Wednesday, February 25, 2009

ebm stocking and update nightmare

Ummi rasa dah lama tak update pasal production susu untuk bekalan adik. Tapi kamera masih lagi belum hantar baiki, tak dapat lah ummi nak kepilkan gambar-gambar dalam entry ini dan seterusnya memandangkan hanya itu sumber mengambil gambar kami. Heheh handphone kami semua tak canggih siap berkamera macam ramai yang pakai sekarang ni. Ummi masih pakai handset lama yang dibeli akhir tahun 2005, fuh lama betul kan rasa pakai handset ni, tapi tahan lasak sebab selalu kena baling dengan aisyah, jatuh dan sebagainya. Hansdset abah ada kamera tapi abah tak beli memory stick utk save picture, jadi still samalah kan takde camera. Ehh melalut ke lain pula ni.. :P

Alhamdulillah buat masa ni, production di tahap baik sahaja lah kot, setiap sesi dapat lebih kurang 4-6 oz. Kekadang dapat 7-8 oz juga, kekadang dapat 2-3 oz pun ada, biasanya tu kalau pump selepas adik dah direct bf. Frozen stoks ada lah dalam 30x5 oz bekas, jadi total dalam 150 oz. Takde lah banyak mana kan tapi ok lah bagi keperluan khadijah setakat ni. Bekal harian khadijah dalam 12-15 oz, kekadang habis, ada masa ada balance 2-3 oz. Biasanya ummi akan bekalkan sebotol yg frozen ebm dan dua lagi fresh ebm. Khadijah baru 10 bulan plus, wah masih panjang perjalanan nak capai usia adik 2 tahun. Moga-moga terus ada rezeki buat adik hingga saat itu. Milk booster?? Ummi ni memang malas amat sekarang ni nak amik apa2 yg dikategorikan boleh tambah susu. Soya ada minum tapi kurang, oat pun sama, supplement pun kadang ingat ambil lah, time malas, tgk je lah botol tu..huhu.. Just mantain minum air banyak dengan makan tak skip je, di samping doa yang tak putus. Tapi, kena berusaha gak ni kan sebelum kemeruduman tetiba berlaku. jangan di sangka panas sampai ke petang, baik siap sedia payung dulu kan.. (opps ummi melalut lagi..). Kawan-kawan, tolong bagi motivasi pada diriku ini yea.. :)

Oh ya abah dan ummi botakkan kepala adik. (lagi sekali rugi ni sebab tak dapat snap gambar, rasanya ini lah last time nak tengok adik botak) takkan nak cukur lagi lepas ni,kan. takpe takpe akan ummi usahakan ambil gambar kenangan ini. Aisyah cakap kepala adik macam upin ipin tu. Haha pandai kakak. Adik dah makan 2x sehari sekarang ni, di malam hari pun banyak gak minum. Wah cepat2 bertambah berat yea dik.

Pasal nightmare aisyah tu, dah dua malam dia tak mengigau langsung. Kalau dia bangun pun, minta susu je takde nangis-nangis dah. Apa yang dah berlaku?? Ummi pun tak pasti. Kebarangkalian pertama, memang dia berhenti sendiri atau kebarangkalian kedua, sejak ummi bacakan ayat kursi dan 3 Qul pada dia. Dua malam bertutur-turut sebelum dia berhenti mengigau tu, tiap kali dia mengigau ummi akan gosok badan dia dan bacakan ayat kursi dan juga 3 Qul beberapa kali sehingga lah dia lena. Kalau benar ada 'benda lain', mungkin ia dah pergi lah tu. Itu sekadar usaha, yang Maha Tahu itu Allah jua. Dan ia hanya kebarangkalian yg ummi buat, mungkin tidak tepat sama sekali.

Berkaitan itu, ummi ada nak share satu kisah lama yang berlaku pada diri ummi sendiri. Beberapa tahun yang lepas, masa di zaman aktif berprogram di kampus, ada suatu waktu itu, kami pergi buat prog di sebuah kampus univ di utara tanahair. Saya ingat lagi pergi dengan keadaan sihat sejahtera. Dah habis program hampir seminggu juga di sana, kami balik lah naik bas kampus. Dalam perjalanan itu, ummi rasa sakit dan berat sangat kaki sebelah kiri ni, tetiba pula. Tapi ingatkan lenguh ke, sejuk ke apa, jadi takde risau apa lagi. Bila dah balik semula ke kampus sendiri, masih juga belum baik. Tiap kali melangkah rasa sakit, siap kena angkat kaki tu bila nak naik tangga/ turun kereta. Rasa berat amat dan mencucuk. Sapu minyak pun tak jalan. Ni dah start rasa lain macam pula. Pada suatu ketika, saya balik ke rumah kakak di gombak(masa tu dia stay sana), pada malam nya, bila saya nak tidur tu, sambil gosok kaki dengan minyak panas tu, saya baca 3 Qul dan cakap dalam hati, kalau ada 'benda2' lain ni, keluar lah, ya Allah hilangkan lah kesakitan ini. memang tak tahan dah tu sebab dah berminggu sakit. Dan kuasa Allah, esok pagi saya bangun pagi, memang totally different. Tak rasa sakit apa langsung, siap boleh melompat lagi. Serta merta hilang. Memang sangat magik rasa saat itu. pastu rasa seram pun ada, sebab adakah memang ada 'benda' ikut saya balik dari kampus cawangan itu??

Apapun, kita hanya insan kerdil. yang maha kuasa itu hanya Allah yang Esa. Terima kasih lah ya Allah kerana hilangkan sakit itu dan aisyah juga tidak lagi mengigau, dan kami dapat lena yang berkualiti.
this is aisyah the nigthmare girl..heheh..

sekadar gambar tempelan - aisyah layan tengok fish di strawberry park, CH

p/s: nanti ummi update lagi pasal aisyah, let's observe her until next week k.

4 comments:

::Umi Sufira:: said...

Mirah, syukur ada simpan banyak stok..kalu kena emergency ada back up..malangnya stok mimi sikit betul...harus lebih semnagtt kumpul stok sebanyak mirah punya..:)

mirah said...

ya syukur. Tu pun rasa masih sikit berbanding org lain. Minggu lps, tetiba fridge tu mcm tak brapa nak sejuk, ni kes aisyah suka buka peti pastu duk main apa ntah dalam tu.
Gelabah juga, siap hantar separuh stok yg berbotol tu ke umah [engasuh mereka. Tinggal yg plastik je kat umah. Mujur ada rezeki lagi, rupanya bila dah clearkan sket peti tu baru sejuk semula. Ya minggu lepas mcm berserabut sungguh fridge ku itu..hehe..

Ya sama-sama lah kita bersemangat ni. Dah beli 12 btl mlo yg baru, klu tak semangat juga ni, harus kena ketuk kepala kn.. hihi..

SyahNur said...

wah... bnyknye stock... kite buat stock dlm sebotol dua je sbb bnyk direct BF w/pun keje (wkatu lunch balik umah).. so, x leh nk buat stock bnyk2!... x tau jugak mcm mane nk bnykkan susu, just bnykkan minum air n jgn skip mkn je.. so far alhamdulillah susu cukup...

citer pasal 'benda' tu.. mmg suke menyinggah kt budak2 kecik.. my twins pun bnyk kali gak kene... tp alhadulillah x lama n x kronik sgt.. hehe.. kene bnyk bacakan ayat2 penawar jiwa..

mirah said...

syahnur, alhamdulillah susu ada lagi buat masa ni, tu dapat buat stok.

ya kena bacakan surah2 penawar bila mereka nmpk lain mcm jer..