Friday, February 17, 2012

Jatidiri kita

Salam Jumaat semua.
Saya beranggapan sibuk itu satu kebiasaan bagi semua orang. Dengan pelbagai tugas dan cabaran dalam kerjaya masing-masing. Kerana setiap kita mempunyai peranan tersendiri baik sebagai seorang pekerja, mahupun sebagai anak, isteri, suami, sahabat, ibu, ayah, ahli masyarakat atau lain-lain jawatan sekalipun. Dalam ceramah sempena maulidurrasul di institut pagi tadi, Ustas Hasri Harun menyatakan tenang dan senyum dahulu tiap kali terima berita atau beban kerja, atau khabar buruk sekalipun. Itu sunnah Rasulullah. Jangan kalau ada perkara buruk atau tidak diingini, kita terus nak melenting, atau kelam kabut tak tentu pasal, sebaliknya tenangkan hati dahulu dan mulakan setiap yang diberi dengan positif. Saya bersetuju dengan pernyataan beliau.

Kita ni cepat melatah kadang-kadang, kan. Benda mudah jadi payah, yang sepatutnya boleh selesai segera, tapi sebab karenah orang lain, terpaksa ambil masa untuk siapkan. Itu belum lagi cerita hal balik rumah, anak-anak buat perangai dan terus nak marah anak. Sebenarnya, kita boleh cuba dengan pendekatan psikologi dahulu. Tarik nafas dalam-dalam supaya Allah beri kita ilham untuk bertindak. Sayapun dalam proses mengamalkannya. Sukar bukan tapi cubalah, ia memang berkesan. Sekurang-kurangnya dengan belajar menerima, belajar mengawal diri dan sentiasa berfikir yang kita semua tidak sempurna, bermuhasabah semula, akan membuatkan kita lebih tenang dan gembira dalam hidup ini. 

Saya di usia 31 minggu kandungan. Allahuakbar macam sekejap pula rasa. Saya patut menghayati baki masa yang ada dengan pengalaman mengandung kali ini, iyalah bukan mudah nak mengandung dan melahirkan seorang anak, khalifah di muka bumi Allah ini. Belum kira cabaran membesarkannya nanti. Anak itu amanah Allah pada kita. Baik buruk akhirnya terletak pada tangan kita ibubapa mencorakkannya semenjak kecil lagi. Gusar melihat pelbagai masalah sosial hari ini, kerana itulah pendidikan awal anak-anak adalah sangat penting. Jatidiri seorang anak itu perlu dibentuk dari akarnya lagi, sedari sekarang.


3 comments:

Tirana said...

Semoga Mirah selamat melalui sisa-sisa masa mengandung. Dah tak lama dah nak due..Buat persediaan dari segi mental, fizikal, emotional dan spiritual...

Oyis said...

terima kasih kerana berkongsi tips senyum dulu tu. lately ni, Allahu Akbar, saya sgt2 stress dgn pelbagai perkara... harapnya lps ni saya ingat nak amalkan, insya Allah...

mirah said...

K tirana,
terima kasih. InsyaAllah.. :)

Oyis,
sama-sama dan terima kasih kembali.
moga kita sama-sama dapat membuat sesuatu perkara itu dengan sebaiknya.