Kalau bulan puasa, kan syaitan semua kena ikat kan. Sinonim sungguh ayat tersebut masa saya kecil lagi. Nak dijadikan cerita, masa di rumah mertua hujung minggu lepas. Saya bagi aisyah susu dia pastu dia baring kat katil dalam bilik adik ipar saya, kira bilik kami menginap lah kalau balik sana. Sekali mulut dia bising cakap 'eh jangan lah kacau, janganlah...'. Err saya pun apa hal pulak budak ni kan. Tanya dia, 'aisyah cakap apa? sapa kacau?'. Ha sekali dia tunjuk kat atas tu kat syiling, 'tu, dia kacau adik, dia nak tendang adik'. Haih sampai saya pun tetiba seriau nak pandang atas, tapi saya pandang juga, kosong. Err biar benar aisyah ni kan. Pastu saya cakap lagi 'eh mana ada apa, aisyah nampak apa?'. 'Tu ha dia, kat sana'. Saya pun keluar bilik cakap kat mak mertua saya, dengan bapa mertua saya sekali datang. Pastu mak cakap takde apa lah aisyah. Atuk dia pula kata cicak je tu. Hmm..saya pun tak tahu ia sahih ke tidak. Tapi, setahu saya, aisyah belum pernah mereka cerita, dan dia tak pernah bohong. Kan budak kecik tak tahu menipu kan. Tapi, saya abaikan je lah, lepas tu keluar masuk bilik takde rasa apa pun. Kalau ada makhluk lain pun, mesti ia juga seagama dengan kita.
Dan saya teringat pula kenangan berterawikh masa zaman kanak-kanak dulu. Saya memang ikut abah pergi surau tiap2 malam ramadhan, rasanya sejak mula puasa dalam umur 9 tahun kot. Masa awal-awal tu pergi sebab ikut kawan je, kan ramai kawan sebaya, tapi kami tak buat bising tau, budak2 lagi kecik dari kami yang bising. Heheh.. Seronok mengenangkannya, saya biasa jalan kaki je dengan abah, lebih kurang 5 minit je dari rumah, dalam masa tu juga lah sibuk duk hafal niat solat terawikh dengan witir bagai, pastu selalu juga ikut abah pergi solat subuh berjemaah, ada sujud sejadah. Time jalan tu jugalah time nak refresh bacaan dengan abah. Dulu walaupun jalan depan rumah kami tu jalan utama, tapi dulu gelap, saya takut jugaklah malam-malam nak jalan sorang, tapi saya selalu psiko kan diri saya, kan syaitan, iblis, hantu semua kena ikat bulan puasa ni, jadi selamatlah saya sampai rumah, ada jugak acara lari pecut. Haha..saya suka zaman itu. Zaman yang penuh suka, riang dan tawa.
Adakah anak-anak saya akan datang dapat merasakan pengalaman sebegitu rupa? Mm..susahnya rasa nak mendidik anak ni, acuan kena betul, entah betul ke tidak pun tak tahu lah ni, tapi yang pasti sentiasa memberikan yang terbaik. Di bulan puasa ni patutnya mengajar diri lebih tenang, berhikmah dalam menangani karenah anak-anak kan. Berjaya kah saya? Bagaimana kalian pula? Ya Allah, berikanlah aku petunjuk, taufik dan hidayahMu. Moga-moga aku dapat memberikan yang terbaik buat anak-anakku. Ampunkanlah dosa-dosaku.. Aku memang hambaMu yang lemah. berikanlah aku kesabaran, ketenangan dan cara paling berhikmah dalam mendidik anak-anak kami. Amin ya rabbal alamin.
Berbalik kepada cerita syaitan kena ikat tadi. Saya berpendapat, bulan ramadhan ini jugalah sepatutnya menjadi medan kita bermuhasabah, memperbaiki diri, berhijrah dari tabiat lama yang lalai dan leka kepada amalan yang baik. Ingatan untuk diri saya sendiri ni, kalau biasanya sering kita rasa takde khusyuk dalam solat harian kita, masa ni lah nak didik hati supaya khusyuk dan disiplin. Kan masa ni bisikan syaitan semua takde, yang ada hanyalah suara nafsu kita yang dah liat itu, maka tempoh inilah untuk kekang nafsu kita agar dapat belajar concentrate semasa sembahyang. Cuba dan cuba lagi, insyaAllah pasti berjaya. Sekurang-kurangnya, dengan amalan latih tubi sebulan ini dapat mempersiapkan diri untuk menempuh lagi sebelas bulan akan datang, sekiranya ramadhan ini bukan yang terakhir kali.
Sekian, catatan 12 ramadhan 1430 H.
4 comments:
Wahhh, scary juga nak pandang ke atas tue, kan? Budak2 tak pandai menipu. Huhu.
Mungkin spt kata Mirah, "saudara seagama", dan saje2 dtg nak main2 dgn adik kot. Anyway, seram gak laa.
kak mirah, memang le syaitan tu kena ikat, tapi syaitan bagi org beriman jek.. sebab tu masih ada org buat jahat.. benda2 ni ade gak kak bulan pose ni. baru jek terkena..huhu.. cubaan dan ujian..hehe
tapi jangan risaulah, Allah ada, itu makhluk ciptaan DIA, mestilah pelindung dariNYa juga..
arnie, 2,3 kali mirah tanya pada aisyah tau, muka dia pun selamba je pandang atas. Sangat innocent je muka. Haih entahlah, scary juga pastu dah tak ingat dah. Hehe..
ummi09, sal rupanya ya.
ada ek? eh cerita lah apa yg terkena kat awak tu. tapi betullah awak cakap, semua makhluk Allah kan..
Maksud syaitan kena ikat bukanlah fizikally mereka diikat, tapi dibelenggu oleh sebab ramainya umat Islam buat ibadah bulan ni. Boleh kata semua org berpuasa, & dlm peliharaan Allah. So setan takde can nak mencucuk.
Depa still ada mcm biasa..
Post a Comment