Thursday, September 17, 2009

Mata dia sihat

Semalam kami bawa khadijah pergi temujanji di klinik opthamologi, hosp serdang untuk kesekian kalinya, kali ke berapa pun dah lupa. Pergi pukul 8.00am selesai pukul 12.45 tengahari. Dipendekkan cerita, alhamdulillah mata khadijah ok. Masa jumpa optometris tu, dia check power mata khadijah dan dia cakap takde power. Katanya lagi, kalau baby biasa umur khadijah patut ada power sket, tapi khadijah punya hampir negatif. Maksudnya dia boleh lihat dengan jelas buat masa ini. Dan kebanyakan baby pramatang, biasanya tend to ada power mata dalam 200 - 400 macamtu, dan akan menyebabkan kena pakai cermin mata cepat, kira syukurlah khadijah tak macam tu. Tapi optometris tu cakap, akan datang tak tahulah kan, sekiranya power adik jadi negatif, maka kemungkinanan rabun tu ada, ya lah expected lah kalau kita yang normal ni pun pakai cermin mata juga kan. Semalam juga ada seorang budak baya khadijah juga check mata, tapi ibu dia cakap, anak dia kena pakai cermin mata dah. Kesian kan, kesian juga tengok anak dia asyik menangis je, sampai tengok nurse je terus nangis, tak sempat nurse tu nak buat apa pun.

Lepas tu tunggu jumpa doktor pula. Dan doktor cakap mata adik ok je, tak perlu follow up jumpa doktor lagi, cuma lagi setahun kena datang untuk check power mata je lah. Mm..Alhamdulillah lega, habislah episod tengok adik meraung bila mata dia kena 'usik'. Kami memang sedaya mungkin cuba memberikan pengcahayaan yang baikk untuk mata adik demi mengelakkan dia mengalami masalah mata yang serius. Di samping memberikan dia makanan yang kaya dengan vitamin A like carrot (ni dia boleh gigit makan macam tu je tau, masa kecik ni oklah kot, mesti besar macam aisyah dia start taknak), brocolli dan pelbagai lagi. Juga saya lah kena amik supplement bagai kan, penting tu agar susu untuk dia pun berkhasiat juga. Pasal pengcahayaan itu, ya jangan biar suasana suram kecuali nak tidurkan dia lah. Penting waktu petang nak maghrib tu pasang lampu terang-terang sampai ke malam nak tidur, biar dia membaca, main dan buat aktiviti lain dalam keadaan cerah supaya mata dia tak cepat penat kena fokus nak lihat tu kan, sebab bila mata dia tu bekerja keras sangat, tu yang takut mata dia jadi malas dan mula untuk kurang berfungsi dengan baik. Eh ni nasihat untuk anak normal juga tau, lebih-lebih lagi nak membaca kena suasana terang ya.

p/s: pagi ini saya bangun tidur, saya rasa mata belah kanan pula berpisat-pisat. Mujur ubat mata hari tu ada lagi.. sigh.

4 comments:

Nieza Ishak said...

Betul mirah,

kalo husband nieza tengahari kalo cuaca suram sket terus pasang lampu. dia tak suker suram2 sbb dia kata nanti mata anak2 cepat rosak. Memang terang benderang rumah .. kul 6ptg dah pasang lampu .. hikhikhik

kalo anak2 tengok tv pun, dia pantang kalo kita tutup lampu.

lia said...

Alhmdlh....

mmg dari kecik xsuka gelap @ samar2 selagi belum nk tidur ;p

Sue.Aleen said...

tak pe... spec tu bukan suatu perkara yang negatif. alat untuk melihat dengan lebih jelas je. cepat atau lambat atau tak guna spec, is out of our control.

mata Syafiah pun ok, cuma otak dia sukar nak tafsir apa yang dia tengok. but slowly she'll know how to translate them.

setengah budak trauma nak jumpa doktor mata bukan sebab sakit sangat tapi sebab nampak apa yang bakal dilakukan terhadap mata mereka.

mirah said...

Nieza,
betul tu, rumah kami pun siang pasang lampu. Ya kena jaga dari awalkan..

Lia,
ya syukur.
ya betul tu.. :)


K sue,
ya betul tu k sue, dah mak dia ni pun pakai spec, haruslah anak dia pun akan pakai juga kan, cuma lambat cepat je lah. Bab trauma tu mmg, khadijah ni kalau tgk nurse, pastu baringkan dia, mmg confirm menangis terus, tak kira lah pergi jumpa paed ke, optometris ke, audiologist ke.. pendek kata macam tau2 je..