Wednesday, September 9, 2009

Terbakar dan mc

Alhamdulillah semalam mujur takde tragedi rumah terbakar, orang melecur ke apa. Suspens bunyinya kan. Macam ni ceritanya, semalam saya sampai rumah lambat sket, sekali tengok abah budak-budak ni belum balik. Takpelah, dia sampai je rumah, maka saya pun lajulah kejar nak masak ni kan. Dalam kepala, nak masak sotong masak merah, udang goreng mentega dengan masak sayur air bayam. Heheh simple kan lauk berbuka kami. Sambal soton dah separuh masak, tinggal nak campak sotong je lah kan, satu lagi kuali masak udang. Husband tanya resepi baru ke? eceh ya memang tak pernah masak udang goreng mentega sebelum ni, ha ah lah jawab saya. Tetba saya terdengar bunyi berdesir gitu, haih saya cuba intai api dapur tu kot terbesar ke apa, sekali ha menjulang api naik. Terkejut saya dan terus menapak ke belakang. Dalam sekejapan tu, saya sambil jerit sambil tutup api dapur dan suami tutup lagi satu. Api tak juga padam. Sayapun panik dah dan dan tu kan, saya suh husband tutup gas tu, alah kat tong dia tu. Barulah api padam. Wah ngeri tau, risau terfikir sampai rumah terbakar ke apa dah. Dalam panik tu, satu je saya ingat api tak leh dipadam dengan air.

Menggigil satu badan tau, pastu suami bisinglah apa yang dimasak tu, sampai terbakar. Aih saya pula yang kena, saya cakap mana ada masak yang pelik pun, tadi tengah kacau tetiba macam tu. So time to troubleshoot, rupanya paip salur gas yang tersambung kat belakang dapur tu tertanggal. Padanlah api menjulang naik. Mujur semua selamat, Allah masih panjangkan umur kami. Saya terfikirlah semalam, kalau husband takde, apa saya patut buat? Husband jawab, lari je lah. Mm..takkanlah nak lari macam tu je, kan meletup satu rumah, baru haru. Barulah saya ambil tahu macam mana nak tutup-buka kepala gas tu. Huhu ya saya memang tak pernah nak ambil tahu sebelum ni k. Jadi, kawan-kawan, rasanya sebagai orang yang biasa dk dapur ni harus tahulah basic emergency actions patut buat bila berlaku keadaan sebegitu.

Lepas husband dah fix semua, ok je saya continue masak sampai sudah. Habis jugalah udang goreng mentega saya tuh. Hihi. Btw, saya dapat cuti sakit 3 hari bermula hari ini. Bangun pagi tadi, saya rasa mata berpisat-pisat, asyik nak kena blink-blink je. Jadi, saya decide pergi Pusat Kesihatan(PK) dengan aisyah, sebab dia pun tengah batuk dengan selsema. Ingat nak bawa khadijah sama, tapi tak menang tangan pula nanti since abah mereka tak boleh ikut. Saya sendirian di rumah ni, anak-anak di rumah pengasuh. Dalam kepala, tengah merangka apa nak utilize buat dalam masa 3 hari ini. Antaranya, habiskan lipat kain berbakul-bakul tu, basuh langsir (aiseh tahun ni tak tukar langsir lagi ya), basuh bilik air, kemas rumah terutama bilik kami, biar nyah-debu dan ada hati tu nak pergi alamanda. Aci tak? :)

Doakanlah saya cepat sembuh ya, taknak lah beraya dengan sakit mata pula, risau juga takut anak-anak berjangkit nanti ni.


14 comments:

Dayah said...

alhamdulillahh..nasib takde apa2..
kalau dayah pun takpenah amik tau psl kepala gas ni..salu suami yg tolong buat semua..bila siap, kita masak ja..teruk sungguh..arus amik tau pas ni

bestnya mc 3 hari..dayah dah setahun tak mc..teringin jugak mc, nak rehat2 kat umah... :)

Nadiah Sidek said...

alhamdulillah tak berlaku apa2. mujur juga suami akk cepat bertindak. huhu...nadiah pun tak tau psl kepala gas. kalau beli gas, suruh suami je yg pasangkn..tak tgk pulak tu! teruk betul la. tp kat sini tak pyh psg gas...sbb pakai dapur elektrik. suka lg mcm ni tp 'sakit' tang nk byr bil nnt la kot. ehe..

ar.nie said...

Syukur lah takde apa2. Panik jugak ya. Saya sbb slalu beli tong gas bila hubby takde, tau jugalah camna nak handle tong gas tue. Masalahnya, bila dah panik nnt, rasanya tak teringat pon nak OFF kat tong gas tue. Hihihi.

Mirah, boleh laa kemas rumah sepuas2nya utk raya nnt. Hehe.

p/s : Kitorang pon jenis tak tukar langsir. Baru teringat, lom basuh lg nie. Hihihi.

mirah said...

Dayah, ya syukurlah. Ada hikmah suami balik lambat dan saya start masak lambat kan. Hebat perancangan Allah kan..

Alhamdulillah mata pun macam dah ok ni, rasanya bukan sakit mata biasa tu, kena infection agaknya ni. Bila dah letak ubat titis, pastu sebelum tidur malam td, sapu ubat ointment doc bagi, pagi ni rasa dah ok. Dan mirah di ofis ni. Kena siapkan report, esok ketua lab ada meeting. Haih.

mirah said...

Nadiah,
kena amik tahu juga tu.. sebagai back up. Oh senang lah sana pakai elektrik ya, macamne rupa dapur tu agaknya ek? :p


Arnie,
Memang panik, nasib baik anak-anak duk jauh masa tu. Aisyah asyik dok ulang, 'ummi, api, api..".

Ha tu lah kena kemas betul2 ni, next week dah nak cuti, seminggu lebih lak tu..

lia said...

Alhmdlh xde terjadi apa2 yg buruk...

biler baca kes mirah ni.. baru tgerak nk blajar cmner nk guna kepala gas sbb sblm ni mmg tkut dgn gas2 ni, so husband jer yg buat smua tu....

rafiza said...

salam kak mirah
saya pun sampai laa ni tidak mau me'reti'kan diri ttg kepala gas tu
tapi tak tahu juga husband reti tak sebab kedua2 kami persamaannya adalah 'non domestic skill person'
hihi mengaku tuh..

alhamdulillah tak jadi apa2 yang serius
moga akak kembali sihat dgn segera
bestnya dpt 3 hari mc
sy ni kalau dapat mc pun pegi kerja jugak..
susah n takut nak tinggalkan ofis
kalau tetiba bos nak something mmg dia akan kol hp..

btw, kalau g alamanda bgtaula..
boleh sy join sekali..
boleh tak teringin sgt nak makan KFC udang tuh(ni kes terpengaruh iklan ler ni..)

mirah said...

Lia, ya cuba belajar ya. Eceh nasihatkan orang pula ni, ye lah ambil iktibar kan. Mirah pun dah amik tahu juga. In case kecemasan waktu hubby takde pulak nanti..

mirah said...

Rafiza,
Heheh habis tu kalau gas habis kat rumah, sapa tukar kan? takkan lah a wira tak tahu. K mirah ni mmg lah, kalau gas tu habis waktu a faisal takde, maka tunggu dia balik lah baru berasap semula dapur. Weh berat tong gas tu nak angkat dari depan ke dapur k.. :p

Tu lah semalam bila doc tu cakap, saya bagi awak mc 3 hari, akak macam 'hah? 3 hari?'. Heheh boleh tak gitu? Yelah takut jangkit kat org pula lan. Tp akak rasa kena infection je nih, mcm dah ok ni. Weh akak pun kat ofis ni. Jap lagi nak g alamanda.. ngee..

rafiza said...

ingat lagi 1st time habis gas masa nak masak berbuka tahun lepas
dalam dekat kul 7 cam tu tgh nak masak ketiaw favourite hubby(kena masak last2 baru sedap makan)
then terus kol kerani saya..boleh tak??
"kak ila, macammana ek kalau habis gas kat putrajaya nih?"
then dia send no hp, sy terus kol n 5 minit kemudian dgr org ketuk pintu..
hah cepatnya-dalam hati
rupanya org gas nih mmg tggu n ada station2nya di area kuarters putrajaya nih
bila org gas datang mmg dia akan buatkan semua sbb mmg kol gas petronas..

macammanala tak jadi non domestic skill person kan...
a. wira tau.. tiap kali nak balik kampung mmg dia akan cek tong gas..

mirah said...

rafiza,
haha lawak lah awak ni..siap call kerani tu, mesti gelak2 kerani awak bila dgr boss dia call tanya pasal gas habis.

Oh org petronas, mcm iklan dalam tv lah tu, cepat dan efisien. Eceh.. ha penting tu sebelum balik kg, tutup semua punca gas.

ummi09 said...

uish kak mirah.... Alhamdulillah takde pape....hu.. sal kat sini pakai dapur letrik, sekali kena air, trus blackout.. yelah kan, kekadang masak kuah nya membuak2, haa.. benda2 macam ni la buat risau jek nak masak.. sal asyik duk risau guna microwave, pakai pinggan kaca, kalo meletup..hiii..ngerinya..
lagi satu kalo pandai pasang kpala gas pun, bila dah panik, terus tak tau nak buat ape..so jangan panik ye..hehe

hajarus said...

Alhamdulillah nasib xde aper2... klu hajar hajar pun panik.... anyway semoga cepat sembuh yer.... :D

mirah said...

Sal, ya mujur takde apa-apa berlaku.

Hajar,thanx ya. Ya mata dah baik ni.