Friday, September 4, 2009

Tepung pelita

Saya masih tunggu staf nicu hospital serdang bagi gambar-gambar masa konvensyen tempoh hari, tapi masih belum ada. Kami pula memang tak banyak bergambar, tak dan weh sorang jaga sorang anak..heheh.. Tapi, nak tunjuk gak lah gambar tak berapa nak fokus ni.

Nampak tak mereka bergambar dengan Vanida Imran. Mm..kami pun tak berpeluang, malas nak tunggu sebenarnya.

Dengan naib johan anugerah ibu contoh. Bersama dengan Dr. Wan Hamilton dan lain-lain yang saya tak kenal sangat.

Ini pula aisyah yang tidur sejak naik je kereta balik dari hospital serdang tuh, eh jarak 10 minit je tau tapi dia boleh tidur berdiri macam ni. Bila abah dia berhentikan kereta pastu suh dia baring, dia tak nak. Sampai rumah, angkat dan terus layan tidur layan sampai petang. samalah dengan si adiknya.


Cakap pasal aisyah kan, teringat lah kejadian petang semalam ini. Saya minta husband belikan kuih tepung pelita, terasa nak makan. 5 bekas Rm2. Tapi dia beli kuih tako pulak. Dia cakap dua-dua ada, tapi dia tengok yang satu lagi macam 'buruk' pula. Haih suamiku, memang dah itu rupa dia.. Aisyah bila nampak kuih tu atas meja, dia nak. Kami bagilah kan. Dah habis satu, minta lagi, dah habis 3 bekas tu, abah dia cakap kat dia;

Abah: Aisyah, dah lah eh, ni last one yer, yang tu simpan kat ummi lah eh..
Aisyah: Aisyah nak lagi, nanti aisyah tinggal one kat ummi..
Abah: Ok. Abah tak nak.

Tapi dia habiskan 4 bekas, baru berhenti. Takpelah anak punya pasal kan, dapat rasa satu pun jadi lah kata saya pula. Sekali, bila waktu berbuka puasa;

Aisyah: Ummi, aisyah nak kuih ni.
Abah: Laa aisyah ni..
Ummi: Ya lah, amiklah. Abang, esok beli lain ya..

Kesimpulannya, aisyah makan semua 5 bekas kuih tako ni. Memang favourite dia pun sebenarnya, tapi kami tak sangka dia boleh habiskan banyak tu. Ada yang tak kenal kuih ni? Nah saya tampalkan sekali gambarnya.

Sumber di sini. Ini kuih tako tu kalian. Tepung pelita yang dalam kulit daun pisang tu. Tapi semalam husband saya beli yang ini.

Ni baru kuih tepung pelita. Yummy..
Sumber

Selamat berhujung minggu. Mode tengah fikir, petang ni nak masak apa pula.. :p



9 comments:

Dayah said...

setahu saya yg dlm daun pandan tu tepung pelita...sbb tako takboh dlm daun tu..tahla...tapi mmg sedap
teringat tako arwah mama dulu...

Nadiah Sidek said...

boleh ye aisyah tido berdiri mcm tu..tak jatuh ke?

sy pun suka tepung pelita! apa beza kuih tako dgn tepung pelita? nmpk mcm sama cuma daunnya yg berbeza..

Salwa said...

sis mirahhh
rindunya kat u
tq sgt2 for the lovely visit
no kak mirah hilang..
boleh bagi tak?
huhu

Anak akak sama mcm anak sy Kauthar
dia tidur berdiri
kalu suruh baring tanak pula

sy sampai hari ni tak dapat beza kuih tako dgn tepung pekita...macam mana nak kenal..huhuhu

oh maybe sy tak kenal daun pandan dgn daun pisang...adakah mungkin..

suealeen said...

Adam sebut kuih tu lagi best, "Ibu, mai makan sushi!"... tepung pelita ke tako ke sket pun tak de bunyi.

dia asyik berebut makan kuih apam gula hangus dengan akak ni...

mirah said...

Dayah,
oh ya ke. Mirah pun tak sure tp yg mirah pasti, dalam daun pisang tu kuih tepun pelita. Fav sejak kecil tu. Kuih tako takde pla kt tempat kami.. hihi..

Nadiah,
itulah pasal, walaupun tidur berdiri, tangan pegang pintu k..

Kalau tak silap lah, dua2 kuih tu guna tepun yg berbeza, apa ke nama entah lah yg guna kuih tako tu, kalau tepung pelita, tepung pulut rasanya. Eh ya ke, ke tepung beras. Heheh tapi rupanya resepi dia mudah, nak masak je leceh sket sebab kena kukus satu2 dulu. Tapi, teringin juga nak buat sendiri. Suatu hari nanti.

mirah said...

Salwa,
no mentioned lah pasal tu. It was a spontaneous response. Hehe..
Btw, kauthar dah sihat ke? Dari sehari ke sehari, ingat nak msg tanya khabar tp lupa je.

oh kauthar pun sama ya. Aisyah ni ikut mood dia lah, ada tu tgh tgk cd kat notebook ni blh tidur.

Rupa dan rasa memang berbeza. Try lah cari nanti ya. For sure sal blh kenal nya mana yang daun pandan dgn daun pisang nanti :)

mirah said...

wah makan sushi tak tahan tu.. :)
aisyah ni makan ikut mood sekarang, jadi apa dia nak, bagi je lah kecuali yg processed food ke jajan ke mmg No ok.

Dan sebolehnya dia akan rasa apa kita makan, macam malam tadi sebelum tidur, saya minum soya panas, dia pun sama nak juga.

lia said...

xtau langsung psl kuih tako tu... ni 1st time dgr...

tgk aisyah tdo berdiri tu... cute sgt ;p

mirah said...

lia, oh boleh try cari nanti kt pasar ramadhan. Sedap tau..heheh..

Aisyah mmg cute! haih mak dia perasan nih. Ahad lepas baru potong sket rambut depan dia, rimas tgk.