Tuesday, September 15, 2009

Akhir Ramadhan

Sayu hati, sungguh syahdu rasanya bangkit di tengah malam, bangun bersujud dan memohon keampunan Allah Tuhan yang Satu. Dan nikmat ketenangan dan kesejahteraan rasa itu hampir beredar pergi. Daif sungguh rasa diri, mengenangkan apakah pengisian yang telah dibuat sepanjang Ramadhan ini? Dan apakah amalan-amalan yang dibuat diterima olehNya? Memang Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dua malam lepas, hujan turun dengan lebat amat, saya terkenang satu pernyataan, apabila hujan turun, sebenarnya ia membawa bersama malaikat turun. Adakah benar? Dan kilat sabung menyabung memanah syaitan durjana. Dan jika diambil dari sudut positif, maka haruslah dilipatgandakan amalan jika benar hujan itu membawa bersama malaikat untuk turun mengira dan membawa naik pahala hamba-hambaNya yang bangun berqiyammullail, berzikir, membaca al-quran dan bersujud menghadapNya di kala manusia lain sedang lena beradu. Marilah sama-sama kita kejar malam lailatulqadar, malam yang Allah janjikan seumpama 1000 bulan pahalanya beribadat. Dan rahsia malam itu adalah milikNya jua.

Moga di malam-malam terakhir Ramadhan tahun ini dapat kita luangkan sepenuhnya untuk beribadat pada Allah swt. Malam yang pasti tidak akan berulang dan seandainya Ramadhan ini yang terakhir kali, moga ia merupakan Ramadhan yang terbaik bagi kita.

p/s: saya upload lagu Asma Allah by Sami Yusuf - lagu latar jejak rasul ke-15. Sungguh terkesan dengan alunan iramanya. Jemputlah dengar ya..

6 comments:

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani said...

selamat menyambut syawal to u & family ye.. have fun tapi jgn makan sampai memudaratkan.

ar.nie said...

Sayu baca entri Mirah nie. Terima kasih banyak2 di atas peringatan.

p/s : Selalu "tersedar" selepas baca entri2 Mirah. :)

mirah said...

mamamiya,
thanx ya selamat menyambut syawal di perantauan to you and family. Wah mesti miya beraya sakan, baju raya banyakkan..


Arnie,
Kalau entri tu boleh seru dan ajak orang buat baik, sama-sama dapat pahala kan.. :)

hajarus said...

selamat menyambut bulan syawal kak...

Dayah said...

gembiranya kita nak menyambut Syawal, tapi solehin sedih bila mana di akhir Ramadhan...

terima kasih atas peringatan

suealeen said...

thanks sebab mengingatkan. ramadhan tahun ni pun banyak rompongnya. hanya mengharap ampunan dan rahmat dariNya kerana hanya Dia yang mengenali diri ini...