Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Selamat balik kampung. Hati-hati dalam perjalanan. Moga hari-hari terakhir Ramadhan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya  (until to the fullest - bak kata mat saleh lah kan :) ). InsyaAllah kami balik Muar esok. Dan gerak ke Kota Tinggi dan raya kedua pulang ke Terengganu. Perjalanan yang panjang pastinya, namun demi meraikan pertemuan keluarga, di mana hari raya beginilah adik-beradik, saudara mara berkumpul, maka gigih juga lah bermusafir. Seronok juga bermusafir ni, banyak pengalaman baru, benda baru dapat dilihat dan dibelajar. Moga perjalanan kami berjalan lancar dan diredhai Allah swt. Saya juga doakan hari raya kalian berjalan lancar dan dalam redha Allah juga.

Aidilfitri itu sendiri membawa maksud kembali kepada fitrah. Banyak yang saya perlu muhasabah ini, banyak yang tersasar contohnya dalam pembelian baju raya anak-anak dan saya sendiri. Huhu beli secara berperingkat, akhir sekali sedar ia seolah melebihi keperluan. Mm..alasan takpelah setahun sekali je beli itu memang benar tapi, ia mengundang rasa insaf bila terkenangkan saudara seagama yang lebih memerlukan, bukan soal baju raya tapi soal apa nak makan untuk berbuka. Allahuakbar. Ampunkanlah hambaMu ini duhai Tuhan. Moga masih ada amal jariah yang kami lakukan dihitung sebagai timbangan kelak. Bab kuih raya, Alhamdulillah tahun ini berjaya mengurangkannya, pengalaman beberapa tahun ini asyik membazir memang memberi erti besar. Selain beli untuk dibawa pulang ke kampung, tinggal sebekas dua sahaja di rumah, itupun Aisyah dah hampir habiskan satu balang biskut samprit. I wonder bagaimana dia suka biskut tu? Tapi, saya pun suka juga biskut samprit Dahlia. Oh all time favorite tu kalau mak saya buat masa kecil-kecil dulu. So like mother like daughter lah kan..Hihi.

Banyak lagi sudut yang boleh diperbaiki, bukan dari segi material yang nampak sahaja. Cuba hitung pula berapa banyak bangun malam dan doa serta helaian Al-quran yang dibaca? Juga sedekah yang diberikan? Saya tanya pada diri saya sebenarnya ini. Allahuakbar. Bagaimana menghayati syukur pada segala nikmatNya ini? 

Jadi, bagaimana kita ingin kembali ke fitrah seorang hamba setelah menerima tarbiyah Ramadhan sepanjang sebulan ini? Moga lahirlah insan yang lebih baik dari sebelumnya agar dapat menjadi bekal sebelas bulan lagi yang mendatang sebelum ketemu madrasah Ramadhan lagi. Jika Allah masih panjangkan umur kita.

Salam Aidilfitri 1432H. Saya mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan saya sepanjang menulis di blog ini. Moga dapat ketemu lagi pada masa akan datang.


No comments: