Thursday, February 5, 2009

Time to update (edisi bergambar pula ya)...

Dah lama tak upload gambar aisyah dengan khadijah kan. Ok ni adalah antara aksi-aksi mereka sepanjang 2/3 minggu lepas.
Khadijah tengah makan bubur kosong + ebm. Ok lah dia makan tapi takde lah banyak. Rasanya padanlah dengan perut kecik dia itu. Dia macam enjoy je, siap nak suap sendiri tu.

Suap lagi.. Tapi, selepas ummi nampak khadijah dah suka makan, ummi cuba pelbagaikan menu dengan 1) bubur nasi + carrot; dia macam tak suka pula. Atau adakah sebab bukan ummi yang suap jadi dia tak nak?? (dia makan kat rumah pengasuh-tapi separuh pun tak habis), lepas itu ummi cuba pula 2) bubur nasi + sawi jepun + ayam + kentang; pun tak berapa nak makan juga. Ummi tengah berkira-kira nak buat bubur nasi + ebm semula nak tengok samada dia makan ke tak ni, sebab masa awal-awal, dia makan banyak tau... (ummi tengah confuse ni...)


Banyak nya awak makan, cepat-cepat besar lagi k..





Lihat lah ini aksi-aksi aisyah tengah asyik nak bagi pokok minum. Kalau dibiarkan ni, memang basah lenjun lah baju seluar tu. Seminggu sekali ummi bagi dia peluang bagi pokok minum, tak boleh buat hari-hari, nanti payah pula nak berhentikan dia nanti...

Dan ini gambar paling terkini lah ni. Sangat sedih tau ummi lihat (oh kalian, ummi bukan dera anak k..)


Khadijah kena gigit nyamuk?/semut? selasa lepas (3/2/09). Tapi ummi rasa nyamuk sebab ummi pun kena gigit juga. Padahal dah 2 kali sembut ridsect dah, cuma tak pasang ubat nyamuk elektrik je malam tu, bila ummi sedar tengah malam, tengok adik tidur gelisah je, pastu pasang lah ubat nyamuk. Bangun pagi tu baru perasan mata adik bengkak, pipi, hidung habis merah-merah... Alhamdulillah lah sejak semalam, bengkak, merah semua dah hilang. Lihat lah gambar di bawah ni yea.. cuma adik ada selsema sket-sket lagi.. huhu..

Muka saya baru bangun tidur..

Sekian edisi bergambar kali ini. Oh ya, ummi cuti esok. Tokki dengan nenek aisyah&khadijah datang. Dan kami ada family trip ke CH. Nanti ada kesempatan, ummi update minggu depan k.
Take care semua... thanx for reading!..

6 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Syukur ekk... Everything went well, on track... Mmg reward diri sendiri (dan keluarga) tue, pi jln2 ke CH...

Also, seronok dgr perkembangan Khadijah, mmg miracle baby... Owh, xleh nak bayangkan wayar2 yg mirah citer tue...

Btw, saya nak tanya sesuatu lah... Boleh tak saya nak email mirah? Thanks... =)

Iszuanie Che Ilias said...

Selamat bercuti Akak... reward + family day for the gurlz rite.... hehehhe anyway jgn luper yek... hehehhe nak acar strawberry...if adalah kak...

mirah said...

arnie,
yes tak sabar menyiapkan keje2 sebelum bercuti ni. We've planned this dah lama, juga utk raikan mak yg baru sahaja pencen. Moga semuanya berjalan lancar.

Sebab tu, mirah tak snap gmbr pun masa tu. I was in guilt kalau i snap gmbr dia time tu.. Biarlah ia jadi kenangan sepanjang hayat abah dgn ummi khadijah je.

ok email me at nmirah@yahoo.com.

mirah said...

eys, thanx. Yer insyaAllah nnt akak belikan. Tu pun kalau akk pg night market tu k/ jumpa kat mana2 yea...

Mommy Harith Hannah said...

Thanks mirah! Nnt saya email... =)

Pnut said...

tahniah Mirah, sudah ada master skerang...clap...clap...clap...

ALhamdulillah khadijah mau juga makan...good girl...muaaaahssss dia..

paed alesya kata, baby prem dua tahun yang pertama mmg slow naik berat badan, tapi selepas itu sure akan bersaing dengan baby lain...

tapi akak rasalah kan..baby girl mungkin slow sikit kenaikan berat badan, sbb si abangnya dulu prem jugak, tp masa umur baya alesya ni, dia dah bulat, gebu... tapi alesya lebih slim dari abang dia..ehehe, my fren baby prem boy, pun sehat macam normal je skrng, baru setahun, tp chubby...

tak kesahlah janji diaorang sihat pun dah cukup, and akak notice, even dia prem, Alesya kurang selsema, batuk, or demam..syukur...