Saja tayang gambar lama, gambar beberapa minggu lepas. Rambut aisyah dah panjang kan, harus saya trim rambut depan dia tuh, nampak berserabut je, dah lah tak suka ikat rambut.
Ha siap meniarap lagi tu. Ralit sungguh. Kalau nak khadijah leka kejap, bagilah dia board tu, bolehlah nak masuk toilet dengan aman sekejap hikhik..
Own a house.
Saya perlukan pendapat kalian, pembaca blog saya ni. Macam ni, saya dan suami ada rancangan nak beli rumah sendiri. Setelah buat senarai pendek, kami seolah bersetuju dengan sebuah rumah di serdang ni. Ia rumah lama, dua tingkat, 4 bilik, 3 toilet, original house (belum renovate lagi). Harga dalam RM 210k. Mm..rumah tu ok je 22x75 kaki ke apa unitnya. My husband nak rumah yang besar sket lah, kira rumah ini ada halaman agak luas, dengan backyard pun ada, kalau nak extend rumah lagi, memang boleh sangat. Tapi, semestinya kalau nak masuk kena buat major renovation seperti tukar tiles toilet, lantai rumah, modify tangga sebab tak child-safety, dan lain-lain minor things. Mengambil kira persekitaran di sini, dekat dengan masjid, kedai-kedai, sekolah ada, dekat dengan tempat kerja saya, maka husband saya sort of setuju nak beli rumah ini.
Memang jauh di sudut hati, kami? (saya je sebenarnya :P) nak cari rumah baru, senang terus masuk tak payah buat major renovation, kan. Tapi nak dapat rumah saiz 22x75 bukan senang dengan harga yang berpatutan lah kan. Kalau ada pun, jauh dari serdang ni. Saya tak rasa comfortable nak travel jauh setiap hari, fikir nanti nak hantar anak ke sekolah lagi pula. Memang akan jadi tanggungjawab saya uruskan anak-anak sekolah nanti sebab husband saya kerja di KL. Nanti masa habis di tengah jalan je, husband cakap kalau duk rumah sekarang pun balik lewat (dia siap perli saya tau huhu - yelah saya biasa sampai rumah dalam pukul 6ptg, walaupun rumah dari pejabat ni hanya amik masa 10 minit), nanti rumah jauh tak tahu lah bagaimana. Dia memang ok lah dengan rumah yang dinyatakan di atas tadi, paling penting pada dia, dekat dengan masjid.
Kalian ada pendapat? Sudikanlah berkongsi dengan saya yang tengah membuat pertimbangan ni. Apa lagi kriteria penting harus saya fikirkan?
12 comments:
lia komen tang harga jer ya.... mmg amat berbaloi sbb umah la ni (yg baru) 20'x60' pon da cecah RM230k... itu pun area pinggir bandar yg jauh dari KL.. punchong pon ada lg rumah harga mcm2.. tmpt lain, mmg xdpt (setakat survey tahun lps)
masuk umh baru pon byk pakai duit sbb tangga mmg minima jer developer buat, still kena renovate jugak... kitchen kabinet, built in wardrobe smua masih perlu buat juga... kalau xde awning, grill WAJIB sbb utk safety...
kesimpulannya... insyaAllah rumah itu pada lia mmg da cukup bagus...
Mirah, saya pon setuju dgn Lia, especially tang harga tue. 22x75, kat Serdang @ rm230K? Kalau kat Bangi, rasanya tak dpt dah rege tue. Mmg berbaloi laa Mirah! Dah laa dekat dgn ofis, senang nak urus anak2 nnt (kena fikir long-term laa kan), bak kata Mirah.
Renovation tue, beli rumah lama/ baru pon mmg kena buat. Bezanya, major/minor renovation ajer laa. Boleh buat siket2, ikut priority.
Kalau saya ditempat Mirah, dan considering the pros yg Mirah mention tue, Insya Allah ambil rumah tue. :)
Kalo ekutkan nieza, mmg dah ok rumah tue Mirah .. kita pk long term utk menguruskan anak2 lebih mudah.
Macam nieza la, kalo pk nak dok umah besar & luas siap macam2 ke-inginan tak la dapat dekat dgn opis yang 15min perjalanan ... koman2 nak pi mai opis kurang2 sejam ... nanti kalo ada problem dgn anak2 mesti susah ..
insyaallah .. rumah tue dah ok, kalo nak renovate tue buat pelan2 ekut poket.
seronok duduk rumah sendiri walaupun kecik & tidak mewah janji bahagia ..
Lia,
memanglah kan susah sungguh nak cari rumah saiz besar sket dgn harga ok. Betul gak tu, rumah baru pun still kena buat mcm2 kan..
thanx yea..
arnie,
ya kena pikir long-term ni..
kat bangi mmg lagi mahal, dah pergi survey bbrapa minggu epas kat seksyen 7,8,4,5. penat round tapi tak jumpa yg berkenan, kalau ada pun, tak mampu pula..:p
rasa lebih confident nak amik rumah tu ni..
Nieza,
ya buat sekt2 ikut kemampuan kan.
Betul tu, hati bahagia penting kan.. :) thanx nieza.
mm..rasa macam insyaAllah confirm dah ni. Thanx kalian. nanti saya update kalau ada isu berkaitan ya..
kak mirah..serdang kat mana? rmh mak ayah nadiah kat serdang. hmm..tak tau la nk bg pendpt psl rmh...sbb tak reti & tak tahu. huhu..
kalau kak mirah taknak
bagi kitorang beli
hihi
dah ok ler tu kak mirah
selalunya rumah 2nd hand lagi melambung naik harganya..
so akak kena check betul2la
kenapa harga nya tak mahal sangat..
atau area rumah situ mmg harga cam tu
yang sy tau kalau puchong n balakong n sg long, bdr putra mahkota, bukit beruntung dapatla harga cam tu...
makcik pun ada jual rumah kat balakong rm100k je(rumah kos rendah)
tapi kalau serdang saya tak pasti
mmg ada ura2 harga tanah statik/jatuh
tapi kemungkinan sgt tipis
ada gak kawan jual rumah kat sg merab kalau tak silap rm180k jek
tapi kitorang tak pi tgk lagi...
nadiah, kat serdang jaya.
Rafiza,
eh awak ni tetiba sahaja muncul ya. Heheh.. oh kalian pun tgh cari rumah ya, dah pergi survey kat sg merab, sg armal, bangi semua takde yg available. Kalau menghala ke kajang taknak lah jauh pula.
Ada rumah di sekitar yg sama nak jaul rm 250k dan 280k sbb dah renovate. Rumah yg kami tgk tu owner dia org melayu, dia cakap payah nak jaga, dia duk puchong. Orang tua dah. Dia biasa sewakan je. Pakcik tu cakap aklau chinese yg nak, dia nak jaul 220k, tp kalau org melayu, dia boleh kurangkan ke 200k.
InsyaAllah kalau ada rezeki kami, dapatlah beli tu.. :)
Boleh le tu kak mirah oii.. umah suami sal kat seksyen 7 tuh 190k. umah setingkat 4 bilik. tapi laman depan n blkang kecik jek. jenis umah teres.. kira ok la umah yang akk nak beli tuh..
(bleh la kita ziarah menziarah nanti..hehe)
Mirah, rega rumah dah ok dah tu...
part renovation tu biasalah, mesti kena punya, sedangkan rumah baru pun lagikan orang nak renovate...
tp dah alang-alang nak duduk renovate la biar berbaloi dan puas hati, kita bukan selalu renovate rumah.. jadi kena fikir idea terbaik nak renovate rumah ni agar berbaloi..
dengo reha rumah sekarang gerun betoi.. padahal rumah tak der beso mana pun, area bangi memang mahal kemain..
area umah akak pun dulu org beli 140-190K je...sekarang dah cecah 300K dah.. mujur akak sempat beli masa rega 180K, skrng tak dapek dah rumah tepi putrajaya harga camtu..
yg penting renovation plan tu kena betul-betul.. kalau ada bajet lebih tak per buat major-major, tp kalau bajet limited, utamakan yang penting.
rmh mak ayah saya di tmn sri sedang, fasa 2 :)
Sal, ya sila jemput datang nanti kalau kami dah jadi beli ya. Sempat lah kot tunggu tahun depan awak balik nanti.. :)
K pnut,
a ah etul tu rumah baru pun ada yg renovate gak kan. Kalau jadi, memang kami akan siapkan floor plan nak renovate nih. Tgk budget jugak lah berapa bank luluskan. Mungkin kami buat yg penting dulu, since anak2 pun kecil lagi, err bergantung pd budget nanti lah. Thanx akak..
Post a Comment