Tuesday, September 29, 2009

Kenduri

Masih dalam mood raya kan. Belum ada perancangan berjalan raya, wah bunyi macam sibuk kan tapi benarlah, yang sebetulnya belum berkesempatan nak berbincang dengan suami lagi bagaimana perancangan hujung minggu nanti. Beg dari kampung pun belum unpack lagi, baju anak siap tarik dari beg lagi. Huhu.. Mencabar juga bila dah start kerja semula selepas seminggu lebih bercuti, yang pasti time management still fail lagi. Gonna take few weeks lagi baru boleh well organized agaknya. Mujur anak-anak baik saja bila dihantar ke rumah pengasuh, at least khadijah takde lah menangis-nangis, siap nak salam lagi bila hantar dia ke sana. As promised, ada beberapa keping gambar anak dara berdua itu yang sempat diambil masa cuti lepas. Gambar berbaju kurung memang takde, di hari raya pertama lah tu, yang ada gambar di hari kenduri dan di rumah mertua kakak (sebab yang kendurinya adik ipar kakak).

Ni khadijah yang cuba dihiburkan oleh makcik-makcik sepupunya, baru lepas bangun tidur tu, siap ada air mata berjurai lagi k. Dia memang sangat sensitif ok sejak balik cuti ini, pantang hilang di mata, meraung lah. Sampai balik rumah sini pun, kat dapur asyik berpaut kat kaki je, mm..apa boleh buat, kalau duk tunggu melayan dia, harus tak berasap lah dapur..

Gambar aisyah dengan anas, sepupunya, mereka ni sebaya, memang member kamcing nih, siap pimpin tangan lagi jalan ok. Tu tengah berarak tengah panas kat rumah kenduri, siap buat macam rumah sendiri, turun naik rumah. Pastu siap buat ala-ala jakun pula, nampak benar budak bandar, malu weh ramai orang kampung tengok.

Khadijah lah ni.. Saya memang tak boleh nak tolong apa, asyik berdukung dengan khadijah je lah. Boleh kalau orang lain ambil dia, tapi dia nangis dululah, lepas tak nampak saya, ok je, tapi jangan lah lalu depan dia, memang confirm menangis balik..

Khadijah: Nak kamera tu.. Nampak tembam tak saya?

Haha saja interframe gambar dua adik bujang saya ni, tengah berlengas menolong mengopek kulit kelapa. Masa ni sehari sebelum kenduri, ada lebih kurang 70 biji lebih kelapa kering nak kena proses, sekejap je adik-adik saya, suami, abah, abg ipar dan beberapa orang lagi siapkan. Bila lagi nak kerah tenaga orang muda tu kan. Cakap je lebih takde makna, ha cuba tunjuk skill sket.. lepas tu dapat minum air kelapa muda, fresh dari pokok, memang best!.

Ada lagi gambar, nanti-nanti saya upload k.

p/s: ada sesapa nak ajak kami datang open house ke? Rumah kami takde open house, tapi rumah kami sentiasa terbuka kalau sesiapa sudi nak datang. Jemput-jemputlah ya tapi kenal call dululah, kan main terjah je takde orang pula kat rumah... :)

Thursday, September 24, 2009

Raya

Selamat Hari Raya lagi kalian. Baru raya ke-5 kan. Mm..kami di terengganu sekarang ni. Raya pertama di kota tinggi dan bergerak balik ke Terengganu pada tengahari raya ke-2. Memang penat tapi bila sampai rumah sendiri, habis sakit, pening semua hilang. Ngee.. :). Bagaimana raya kalian? Kami macam biasa je, sederhana sahaja. Yang penting, peluang dapat berkumpul bersama adik beradik dan saudara mara memang saat dinantikan. Ya lah kekadang setahun sekali belum tentu dapat berkumpul begini. Ini baru 6 orang cucu makabah, esok kalau bertambah, mesti lagi meriah. Gambar raya tiada, memang dalam sejarah lah sebab tak bergambar raya tahun ini. Dah hilang mood agaknya ditambah pula kamera takde. Harap kamera handset, malas nak mengambilnya. Hatta gambar anak dara kecil berdua tu pun takde, semalam barulah terhegeh-hegeh suh sepupunya ambilkan, bila kenangkan mereka takde gambar raya pula nanti.

Apapun, kami ada lagi baki beberapa hari untuk berjalan raya sebelum kembali ke kuala lumpur ahad ini. Hajatnya nak balik isnin, tapi tuntutan tugas, maka kenalah cancel cuti hari isnin itu dan kembali bertugas nampaknya. Institut ada audit lagi, kalau tak kerana saya dipertanggungjawabkan sebagai KJ, mesti saya tak ingin nak balik lagi. Heheh.. Tapi, saya tahu komitmen saya diperlukan di sana. Pasti ada hikmahnya.

Sebelum anak dara kecil itu bangun, saya berhenti dululah ya, kita sambung dengan edisi bergambar (kalau ada) nanti ya.

Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran


Salam Aidilfitri.
Di kesempatan ini, kami (mirah, faisal, aisyah & khadijah) mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan semoga berbahagia di hari lebaran. Kami memohon berbanyak kemaafan di atas segala salah dan silap kami sepanjang perkenalan kita buat yang mengenali. Yang pasti, raikanlah aidilfitri ini dengan sederhana dan penuh rasa kesyukuran pada yang Maha Esa. Juga berhati-hatilah semasa memandu.

Pemergian Ramadhan ini pasti ditangisi oleh para ahli ibadat, berlalu sudah bulan penuh kerahmatan dan keampunan. Moga kita akan terus istiqomah beribadat padaNya dan Ramadhan ini menjadi titik mula kepada penghijrahan diri ke arah lebih baik.

Mata dia sihat

Semalam kami bawa khadijah pergi temujanji di klinik opthamologi, hosp serdang untuk kesekian kalinya, kali ke berapa pun dah lupa. Pergi pukul 8.00am selesai pukul 12.45 tengahari. Dipendekkan cerita, alhamdulillah mata khadijah ok. Masa jumpa optometris tu, dia check power mata khadijah dan dia cakap takde power. Katanya lagi, kalau baby biasa umur khadijah patut ada power sket, tapi khadijah punya hampir negatif. Maksudnya dia boleh lihat dengan jelas buat masa ini. Dan kebanyakan baby pramatang, biasanya tend to ada power mata dalam 200 - 400 macamtu, dan akan menyebabkan kena pakai cermin mata cepat, kira syukurlah khadijah tak macam tu. Tapi optometris tu cakap, akan datang tak tahulah kan, sekiranya power adik jadi negatif, maka kemungkinanan rabun tu ada, ya lah expected lah kalau kita yang normal ni pun pakai cermin mata juga kan. Semalam juga ada seorang budak baya khadijah juga check mata, tapi ibu dia cakap, anak dia kena pakai cermin mata dah. Kesian kan, kesian juga tengok anak dia asyik menangis je, sampai tengok nurse je terus nangis, tak sempat nurse tu nak buat apa pun.

Lepas tu tunggu jumpa doktor pula. Dan doktor cakap mata adik ok je, tak perlu follow up jumpa doktor lagi, cuma lagi setahun kena datang untuk check power mata je lah. Mm..Alhamdulillah lega, habislah episod tengok adik meraung bila mata dia kena 'usik'. Kami memang sedaya mungkin cuba memberikan pengcahayaan yang baikk untuk mata adik demi mengelakkan dia mengalami masalah mata yang serius. Di samping memberikan dia makanan yang kaya dengan vitamin A like carrot (ni dia boleh gigit makan macam tu je tau, masa kecik ni oklah kot, mesti besar macam aisyah dia start taknak), brocolli dan pelbagai lagi. Juga saya lah kena amik supplement bagai kan, penting tu agar susu untuk dia pun berkhasiat juga. Pasal pengcahayaan itu, ya jangan biar suasana suram kecuali nak tidurkan dia lah. Penting waktu petang nak maghrib tu pasang lampu terang-terang sampai ke malam nak tidur, biar dia membaca, main dan buat aktiviti lain dalam keadaan cerah supaya mata dia tak cepat penat kena fokus nak lihat tu kan, sebab bila mata dia tu bekerja keras sangat, tu yang takut mata dia jadi malas dan mula untuk kurang berfungsi dengan baik. Eh ni nasihat untuk anak normal juga tau, lebih-lebih lagi nak membaca kena suasana terang ya.

p/s: pagi ini saya bangun tidur, saya rasa mata belah kanan pula berpisat-pisat. Mujur ubat mata hari tu ada lagi.. sigh.

Tuesday, September 15, 2009

Akhir Ramadhan

Sayu hati, sungguh syahdu rasanya bangkit di tengah malam, bangun bersujud dan memohon keampunan Allah Tuhan yang Satu. Dan nikmat ketenangan dan kesejahteraan rasa itu hampir beredar pergi. Daif sungguh rasa diri, mengenangkan apakah pengisian yang telah dibuat sepanjang Ramadhan ini? Dan apakah amalan-amalan yang dibuat diterima olehNya? Memang Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dua malam lepas, hujan turun dengan lebat amat, saya terkenang satu pernyataan, apabila hujan turun, sebenarnya ia membawa bersama malaikat turun. Adakah benar? Dan kilat sabung menyabung memanah syaitan durjana. Dan jika diambil dari sudut positif, maka haruslah dilipatgandakan amalan jika benar hujan itu membawa bersama malaikat untuk turun mengira dan membawa naik pahala hamba-hambaNya yang bangun berqiyammullail, berzikir, membaca al-quran dan bersujud menghadapNya di kala manusia lain sedang lena beradu. Marilah sama-sama kita kejar malam lailatulqadar, malam yang Allah janjikan seumpama 1000 bulan pahalanya beribadat. Dan rahsia malam itu adalah milikNya jua.

Moga di malam-malam terakhir Ramadhan tahun ini dapat kita luangkan sepenuhnya untuk beribadat pada Allah swt. Malam yang pasti tidak akan berulang dan seandainya Ramadhan ini yang terakhir kali, moga ia merupakan Ramadhan yang terbaik bagi kita.

p/s: saya upload lagu Asma Allah by Sami Yusuf - lagu latar jejak rasul ke-15. Sungguh terkesan dengan alunan iramanya. Jemputlah dengar ya..

Wednesday, September 9, 2009

Terbakar dan mc

Alhamdulillah semalam mujur takde tragedi rumah terbakar, orang melecur ke apa. Suspens bunyinya kan. Macam ni ceritanya, semalam saya sampai rumah lambat sket, sekali tengok abah budak-budak ni belum balik. Takpelah, dia sampai je rumah, maka saya pun lajulah kejar nak masak ni kan. Dalam kepala, nak masak sotong masak merah, udang goreng mentega dengan masak sayur air bayam. Heheh simple kan lauk berbuka kami. Sambal soton dah separuh masak, tinggal nak campak sotong je lah kan, satu lagi kuali masak udang. Husband tanya resepi baru ke? eceh ya memang tak pernah masak udang goreng mentega sebelum ni, ha ah lah jawab saya. Tetba saya terdengar bunyi berdesir gitu, haih saya cuba intai api dapur tu kot terbesar ke apa, sekali ha menjulang api naik. Terkejut saya dan terus menapak ke belakang. Dalam sekejapan tu, saya sambil jerit sambil tutup api dapur dan suami tutup lagi satu. Api tak juga padam. Sayapun panik dah dan dan tu kan, saya suh husband tutup gas tu, alah kat tong dia tu. Barulah api padam. Wah ngeri tau, risau terfikir sampai rumah terbakar ke apa dah. Dalam panik tu, satu je saya ingat api tak leh dipadam dengan air.

Menggigil satu badan tau, pastu suami bisinglah apa yang dimasak tu, sampai terbakar. Aih saya pula yang kena, saya cakap mana ada masak yang pelik pun, tadi tengah kacau tetiba macam tu. So time to troubleshoot, rupanya paip salur gas yang tersambung kat belakang dapur tu tertanggal. Padanlah api menjulang naik. Mujur semua selamat, Allah masih panjangkan umur kami. Saya terfikirlah semalam, kalau husband takde, apa saya patut buat? Husband jawab, lari je lah. Mm..takkanlah nak lari macam tu je, kan meletup satu rumah, baru haru. Barulah saya ambil tahu macam mana nak tutup-buka kepala gas tu. Huhu ya saya memang tak pernah nak ambil tahu sebelum ni k. Jadi, kawan-kawan, rasanya sebagai orang yang biasa dk dapur ni harus tahulah basic emergency actions patut buat bila berlaku keadaan sebegitu.

Lepas husband dah fix semua, ok je saya continue masak sampai sudah. Habis jugalah udang goreng mentega saya tuh. Hihi. Btw, saya dapat cuti sakit 3 hari bermula hari ini. Bangun pagi tadi, saya rasa mata berpisat-pisat, asyik nak kena blink-blink je. Jadi, saya decide pergi Pusat Kesihatan(PK) dengan aisyah, sebab dia pun tengah batuk dengan selsema. Ingat nak bawa khadijah sama, tapi tak menang tangan pula nanti since abah mereka tak boleh ikut. Saya sendirian di rumah ni, anak-anak di rumah pengasuh. Dalam kepala, tengah merangka apa nak utilize buat dalam masa 3 hari ini. Antaranya, habiskan lipat kain berbakul-bakul tu, basuh langsir (aiseh tahun ni tak tukar langsir lagi ya), basuh bilik air, kemas rumah terutama bilik kami, biar nyah-debu dan ada hati tu nak pergi alamanda. Aci tak? :)

Doakanlah saya cepat sembuh ya, taknak lah beraya dengan sakit mata pula, risau juga takut anak-anak berjangkit nanti ni.


Tuesday, September 8, 2009

Tag dari K Suealeen

K suealeen telah tag saya (lama sudah, tak ingat dah bila), dah lama juga draft tp unpublish. Kalau lagi lama diperam ni, mungkin saya akan lupa terus..haha maka haruslah saya cepat-cepat buat ni kan.

1.Berapa umur anda?
28 tahun.

2. Anda berasal?
Dari besut, terengganu. Mak saya orang besut, ayah saya orang kuala terengganu.


3.Berapa adik beradik anda? Anak yang ke? Brp lelaki n perempuan?
7 orang, saya anak no. 4. 5 lelaki dan 2 perempuan.


4.Sekolah terakhir anda?
Sekolah Menengah Tengku Mahmud.


5.Bila terakhir anda memotong rambut?
Lama dah, lupa pula bila.


6. Shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
Rejoice.


7. Anda gemar menjahit? Kalau tidak nyatakan sebab
Gemar itu tidaklah tapi tahulah menjahit. Heheh siap backing diri sendiri tuh.. Tapi ada hajat nak beli mesin jahit tau, jeles tgk orang lain kreatif menjahit.


8.Jika duduk di rumah, adakah anda suka menghias diri
Setakat kemas, bau wangi sket adalah.


9. Apakah kerja rumah yang paling malas anda hendak lakukan?
Sapu lantai tapi apakan daya, kenalah kerjakan juga.


10. Soalan terakhir.. bagi 5 kenangan MANIS yang tak dapat anda lupakan sampai bila bila
- masa konvokesyen pertama tahun 2004. Sebab inilah pertama kali abahmak masuk hall tengok anak dia graduate. Masa abang, dia konvo kat oversea, manalah makabah nak pergi kan.
- mandi-manda di sungai dengan abah, mak dan adik2. Dulu masa kami kecik dalam umur awal belasan tahun kot, abah selalu bawak kami pergi kebun pada tiap hujung minggu, pastu bawa kami pergi mandi sungai berhampiran. Best weh, air cetek je, bersih sangat, takde orang pula tu.
- masa hari pernikahan dengan suami tersayang :p
- kenangan tak boleh lupa juga bila pertama kali melahirkan anak sendiri - aisyah humaira'.
- tak tahulah kenangan manis ke tak ni, tak kot tapi nak cerita gak lah, dulu depan rumah tok kami ada kolam kecik tapi dalam juga lah, pastu ada jambatan kayu buat laluan pejalan kaki. Memang confirm kena lalu situ kalau nak pergi rumah tok sebab jalan lain takde. Dah lama pastu baru jiran sebelah bagi tanah dia sket buat jalan masuk kete, so kolam tu kena timbus. Pasal kolam tu, saya takut tau sebab macam-macam ada dalam tu, tapi kami suka memancing kat situ (kami=dengan abang2 saya). Pada suatu hari, dalam asyik dok membongkok, saya boleh terjunam jatuh dalam kolam tu. Ngeri weh, tak boleh lupalah, geli geleman pun ada, ye lah terkenangkan berudu, ular air, ikan-ikan dan segala bagai lagi. Namun, kolam itu telah menjadi tempat permainan kami suatu masa dulu. Kenangan tu. Belajar tangkap belalang di belakang daun keladi di tengah panas terik nak buat umpan pancing, juga boleh pergi gali tanah cari cacing. Semua tu berlaku masa abang2 saya ada di rumah sebelum mereka masuk asrama. Kenangan dengan arwah abang saya. Takkan boleh lupa sampai bila-bila.

p/s: peace to k sue, hutang tag yang banyak nih, ada lagi 3 yang baru.

Friday, September 4, 2009

Tepung pelita

Saya masih tunggu staf nicu hospital serdang bagi gambar-gambar masa konvensyen tempoh hari, tapi masih belum ada. Kami pula memang tak banyak bergambar, tak dan weh sorang jaga sorang anak..heheh.. Tapi, nak tunjuk gak lah gambar tak berapa nak fokus ni.

Nampak tak mereka bergambar dengan Vanida Imran. Mm..kami pun tak berpeluang, malas nak tunggu sebenarnya.

Dengan naib johan anugerah ibu contoh. Bersama dengan Dr. Wan Hamilton dan lain-lain yang saya tak kenal sangat.

Ini pula aisyah yang tidur sejak naik je kereta balik dari hospital serdang tuh, eh jarak 10 minit je tau tapi dia boleh tidur berdiri macam ni. Bila abah dia berhentikan kereta pastu suh dia baring, dia tak nak. Sampai rumah, angkat dan terus layan tidur layan sampai petang. samalah dengan si adiknya.


Cakap pasal aisyah kan, teringat lah kejadian petang semalam ini. Saya minta husband belikan kuih tepung pelita, terasa nak makan. 5 bekas Rm2. Tapi dia beli kuih tako pulak. Dia cakap dua-dua ada, tapi dia tengok yang satu lagi macam 'buruk' pula. Haih suamiku, memang dah itu rupa dia.. Aisyah bila nampak kuih tu atas meja, dia nak. Kami bagilah kan. Dah habis satu, minta lagi, dah habis 3 bekas tu, abah dia cakap kat dia;

Abah: Aisyah, dah lah eh, ni last one yer, yang tu simpan kat ummi lah eh..
Aisyah: Aisyah nak lagi, nanti aisyah tinggal one kat ummi..
Abah: Ok. Abah tak nak.

Tapi dia habiskan 4 bekas, baru berhenti. Takpelah anak punya pasal kan, dapat rasa satu pun jadi lah kata saya pula. Sekali, bila waktu berbuka puasa;

Aisyah: Ummi, aisyah nak kuih ni.
Abah: Laa aisyah ni..
Ummi: Ya lah, amiklah. Abang, esok beli lain ya..

Kesimpulannya, aisyah makan semua 5 bekas kuih tako ni. Memang favourite dia pun sebenarnya, tapi kami tak sangka dia boleh habiskan banyak tu. Ada yang tak kenal kuih ni? Nah saya tampalkan sekali gambarnya.

Sumber di sini. Ini kuih tako tu kalian. Tepung pelita yang dalam kulit daun pisang tu. Tapi semalam husband saya beli yang ini.

Ni baru kuih tepung pelita. Yummy..
Sumber

Selamat berhujung minggu. Mode tengah fikir, petang ni nak masak apa pula.. :p



Thursday, September 3, 2009

Tazkirah ramadhan

Saya salin dan tampal (copy& paste) artikel dari Saifulislam.com ni. Saya seringkali membaca tulisan Ustaz Hasrizal, moga dapat dikongsikan bersama kalian sebagai tazkirah ramadhan kali ini. Entry peringatan untuk diri sendiri ni.

Ini link asal artikel tersebut.

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

Sahabat,

Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

Apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?

Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya”, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya”.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Namun, kalau sudah masuk pusingan kedua, masih lemah ditinggalkan masa, hubaya hubaya… kamu di ambang kekalahan. Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu yang memang diketahui tidak kenal dan kenang nilai Piala Taqwa. Ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita, ia hanya mahu melihat Piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita.

Apakah musim depan kita masih berpeluang untuk masuk gelanggang? Tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan, bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada di tangan kita hanyalah sekarang. Masa lalu telah berlalu, masa hadapan tak pasti kesampaian. Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Sahabat,

Kita telah tahu formula (iman + puasa) = Taqwa. Kita juga telah tahu bahawa puasa ini istimewa kerana ia suatu amalan yang tersembunyi. Tidak seperti Solat yang kelihatan, Zakat yang ada catatan atau Haji yang ada pendaftaran, puasa ini begitu eksklusif antara kita dengan Allah. Kita tidak menelan air semasa mandi di bilik air, tidak melihat yang haram walaupun sendirian jauh dari pandangan manusia, semuanya kerana kita berpuasa atas dorongan iman kepada Allah.

Dorongan ini kita ulang 30 kali dalam sebulan untuk menanam nilai tulus dan ikhlas dalam beramal kepada Allah. Atas maksud inilah, Allah memberikan ganjaran khusus lagi eksklusif kepada mereka yang berpuasa kerana ia adalah taabbud yang istimewa antara seorang hamba dengan Penciptanya.

Inilah intisari ke arah melahirkan Taqwa… Dan Taqwa itu ertinya berhati-hati dengan hukum Tuhan, itu kata Ubay bin Kaab kepada Umar dalam dialog mereka tentang Taqwa.

Sama ada Taqwa itu berjaya dicapai atau tidak boleh dilihat pada tatacara dan tingkah laku kita semasa meninggalkan Ramadhan serta di ambang menyambut Syawal. Jika puasa itu telah berkesan, tentunya semua kebaikan yang telah diulang 30 kali dalam sebulan, akan menjadi tabiat dan kebiasaan yang boleh kekal berpanjangan.

Namun nilaikanlah erti Aidilfitri kepada kita. Adakah ia manifestasi kehambaan kita kepada Allah, atau hari rasmi melepaskan nafsu liar dari kandang latihan?

Renungkan…

-------------------------------------

Sayu saya dengar lagu ramadhan di corong radio kereta pagi tadi, saya tak pasti tajuk apa dan dari kumpulan mana. Antara bait-bait yang saya ingat 'Ramadhan adalah anugerah Allah buat hambaNya, Dibukakan pintu syurga seluasnya, dan ditutupkan pintu neraka, ...bulan penuh kerahmatan..'. Rugi benar kalau kita tak mampu menggapai bonus yang Allah bagi ni kan. Bacalah entry terbaru Ustaz hasrizal. Sangat besar maknanya. Kalau berkesempatan, nanti saya paste kan di sini.


Wednesday, September 2, 2009

Syaitan kena ikat

Kalau bulan puasa, kan syaitan semua kena ikat kan. Sinonim sungguh ayat tersebut masa saya kecil lagi. Nak dijadikan cerita, masa di rumah mertua hujung minggu lepas. Saya bagi aisyah susu dia pastu dia baring kat katil dalam bilik adik ipar saya, kira bilik kami menginap lah kalau balik sana. Sekali mulut dia bising cakap 'eh jangan lah kacau, janganlah...'. Err saya pun apa hal pulak budak ni kan. Tanya dia, 'aisyah cakap apa? sapa kacau?'. Ha sekali dia tunjuk kat atas tu kat syiling, 'tu, dia kacau adik, dia nak tendang adik'. Haih sampai saya pun tetiba seriau nak pandang atas, tapi saya pandang juga, kosong. Err biar benar aisyah ni kan. Pastu saya cakap lagi 'eh mana ada apa, aisyah nampak apa?'. 'Tu ha dia, kat sana'. Saya pun keluar bilik cakap kat mak mertua saya, dengan bapa mertua saya sekali datang. Pastu mak cakap takde apa lah aisyah. Atuk dia pula kata cicak je tu. Hmm..saya pun tak tahu ia sahih ke tidak. Tapi, setahu saya, aisyah belum pernah mereka cerita, dan dia tak pernah bohong. Kan budak kecik tak tahu menipu kan. Tapi, saya abaikan je lah, lepas tu keluar masuk bilik takde rasa apa pun. Kalau ada makhluk lain pun, mesti ia juga seagama dengan kita.

Dan saya teringat pula kenangan berterawikh masa zaman kanak-kanak dulu. Saya memang ikut abah pergi surau tiap2 malam ramadhan, rasanya sejak mula puasa dalam umur 9 tahun kot. Masa awal-awal tu pergi sebab ikut kawan je, kan ramai kawan sebaya, tapi kami tak buat bising tau, budak2 lagi kecik dari kami yang bising. Heheh.. Seronok mengenangkannya, saya biasa jalan kaki je dengan abah, lebih kurang 5 minit je dari rumah, dalam masa tu juga lah sibuk duk hafal niat solat terawikh dengan witir bagai, pastu selalu juga ikut abah pergi solat subuh berjemaah, ada sujud sejadah. Time jalan tu jugalah time nak refresh bacaan dengan abah. Dulu walaupun jalan depan rumah kami tu jalan utama, tapi dulu gelap, saya takut jugaklah malam-malam nak jalan sorang, tapi saya selalu psiko kan diri saya, kan syaitan, iblis, hantu semua kena ikat bulan puasa ni, jadi selamatlah saya sampai rumah, ada jugak acara lari pecut. Haha..saya suka zaman itu. Zaman yang penuh suka, riang dan tawa.

Adakah anak-anak saya akan datang dapat merasakan pengalaman sebegitu rupa? Mm..susahnya rasa nak mendidik anak ni, acuan kena betul, entah betul ke tidak pun tak tahu lah ni, tapi yang pasti sentiasa memberikan yang terbaik. Di bulan puasa ni patutnya mengajar diri lebih tenang, berhikmah dalam menangani karenah anak-anak kan. Berjaya kah saya? Bagaimana kalian pula? Ya Allah, berikanlah aku petunjuk, taufik dan hidayahMu. Moga-moga aku dapat memberikan yang terbaik buat anak-anakku. Ampunkanlah dosa-dosaku.. Aku memang hambaMu yang lemah. berikanlah aku kesabaran, ketenangan dan cara paling berhikmah dalam mendidik anak-anak kami. Amin ya rabbal alamin.

Berbalik kepada cerita syaitan kena ikat tadi. Saya berpendapat, bulan ramadhan ini jugalah sepatutnya menjadi medan kita bermuhasabah, memperbaiki diri, berhijrah dari tabiat lama yang lalai dan leka kepada amalan yang baik. Ingatan untuk diri saya sendiri ni, kalau biasanya sering kita rasa takde khusyuk dalam solat harian kita, masa ni lah nak didik hati supaya khusyuk dan disiplin. Kan masa ni bisikan syaitan semua takde, yang ada hanyalah suara nafsu kita yang dah liat itu, maka tempoh inilah untuk kekang nafsu kita agar dapat belajar concentrate semasa sembahyang. Cuba dan cuba lagi, insyaAllah pasti berjaya. Sekurang-kurangnya, dengan amalan latih tubi sebulan ini dapat mempersiapkan diri untuk menempuh lagi sebelas bulan akan datang, sekiranya ramadhan ini bukan yang terakhir kali.

Sekian, catatan 12 ramadhan 1430 H.