Thursday, February 12, 2009

Khadijah@10 bulan

Khadijah genap 10 bulan hari ini. Macam sekejap je pun ada kan. Ohh dia tengah alami selsema yang masih bersisa sejak minggu lepas. tapi, dia sangat behave sampai nenek pun cakap dia bagus. Bawa pergi jalan-jalan cameron pun takde meragam instead of adalah merengek-rengek dalam kereta susah nak tidur (ye lah kawan tu suka tidur meniarap, manalah dia selesa tak boleh nak meniarap atas riba ummi. Kat belakang pula, kak aisyah dah conquer..hihi).

Perkembangan adik sehingga hari ini, masih lagi dalam proses nak merangkak. Baru angkat dada, ke depan sekali dua pastu jatuh semula. Tapi, kalau mengengsot tu memang dah laju, siap 360 darjah dah yea boleh pusing-pusing. Dah ada 2 batang gigi. Dah start makan tapi ala-ala tak nak juga. Tapi, ummi bagi juga lah walaupun dia makan sedikit je. Berat harus ada dalam 6kg kot. Next appoinment bila dah ek?? alamak ummi lupa,tapi rasanya dalam seminggu dua ni kat klinik kesihatan..(harus juga ummi cari balik kad adik ni).

Minum susu pun lebih kurang 12-15oz je pada siang hari. Itu jumlah bekalan ebm ummi pada pengasuh dia, kekadang habis, kekadang ada baki juga. Kalau direct feeding tu memang dah expert lah, so ummi tak risau dia akan keliru puting lagi sebab memang dia akan nak direft bf je bila kat umah. Botol susu tak layan k. Suara tak bunyi sangat, tapi ada juga lah jerit-jerit sesekali. It's true tau dia suka buku. Ummi boleh dudukkan dia atas riba, bacakan dia buku, dan tunjuk-tunjuk gambar, mata dia akan ikut jari ummi. Ummi kena lebih rajin spend masa untuk khadijah pula ni, tapi aisyah pun kena spend masa gak. Hmm.. kena ada wise time planning ni..

Rasanya itu je lah buat masa ni. Layan lah gambar latest adik ni k.


Adik masa di cameron, perasan kah mata dia nampak bengkak sket. Dia tengah selsema ni ditambah dengan mata bertahi tapi dalam picture ni takde lah eh..
Adik sedang tidur dengan lenanya... Sapa boleh teka khadijah tidur kat mana ni??(ada ke yang nak jawab ni?? hehe..)


8 comments:

Mohd Ramzi Ahmad said...

wah di mana buah tangan dari cameroon highland :)

mirah said...

Silalah datang ke rumah jemput makan strawberry yea... Tak pun boleh pekena teh cameron secawan dua..

::Umi Sufira:: said...

Boleh tahan ye Khadijah minum 12-15oz..kekeke...Sufia selalunya 12 oz dah mencukupi..la ni mimi tukar masa bekerja sampai pukul 630 dah tak cukup lak..isk isk..kena usaha gigih lagi..BTW, chumelnya Khadijah~

mirah said...

mimi, banyak ke tu? mirah ingatkan sket je dia minum..
ya khadijah makin tembam sebab tu nmpk makin comel. Eeii geramnya ingat dia ni.. hihi

Dayah said...

sat ja 10 bulan..
Khadijah lena dlm sling..pouch sling.klu tak salah saya la...main teka ja..

eyswanie said...

hehehhe comel jer khadijah... sweet sangat... bile la eys nak jupe anak k. mirah ni... hehehehe... n thanx for the strawberry yek....

mirah said...

dayah, yea tepat lah tu dia tgh beradu dalam pouch sling tu..hihi..

mirah said...

eys, insyaAllah nnt blh jumpa k.. Buat lah family day cepat sket, baru lah blh bawak anak.. hehe..