu, macam tak sangka cepatnya proses tu pun ada. Eceh see mak nya yang over tau anak masuk sekolah. :) Kihkihkih... tu baru prasekolah..

Dan rutin harian saya juga berubah. Saya hantar aisyah half day je, lunch hour kena lah keluar amik dia. Memanglah sangat malas ok nak drive keluar tengahri ni, i'd prefer stay kat ofis je, beli lunch pun kat area ofis je. Tapi, anak punya pasal kan, haruslah juga. Lepas ambil dia, then bawa ke rumah pengasuh dia. Since dia pun actually small lagi (tengok, maknya nak be protective lagi kan) kami prefer hantar dia half day je, petang dia dapat rehat kat rumah pengasuh dia. Dapat peaceful nap time dan refresh herself. Tak tahulah kalau lepas-lepas ni nak hantar dia full day. Kita tengoklah nanti.

Kesimpulannya:
Day 1: Tengahari masa amik dia jam 12, cikgu cakap dia ada nangis sekejap tadi, tetiba je jadi sensitif, tak tahu kenapa. Tapi bila cikgu pujuk, bagi mainan, dia ok semula. Saya rasa dia penat, ngantuk pastu teringat susu dia kot. Since biasanya waktu 11-12 tengahari, time dia nap kalau kat rumah pengasuh.
Day 2: Ok juga tapi ada menangis juga tengahari tu sekejap. Saya ambil dia jam 1 ptg. Dia tanya kenapa ummi lambat ambil?hihi agaknya dia tengok ramai parents ambil anak awal kot, tu dia tunggu ummi dia tak sampai-sampai.
Day 3: Siap pesan kat dia, ummi ambil aisyah jam 1 ptg lebih tau. Nanti, kalau ummi tak sampai lagi, aisyah tanya cikgu dah pukul berapa. Kalau belum pukul 1, jadi tak dapatlah ummi datang ambil aisyah lagi. Oh dia nangis juga, sungguh saya rasa dia penat. Masa ambil dia, muka monyok je macam ngantuk, bila nampak saya, dia terus datang peluk pastu teresak-esak menangis. Bila tanya kenapa, dia jawab aisyah nak susu. Haha aisyah, ye lah yelah balik rumah acik La minumlah susu ya.
Day 4: Dia dah tak nangis. Everyday tanya suka tak pergi school, dia akan jawab suka!
Day 5: Masa ambil dia, dengar suara menangis, macam kenal je, pastu dengar suara cakap, cikgu nak susu. Huhu anakku. Rupanya dia menangis sebab ada budak laki terlanggar dia kot, habis merah sebelah pipi aisyah, padanlah dia menangis pun. Minta susu yang tak tahan tu. Huhu aisyah, aisyah.. Agaknya dia nak console diri dia lah tu cari susu agaknya lepas menangis tu.

Saya memang pesan awal-awal kat dia, pergi school tak boleh bawa botol susu, balik umah acik La je boleh minum susu. Inipun sebagai step nak wean off dia dari bottle-fed one fine day nanti. Dia pun sangat suka minum freshmilk lately, beli susu tu memang dia je yang habiskan. Kesimpulannya lagi? hihi saya dan suami happy dengan perkembangan dia setakat ini. Suami dah cakap, kalau dia tak nak pergi school, jangan paksa. Tapi nampak so far ok setakat ini. Kalau ikutkan aisyah baru genap 3 tahun 26 dis lepas, jadi kami takdelah nak paksa dia, kalau dia enjoy kat school then apa lagi nak dirisaukan.

Ini masa ambil dia first day. Dia yang duk depan cikgu tu, tengah main jahit-jahit ke apa waktu tu.

Masa nak balik, nak naik car. Dia boring umminya nak ambil gambar pulak.

Ok itu sahajalah nak cerita pengalaman pertama kali menghantar anak ke sekolah. Maafkan saya yang sungguh sibuk minggu ni. Eh bukan minggu ni je, pendek kata kerja memanglah sentiasa ada dan asyik mengejar due date je, kalau dah sepanjang tahun asyik duk mengejar, penat gak lah kan. Apa nak buat, inilah punca rezeki saya untuk membantu suami, anak-anak dan keluarga. Kena redha, setiap kesenangan itu tidak akan datang bergolek. Kena usaha, barulah Allah bagi ganjarannya,

Selamat berhujung minggu kalian. Kami akan ke family day dept (ST, TM) suami esok kat Hulu Langat. Kot-kot ada yang pergi juga, jom kita jumpa di sana ya.

p/s: rupanya ini first entry saya bagi tahun 2010.

9 comments:

Nadiah Sidek said...

duk baca pengalaman org lain psl hntr anak 1st time ke sekolah..lebih krg sama je dgn citer akk. semuanya rs berat hati nk tinggalkn anak kat sekolah. cmtu jgk agaknya perasaan nadiah 1 hari nnt :)

Dayah @ Real Ummu said...

glad to hear that Aisyah is independent..ada sesetgh tu susah jugak mak ayah nak tinggal kan.. pergi TASKI ke Mirah..?cumei ja baju unifrom mini jubah n tudung ijo..

lama2 pasni ok la kot..baru2...ummi pun takyah risau2 ok..

mirah said...

Nad, yes you'll be having the same feeling too nanti..


Dayah,
a ah hantar taski, tp kami mmg panggil school je, dah terbiasa aisyah duk ckp dari dulu tu school dia. A ah manis je warna hijau dia tu..

Tu lah kena biar dia belajar berdikari, ummi kena admit dia dah besar, takdelah risau mana pun sebenarnya. Hihi... thanx dayah.

me_czar said...

Comelnya Aisyah dengan tudung. Tahun ni baru nk masuk 4 tahun kan?

Kira awal jugalah Mirah sekolahkan dia ya.

mirah said...

Myza,
a ah akhir tahun 2010, baru dia genap 4 tahun. Kira awal tapi dia memang ada semangat nak sekolah, sejak pertengahan tahun lepas asyik nak pergis chool je, ni sbb tengok anak pengasuh dia pergi sekolah.

Takpelah, nampak dia ok setakat ni,biarlah dia enjoy. Lagipun kat taski tu takde lah heavy sangat silibus dia. Lagi pula mirah hantar half day je dulu.

rafiza said...

salam kak mirah,
pekaba?

taski mana ni kak?
nak masukkan fatimah ke school jugak
bila bincang dgn hubby, dia macam reluctant pula..
yela, mungkin sbb kami tak stable lagi, tggu sy habis DPA kut..
ada banyak pilihan kat ptrajaya ni, tapi sy tgk banyak parent dah berubah hati pulak 2010, semua hantar di taska tempat kerja(mungkin kerana semua tempat jagaan dah naik harga kut..di tempat skrg,mmgla murah, tapi setakat jaga, bagi makan n tidur..nak kata playskool pun tidak..mmg tgk vcd, nyanyi lagu jek..

ntahla..

mirah said...

salam rafiza, lama tak dengar berita awak ni. Hihi..

Btw, awak dah start dpa ke? kena pergi yg 6 bulan ke yg setahun? eh hari tu dgr ada yg ckp dpa dah extend jadi setahun. Ya ke?

Aisyah ni hantar taski saidatina hajar, kat seri kembangan ni. Fatimah baru 3 tahun kan tahun ni? ya kena bincang juga lah tgk tempat nak hantar tu macamne. Sekarang hantar kat ofis awak ke?

rafiza said...

kak
ada FB tak?
bincang situla thru msg...
sini open sgt..takut terkeluar benda2 tak sepatutnya..hihi risau

tapi kalau takda takpala

dpa tentatively march..setahun atau tidak tu tak pasti..

taski abim ke tu?
edu cntre kat ptrajaya ni semua naik harga..harga kelas lain harga makan lain..taska tempat anak2 sy skrg tu tak sampai rm200 pun seorang..

byk nak fikir..banyak gak nak bincang n minta pendapat akak ni..

mirah said...
This comment has been removed by the author.