Monday, February 16, 2009

Trip to Cameron Highland

Nak cerita pasal pergi cameron last weekend ni. Memang puas hati lah trip kali ni, cuma khadijah je kurang sihat. Sebelum pergi lagi dia dah selsema, tapi sikit je, pastu ummi bawa dia pergi klinik, dengan harapan Dr boleh prescribe dia ubat kot lah dia jadi makin teruk,kan. Tetapi, keadaanya memang jadi lagi worst bila makan ubat tu, mata jadi bertahi je, sian ummi tengok. Pastu nenek cakap dah lah bagi adik makan ubat tu, mungkin sebab ubat tu kuat sangat, menyebabkan adik panas dalam. ummi stop bagi, dalam sehari selepas itu, baru lah mata dia tak bertahi dah. Ummi did call Dr R yang prescribed ubat tu, dia cakap 'eh, bukan sebab ubat tu. Mungkin dia kena jangkitan'. Dr suh juga bagi ubat tu macam biasa. Ummi confused time tu, tapi ummi ikut gerak hati dengan stop bagi ubat tu. Sebab kesian tengok keadaan dia tak selesa macam tu.

Apapun, secara keseluruhannya percutian tersebut sangat bermakna. Kami pergi dua buah kereta; makabah, ummi satu family dan kakak satu family.
Cuaca pun baik je, sejuk sangat takde lah tapi memang kena pakai sweater lah budak2 kecik tu. ummi tak pakai sweater pun, cuma malam memang tidur menggigil lah, nak pijak lantai pun malas, mujur ada stokin. Kurang lah sket sejuknya.

On 1st day (sabtu), kami gerak dari serdang dah lewat, drop by kat rawang then terus je sampai r&r tapah. Stop makan tengahari di sana. Kami akan exit ikut simpang pulai. Sampai di Brinchang, lebih kurang 5.30pm. Unpack barang dari kereta nak bawa naik hotel (2 trips ok abah kena angkut, punyalah banyak barang huhu..). Alkisahnya, hotel kami booked tu bilik yang ada 2 katil double, hanya ada di tingkat 3 sahaja. Maka, mengah juga lah kami semua ni panjat turun tangga2 tu. Kira ok lah satu bilik semalam cuma RM85. Tapi ummi perasan masa hari check in tu, harga bilik dah mencecah RM148 per night. Banyakkan beza.

Selepas dah settle check in, kami decided nak pergi pasar malam (orang cakap pasar tu hanya ada tiap sabtu malam je). Punyalah kami ni redah sebab tak nak terlepas peluanglah kata orang kan. Tapi hujan turun renyai-renyai. Ummi dah pergi tapi patah balik dengan abah dan anak-anak sebab risau mereka demam dan keadaan khadijah jadi lagi teruk. So makabah, kakak dan abg ipar dgn anak-anak mereka je lah yang pergi. Tapi rupanya sepanjang 3 hari kami di sana, pasar tu sentiasa ada je.

Kami banyak rest kat bilik hotel dan apartment (on 2nd day, kami menginap di apartment TM di tanah rata). Hanya pergi melawat ladang strawberry dan ladang teh cameron bharat valley. Selebihnya, banyak shopping je di Kea farm, psr mlm, psr tani. Semua benda jual items yang sama. Ummi takde lah shopping sangat, beli setakat cenderahati bwk balik utk kawan-kawan. Ni antara gambar-gambar di sana.

1. Masa baru sampai. Boleh tahan rasa sejuk nya. 2. Aisyah main dengan adik. 3. Asisyah ikut tokki pergi beli breakfast. Diaorang makan dulu kat restoran, pastu baru bawak balik makanan untuk kami..mahunya tak kelaparan kami, kan?? hihi..

4. Aisyah, tokki, ummi, adik (in the sling) dan nenek. 5. Di strawberry park. 6. Adik lena sungguh tidur dalam sling tu, ditambah dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa tu, tapi bila dah tenghari, panas juga k..

7. Aisyah teruja tengok fish dalam kolam tu. 8. Dengan nenek. 9. Abah layan aisyah dengan khadijah duduk-duduk atas mainan tu.

10. Dan buat kesekian kalinya interframe gambar abah dengan khadijah di sini yea. 11. Di sebelah itu, farm strawberry. Boleh pluck sendiri tau, tapi ummi tak dapat nak join sebab duk pikir, kalau masuk nanti, bukan penuh bakul pluck strawberry, kan sibuk duk mengejar aisyah lalu di bawah tray pokok strawberry tu. Harus jadi tontonan ummi nanti. Hehe..

Itu je lah gambar yang ummi ada atau kata lainnya sempat ambil sebab kamera kami tetiba rosak. Adakah aisyah telah menjatuhkannya?? atau memang dah sampai waktunya rosak??elok pula rosak tika di cameron dan memang sebelum rosak, aisyah adalah orang terakhir dilihat memegang kamera tersebut...haha. Harus melayang juga lah duit ummi nak membaikinya. Gambar seterusnya ada dalam digi camera tokki. Nanti lah ummi ambil. Moral of the story juga, tak boleh dah bagi aisyah main dengan camera itu lagi.

7 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Wah, everyone nampak happy jek sepanjang trip nih kan..the kiddos nampak so cute dalam sweater..hehehe..paling comel khadijah lena tido dalam baby sling walaupon uminya sebuk ngan activity..hhihi..

Mommy Harith Hannah said...

Comel jerr Khadijah kat dalam sling tue...

Wahh, slim ajer ummi... jeles2... hihihi...

lia said...

betul ckp arnie.... slim sungguh ummi nih....

tgk khadijah dlm sling 2.... selesa sungguh...

mirah said...

mimi ---> yea khadijah lena je, ada scene tu dia siap boleh tidur dalam ummi berkejaran dalam hujan nak balik hotel.

arnie, lia ---> memang comel, geram kat dia. Dan this was the 1st time dia nak duduk dalam sling ttu. Sblm ni mirah pernah try skali tp dia taknak. Lps ni, blh lh ummi pergi shopping bwk dia dalm sling..ahaks..

Oh ya, bab ummi yg slim tu. Opps mirah takde lah slim ok, berat 55kg ok. Tu pun masa pakai sling tu, ada juga duk tarik2 sling mana lah tau kot ternampak bhgn yg berlemak..hihi..

Berat sblm pregnant 52-53kg. Tak tahu lah bila blh dapat berat tu semula...

Nieza Ishak said...

Bestnya pi cameron.
kami pun plan nak pi gak tunggu Zulaikha besar sket.

Teringat zaman daku honeymoon dolu-dolu ...

luna said...

wah mirah pun gi Cameron Highland..
masa cuti CNY je?
ku pun poieee....

mirah said...

---> nieza, ya best mcm taknak balik. Haha.. tapi ku masih sedar diri..

---> sue diyaluna, kami pergi cuti thaipusam minggu lepas. Penat sungguh..