Monday, February 2, 2009

time to update..

Since rasa macam dah lama tak berblog, nak buat draf pun tak sempat. Tak tahu mana nak cerita dulu. Anyway, better lah ummi start dgn;

i) the latest check up adik kat klinik paed last two weeks. Berat adik increased to only 5.55kg, tak banyak naik tapi kira naik juga lah kn.. Ok lah tu.. Kali ini kebetulan dapat jumpa dengan Dr Azyati@kak g. Kak g ni antara doktor yang jaga khadijah masa dia di NICU dulu. Suka nya dapat jumpa dia. Kak g cakap berat ok lah ada peningkatan walaupun still bawah range sepatutnya, kena observe hingga tempoh 18bulan, kalau selepas tu masih tak capai berat sepatutnya, baru lah kira underweight. And again, kak g cakap kena banyak-banyak syukur sebab khadijah ni membesar dengan sihat tanpa masalah apa-apa. Dia bagitau, jarang sangat ia berlaku pada baby prem. Kebanyakan yang sama-sama duduk di NICU dengan khadijah dulu,ada yang tak survived, ada juga yang balik umah dengan komplikasi. Khadijah ni considered lucky sebab masa awal-awal tu dia kena neumatoraks and it's a life threatening case.

Dalam hati ummi ucap syukur banyak-banyak. Memang tak pernah lupa untuk bersyukur sejak khadijah disahkan pulih dari kritikal stage hingga lah sekarang. It was a miracle!!!. Ummi masih dapat ingat dengan jelas tiub-tiub yang bergantungan di sekeliling bed tray khadijah itu, keluar bubles, ada ketika ada cecair kunig bercampur darah. Ohh sakitnya ummi dapat rasa khadijah saat itu... Dan ummi percaya, dengan berkat doa semua... Allah berikan kesempatan hidup buat khadijah hingga ke saat ini. Syukur sangat-sangat. Terima kasih Ya Allah..

Namun, kak g cakap khadijah masih perlu makan ubat, sekurangnya hingga umur setahun. Jadi next appoinment lagi 3 bulan. Moga masih ada perkhabaran indah nanti.

2) Aisyah dah makin banyak ragam, panjang akal, makin banyak vocab baru. Dah boleh sembang telefon dengan nenek dia. Words pronounciation dia pun bagus, beberapa perkatan je yang pelat, sebab tu sangat suka sembang dengan dia. Paling kelakar, bila dia sebut; 'ummi,ada another one'. Pertama kali ummi dengar aisyah sebut ni, apa benda lah ni sambil dia tunjuk-tunjuk kat depan. Bila ummi tengok, rupanya dia nak cakap ada another one car seat. Ada dua lah maksudnya. Memang ada dua pun, sebelum ni adik pakai carseat baby, sekarang ni dah besar, tukar ke carseat aisyah lah.

3) Alhamdulillah master study ummi habis on perfect time juga lah. Sebab weekend ni kami ada family trip ke CH. Kira rewards lah untuk diri ummi sendiri dan bawa makabah jalan-jalan. Dan ada satu lagi good news, big investment juga tapi hold dulu lah share kat sini.

Ummi masih dalam mood tesis ni. Kena struggle siapkan correction within this month walaupun diberi masa 60 hari. Lagi cepat siap, lagi bagus kan...

7 comments:

Iszuanie Che Ilias said...

alhamdulillah.... hopefully everything goes wif wat u have plans... eys doakan sumer benda baik2 belaka.... nanti gi CH jgn luper bawa balik acar strawberry tuk eys yek akak... hehehehe by the way thanx for the kain yang akak tolong kirimkan dari mak akak tu... suker sangat... its' my fav tu....

mirah said...

alrite. InsyaAllah akan dibeli jika jumpa nnt. Psl kain tu, thanx sbb purchase dr akak.
Tp nak pesan gak lah, next time carilah kaler lain pula ya.. hihi..

Mohd Shazwan said...

waa...
g Cameron Highland ke?
haha
best2!

mirah said...

ya. jom lah pegi sekali. Nak gerak dr sini sabtu, balik isnin.
Meh lah turun sini. Ja dgn yin pun maybe ikut juga..

Mohd Shazwan said...

erm..wan xtau lagi camne..
sbba da plan nk g desaru weekend ni ngan kawan2..
xtau lagi la camne..

Iszuanie Che Ilias said...

hehehhe color len tak minat r kak... but nanti r eys try yek... if la sesuaikan... hehehhehe

Dayah @ Real Ummu said...

Alahmdulillah...
moga kehidupan di smping anak2 akan terus dipermudahkan dan bahagia selalu hendaknya..