Sunday, December 30, 2012

Cerita Bandung 4(Akhir) - tips travel dengan anak kecil

Cerita Bandung 3 - Tangkuban Perahu
Cerita Bandung 2
Cerita Bandung 1
Entry pengalaman saya naik flight masa 33 minggu mengandungkan Adam.

Ok ini entry terakhir di Bandung. Kita wrap up semua sekali lah nanti ya. Hari ke-empat kami di sana, kami ke Pasar Pagi. Lupa sudah nama apa nama pasar tu tapi ia macam pasar pagi, ada orang jual macam-macam kain, baju, makanan, kasut, langsir, cadar etc. Fuh panjang list kalau nak senarai semua. Pendek kata, barang memang banyak dan murah-murah. Apa saya beli kat sini ya? rasanya suami beli seluar jeans, jaket naik motor dia, baju-baju T-Shirt Bandung warna putih untuk cenderahati, saya beli 2 helai long blouse, tapi sampai sekarang belum pakai. Hehe tak sesuai nak pakai lagi sebab susah nak breastfeed Adam nanti. Rasanya itu je lah kot. Oh ada cerita kat sini yang buat saya hilang fokus nak shopping. Tetiba Aisyah hilang. 

Ya Allah, punyalah berdebar-debar sampai menggigil tengok kiri kanan dia takde. Kisahnya, saya dah cakap kat suami, dia jaga Aisyah, saya pegang tangan Khadijah. Bila sampai satu gerai tu, jumpa dengan atuk, makcik dia semua, sebab kami dah jalan pisah-pisah sebab kalau nak tunggu semua, bila nak habis pusing kan. Pastu saya nampak lagi kelibat Aisyah. Saya keluar dulu dengan Khadijah, suami follow dari belakang, ingatkan dia dengan Aisyah lah. Sekali saya pusing, tengok dia sorang je. Leka pula tu dia snap gambar. Tanya dia mana Aiysah, dia tak tahu. Ahh sudah. Patah balik pun tak jumpa. Kelibat mertua dan adik-adik ipar pun takde. Bila nak call, Celcom tak bagi lepas pula. Berdebar sungguh masa tu. Hilang mood terus. Saya rasa dia dengan atuk dia, tapi still tak puas hati sebab tak tahu betul ke tak. Akhirnya, saya cuba mesej adik ipar. Alhamdulillah sent, then dia reply Aisyah ada dengan abah ni. Allahu..lega. Imagine lah kalau anak hilang kat situ, macammana nak buat. Peganglah anak-anak bila berjalan tempat sesak tau. Pasar tu sangat luas ok, mungkin 2-3km panjangnya ada kot (ke saya being exagerated kat sini?huhu), tapi kami tak pusing habispun. Penat dan kebanyakkannya jual benda sama. Sebab dah tengahari juga, kami nak ke Pasar Baru pula lepas tu. Memang shopping-day trip je lah hari tu.

Di hadapan Pasar Pagi yang kami pergi tu. Lupa dah nama apa tempat tu. Tapi memang famous, tiap hari Ahad dia buka seawal jam 6.00 pagi.
Dipendekkan cerita, selepas membeli belah di Pasar Baru, pemandu bawa kami cari kedai jual bakso. Adik ipar teringin nak makan. Nak makan yang jual tepi jalan tu macam tak lalu pula, jadi kita cari restoran. Tercapailah hajat. Malam tu masing-masing dah tak larat keluar. Saya order nasi gorang dari kafe hotel je.

Esoknya flight balik kami jam 10 pagi lebih kurang. Sementara menunggu flight tiba, kami lepak di International Lounge dulu. Bayar Rp75k seorang. Boleh ulang berapa kali nak breakfast, siap siapa nak ambil air bawa balikpun boleh. Haha.

Makan dan lepak
Dengan Abah saya.

Tips-tips travel dengan anak-anak kecil.

- Pastikan bawa baju mencukupi dan sesuai. Seperti baju sejuk/ sweater, tudung/ topi.
- Pakaikan mereka kasut/ selipar yang selesa.
- Bawa makanan/ snek macam biskut, gula-gula (buat pujuk untuk hilang tantrum nya jika ada). Air masak pun wajib sentiasa ada. Saya rasa tips ini penting sebab di tempat orang kita tak boleh simply nak beli makanan kan, jadi bila long hours travel macam kami pergi safari bandung yang 3 jam perjalanan tu memang budak-budak dok minta nak makan je.
- Bawa backpack - senang nak isi semua dalam tu. Pastikan ada wet tissue, tissue biasa, botol air masak, plastik kosong, biskut/ snek.
- Untuk mudah, babywearing is my option tapi untuk trip kali ini sebab saya pregnant, maka tak bawa carrier. Stroller juga tiada tapi anak-anak semua ok.
- Let them explore and enjoy setiap tempat yang kita pergi. Mak saya selalu suruh belikan dulu apa yang anak nak barulah mereka tak mengacau/ mengarut nak itu ini bila kita tengah sibuk shopping/ pilih barang. :) anyway, barang kat bandung kan murah. Layankan je lah.

Ok setakat itu yang saya dapat ingat buat masa ini. Kesimpulannya, trip ke Bandung 2012 ini memang menyeronokkan. InsyaAllah ada masa nak datang lagi. Hari itu pergi kan saya tengah late pregnancy, tak shopping beria pun. Plan for 2014 pula lah ya. 2013 dah tak boleh slot in lagi dah. :)

Semoga, sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang berhajat melancong ke sana.


Friday, December 28, 2012

Persiapan sekolah anak-anak 2013

Aisyah akan bersekolah tahun 1 di SRAI dan Khadijah akan berada untuk tahun ke-dua, 5 tahun di TASKI ABIM. Pendaftaran sudah dibuat, boleh tahan yuran pendaftarannya kan. Hari isnin depan hari taklimat untuk ibubapa di sekolah Aisyah. Perasaan adalah bercampur baur (mixed feeling okeh). Tak boleh concentrate sebab banyak sangat perkara tengah settlekan. Hal rumah sewa, hal pindah rumah baru, hal sekolah anak, family trip Januari 2013 dan hal-hal keluarga lain. Itu belum masuk hal-hal rutin hari-hari. Hari ini nak fikir kena masak apa untuk Adam, kakak-kakak pula nak bekal apa. Baju berbakul tak sempat lipat, dah lah penangan banjir hari itu lagi kan. Huhu ok tarik nafas, mari kita list down apa keperluan sekolah anak belum buat lagi ni.

Checklist 1:
Baju sekolah, tudung, kasut - done
Beg sekolah - done
Gambar passport - done
Jahit lencana sekolah - not yet
Pre-wash baju sekolah anak - not yet
Gunting rambut anak - not yet
Beli seluar trek, baju sukan dan skaf Aisyah - not yet
Beli stokin baru (yang dah beli size besar pula, tak tengok abah dia yang pilih huhu) - not yet
Buku sekolah - done
Alatulis - not sure - eh balik nanti kena check ni. macam dah beli.

Ada lagi ke yang saya tertinggal agaknya? please suggest jika ada ya.

Ini checklist untuk ummi dia hujung minggu ni.

Checklist 2:
Basuh baju sekolah anak-anak
Seterika semua baju - baju kerja, baju sekolah anak-anak untuk seminggu
Buat jadual harian anak-anak yang baharu 2013
Senaraikan menu sarapan anak-anak ke sekolah
Selesaikan lipat semua baju.
Pack baju-baju lama masuk kotak
Beli kain langsir
Plan menu untuk Adam juga

Cukuplah setakat itu yang teringat ini. Ok senang nanti minggu depan saya tengok dah buat ke belum. Tetiba teringat nak beli ebm liner sebab dah tinggal last pack. Cuti hari Sabtu - basuh rumah baru, Ahad - sambung kemas rumah, cat rumah, beli langsir(?), Isnin - uruskan pendaftaran sekolah kakak, Selasa - kemas rumah dan berehat untuk mulakan sesi persekolahan esoknya dengan jayanya. Kena bangun awal :)


Thursday, December 27, 2012

Rumah saya banjir - save the ebm

Ok sekarang masa terhad, kita tulispun pendek-pendek je lah ya. Total untuk tahun ini, Jumaat lepas kali ke-4 rumah sewa kami banjir. Dan terburuk. Jumlah kerugian tidak dapat ditaksirkan. Hehe overlah tu. Tapi, memang terburuk sebab air masuk rumah dalam masa sejam je hujan dan efek basah habis pada kotak-kotak buku yang kami pack untuk pindah, chestfreezer kami hampir terbalik dalam air tu syukur sempat tahan dan sendal dengan ampaian kain. Iyalah air naik paras tengah betis ok. Tawakal saja masa tu. Saya mengharung air dah selamatkan barang-barang penting. Macam chestfreezer, mesin basuh, peti ais tu memang tak dapat nak buat apalah. Pasrah je. Sambil doa semuanya ok dan selamatlah susu Adam dalam chestfreezer tu. Air naik sejak selepas je azan maghrib berkumandang, pukul 11 malam baru air betul-betul surut. Kami sempat terlelap sambil paksa budak-budak ni tidur. Syukur juga Adam tak meragam sebab memang waktu tidur dia dalam pukul 8-9 malam, jadi susukan terus dia tidur, senang saya buat kerja. Terlelap tu pun sebab tak ada apa nak dibuat. Duduk je lah di tingkat atas. Daripada duk kelip-kelip, susah hati risau bagai, jom tidur join budak-budak tu sekali. Itupun masa tu dah pukul 9 malam lebih sambil tunggu air surut. Kejap-kejap bangun intai ruang bawah.

Eh macam dah terpanjang juga kan. Haha. Apapun, syukurlah EBM Adam selamat beku sampai pagi dan selamat dipindahkan ke rumah pengasuh anak. Mula-mulanya saya nak pindahkan EBM tu malam tu juga, tapi suami saya cakap tunggu pagi lah, dah mid night masa tu, agak-agaklah nak pergi rumah orang katanya. Tapi saya cakaplah kakak tu cakap ok, dia belum tidur. Tapi, suamiku tak layan..Hehe iya saya memang risau, panik masa tu. Stok susu anak ok, stok beku susu yang insyaAllah boleh survive sampai bulan 6 tahun depan tau. Mahu pengsan mak nak mengumpul semula balik. Ok lah kan ada suami yang lebih cool daripada isterinya ni. :) susu tersebut kekal beku hingga ke rumah pengasuh tu.

Dan time tu juga rasa macam jomlah kita pindah sekarang juga. Ok mari tengok gambar ya. Gambar masa banjir tengah banyak air takde sebab tak jumpa mana Ipad letak. Tak sanggup weh nak meredah air kotor tu semata-mata nak cari Ipad dan ambil gambar. Lagikan Khadijah yang merengek nak susu pun, saya cakap tak boleh. Tapi dah bekal air masak sebotol besar bawa naik atas. Si Khadijah ada ambil gambar air tu dalam handset tapi haha tak tahu nak transfer. Bestkan alasannya.So ini ialah gambar-gambar pasca banjir.

Kotor sungguh. Berlumpur. Siap basuh rumah pukul 4 pagi.
Chestfreezer yang masa ni belum tahu apa cerita.
First box EBM.
2nd box EBM. Apa-apapun mesti nak kena selamatkan dahulu.
Hari Selasa baru saya ON kan balik chestfreezer tu. Mula-mula keluar warna merah pada lampu dia tu kan, panas je body chestfreezer tu. Bila buka dalamnya sejuk. Pastu pagi semalam (Rabu) lampu tu dah padam. Dah takde lampu apa dah sekarang ni tapi dalamnya masih sejuk. Sayapun tak tahu statusnya apa. Kalau still ok pun, adakah tepat lagi suhunya -20C tu. Takpelah, biarlah dia ON je kat situ dulu. Tunggu pindah nanti lah tengok macam mana.

Inilah tuan punya stok susu tadi. Alhamdulillah moga masih ada rezeki Adam untuk susu itu ya.


Moga-moga urusan pindah rumah baru kami dapat disegerakan dan dipermudahkan. Tambah-tambah lagi minggu depan anak-anak dah mula bersekolah. 

 *EBM=expressed breastmilk=perahan susuibu.


Wednesday, December 26, 2012

Happy 6th Birthday Aisyah Humaira'

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-6 Kakak Aisyah Humaira'.

Ummi doakan Kakak membesar sihat menjadi anak solehah, anak yang cerdik pintar, cemerlang akhlak, dirahmati Allah sentiasa sepanjang usiamu nak.. Semoga dapat menjadi kakak yang dapat melindungi adik-adik bila ummi tiada nanti.
Abah, Ummi, Khadijah dan Adik Adam sayang kakak selamanya.

Gambar lama.



Monday, December 10, 2012

Thursday, December 6, 2012

8 bulan

Adam cukup 8 bulan hari ini. Beberapa hari lepas, Adam dapat high fever. 3 malam berturut-turt, lepas tu sihat semula tapi still lemah lah dan keluar rashes. Ingatkan kena demam campak dah tapi doktor cakap bukan. Saya tak ingat apa nama demam itu. Tapi, nothing to worry doktor cakap, dia just bagi calamine lotion untuk sapu pada badan buat hilang gatal-gatal. Alhamdulillah hari ini dah baik, sihat, ceria macam biasa. Selera makan dan minum pun nampaknya dah kembali normal.

Cukuplah itu update ringkas. Cerita tanpa gambar memang kurang menarik kan, nanti kena ambil gambar dia. By the way, masa dia demam, timbang berat 7.7kg. Eh berat dia tak naik ke, lebih kurang sama seperti sebulan lepas je. Huhu..

Friday, November 16, 2012

Siapakah yang menciptakan adik yang comel bagimu....

Siapakah yang menciptakan adik yang comel bagimu..
Siapakah yang menciptakan kakak yang sayang padamu..
Siapakah yang menciptakan dirimu..
Siapakah yang menciptakan ayah dan ibumu...

...........................................
.................................................

Perenggan pertama je saya ingat. Itulah lagu yang Aisyah nyanyikan bersama rakan-rakan sekelas di semasa Majlis Ihtifal TASKI dia Ahad baru-baru ini. Lagu yang bagus, saya rasa ia daripada Indonesia. Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru Aisyah sebab menjaga, mendidik, mengajar, dan membesarkan Aisyah dengan sentuhan Islam dan modul ABIM selama tiga tahun ini dan Alhamdulillah Aisyah menjadi antara 3 pelajar cemerlang.

Bersama hadiah dan trofi kanak-kanak cemerlang.

Terima sijil tamat belajar.
Aisyah sayang, Tahniah anakanda di atas pencapaian tersebut. Masamu masih panjang nak. Untuk berjaya, perlukan usaha, kerajinan dan disiplin yang jitu. Semoga Allah sentiasa memberikanmu petunjuk, rahmat dan kasih sayangNya sepanjang hidupmu.

Bila sampai rumah, baru perasan, hanya gambar aisyah yang diambil. Gambar adik-adiknya pun takde. Haha gara-gara penuh handbegs kiri kanan, gadjets etc. Esoknya, abah mesej "Tahniah kpd Aisyah krna cemerlang dlm pljaran, dan syabas kpd abah n umminya diatas jasa kalian. Tq". Hihi my reply "Hehe Tq abah. Still long way to go. Do pray for us always". Hehe gaya macam Aisyah dapat result SPM kan. Takpe, insyaAllah moga kejayaan sentiasa bersamanya. 

Terima kasih Abah dan Mak. Actually, pencapaian itu kecil sahaja, jasa kami pun belum banyak mana. Masih mencuba menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak, ada masa menjerit-jerit juga, ada masa gelak bersama, ada masa ada yang kena rotan juga, ada masa ada yang sakan berpeluk cium. Kami masih perlukan doa-doa abahmak dalam kami menghadapi hari-hari akan datang. Terima kasih kerana sentiasa bersama kami. Biar jarak kita jauh, namun sentiasa dekat dihati dan abahmak sentiasa dalam doa kami.

Projek nak buat family photoshoot tak menjadi. Dapat bergambar semua adik beradik dengan abahmak ni pun jadilah. Gambar spontan sebelum adik yang nombor dua bongsu hantar adik bongsu balik Penang di pagi hari majlis kenduri aqiqah dan solat hajat di rumah abahmak raya haji baru-baru ni. Love you guys..forever. May Allah Bless All of Us.




Friday, November 9, 2012

Cerita Bandung 3 - Tangkuban Perahu

Cerita Bandung 2

Cerita Bandung 1

Mmm.. ok ini cerita lama, sebelum Adam lahir lagi. Bila saya tengok balik past entry, rupanya belum habis cerita. Meh saya sambung sedikit lagi sebelum beri laluan entry cerita pasal Adam pula. Adam pun banyak cerita tertangguh tau, duk ulang alik klinik, etc. Itu cerita lain k.

Hari ketiga kami di bandung, kami pergi ke Tangkuban Perahu. Perjalanannya tidaklah sejauh ke Taman Safari. Dalam perjalanan, kami singgah di stesen minyak, seperti biasa laju lah saya ke tandas sebab tak tahan cuacanya agak dingin dan sebab saya tengah 33 minggu pregnant kan. Masa ni sempat abah saya beli buah strawberry yang penjaja jual. Manis memang manis tapi lelama rasa macam manis benar macam salut gula. Rupanya betul, driver tu iyakan bila kami tanya. Nasiblah kan. Jadi, rancangan untuk singgah ladang strawberry tidak diteruskan sebab dah makan strawberry dalam van tu. Sampai di Tangkuba Perahu, wow boleh tahan sejuknya. Kebetulan, jaket bebudak ni tertinggal pula di hotel. Sian mereka kesejukan. Kami yang dewasa ni sakan beli sweater sorang satu. Murah. Rasanya lebih kurang RM 30 je satu. Bila dah nak balik tu baru belikan mereka sweater sorang satu. Bukan apa, sebenarnya mereka ni dah ada banyak sweater, pakainya bukan selalupun, tapi terbeli juga sebab murah dan yang ni benangnya tebal dan ada hood. Kita tengok gambar je lah kan.

Salah satu kawah gunung berapi yang ada. Masa ni kabus belum datang, maka dapatlah bergambar. Tak berapa lama kami kat situ, kabus datang dan tak nampak sangat pemandangan di bawah tu.

Dari atas

Beli sweater. Khadijah je pakai terus. Aisyah dengan makcik dia dah naik van. Wah gemukkan saya masa tu. Bila dah balik tu saya bagitahu suami, kenapa tadi tak terfikir nak beli sweater untuk baby juga kan. Padahal dah tahu jantina pun. Teringat tu sebab tadi nampak size baby punya. Ada can nak pergi lagi ke ni hihi


Gambar semua

Yang ini kami tak pergi. Cukuplah kat atas tu je. Lepas tu mula hujan renyai-renyai..
Masa ni sibuk pilih sweater, adik ipar beli topi. Tokki posing je dengan topi koboi tu.. :)

Selepas itu, kami ke bandar dan shopping lagi di Toko Tiga, Pasar Kosambi dan dinner. Siap tukar duit dengan driver tu lagi. Nam apa pak supir tu ya. Sorry, dah lupa.

Itulah strawberry yang manis tapi sebenarnya celup gula. Yang Khadijah pegang tu.
Beli baju di Toko Tiga. Lenguh kaki berdiri lama.

Di Pasar Kosambi beli kerepek. Sebenarnya mcam-macam ada jual tapi kami tak masuk dalam sangatpun.
Malam tu dinner di Restoran Sangkuriang lagi rasanya. Ok habis hari ketiga.



Wednesday, November 7, 2012

Adam 7 months

Adam turns 7 months yesterday. Cepat sungguh masa berlalu kan. Perkembangan dia sekarang, sudah mengengsot dengan laju, merangkak belum tapi angkat bontot sudah pastu jatuh. Alolo comel tau. Pastu ada dua batang gigi di gusi bawah. Part ni memang menakutkan sebab dia dah menggigit hari tu. Bila saya jerit, dia buat muka cebik-cebik nak nangis. Sekarang nampaknya dah reda. Eye-contact ok, suka sangat tengok dia bangun tidur dan senyum-senyum pastu tersipu-sipu malu sembam muka kat tilam. Comel. Serius. Siapa lagi nak puji anak sendiri kalau bukan maknya kan. Sudah mula makan solid food. Dah start dengan plain bubur, this week bubur+carrot. Pernah tried bagi dia puri epal, tapi dia tak nak. Bagi puri kentang, dia kembung sampai melalak-lalak seharian. Huhu susah juga kan nak try and error apa yang baby boleh dan tak boleh makan. Lepas tu Adam kena cirit-birit lebih kurang 2-3 minggu jugalah. Sepanjang tempoh tu, stop dulu any foods. Minum susu je. Inipun baru minggu lepas mula balik bagi makan. By the way, since dah almost 5 years takde baby kecil, seolah hilang ingatan what to prepare kepada baby Adam kali ini. Ok ini benar ok. Tapi thanx to Philips Steamber n Blender for making my life easier. Ini hutang review. nanti lah ya, tunggu ambil gambar cantik-cantik sket. Hihi. 

Memandangkan aktiviti harian dia ialah golek-golek, meniarap dalam baby cot dia, takpun duduk di swing dia, sekarang ini letak dia dalam walker Khadijah dulu. Baru teringat ada walker ni. Dulu beli masa Khadijah sebab nak bantu stimulate dia yang lambat berjalan. Kan Khadijah berjalan masa umur dia setahun setengah since dia prem kan masa tu. Actually takdelah lambat sangat tapi biasalah sebab dia prem, macam-macam risau masa tu. Tangan dia dah pandai grip, aktiviti kesukaan masuk benda dalam mulutlah. Perkembangan lain berat dia rasanya dah almost 8 kg. Last timbang 3 minggu lepas masa dia cirit-birit tu was 7.5kg. Hari Ahad lepas masa bawa dia pergi ambik injection 6 bulan, lupa pula nak timbang berat. Masih fully breatsfeeding. Alhamdulillah dapat exclusively breastfeeding for 6 months. Alhamdulillah stok masih banyak. Sekarang ni saya bekalkan dia 3-4 botol x 4-5 oz sehari. Kekadang ada lebih sebotol tak habis. Biasanya 3 botol fresh ebm dan 1 frozen ebm. Sedang gigih habiskan stok frozen ebm bulan Jun 2012. Alamak bulan depan nak nak expired kan. Saya rasa stok tu banyak sebab saya tak consistently bagi dia frozen ebm. Memang dia tak suka sangat kalau frozen, satu lagi hari tu masa dia kena cirit-birit hampir 3 minggu tu, saya bagi yang fresh je. Kesian kat dia padahal bukan sebab susu pun dia cirit-birit tu. So now, stok susu Julai dan Ogos kira banyak juga, yang mula sedikit ialah stok September, Oktober. Ayyok..tetiba rasa risau pula boleh survived tak ni sampai 2 tahun. Ya Allah, permudahkanlah urusan saya dalam menyusukan anak saya ini. Amin.

Inilah budak comel yang sangat murah dengan senyuman.. Tapi, gambar ini gambar dia bangun tengah malam sebab sakit perut agaknya..

Ok ini interframe gambar tokki potong kek dengan Khadijah dan Anas yang baru bangun tidur.

Khadijah ni suka sangat dengan kek. Kebetulan masa balik raya tempohari, birthday tokki dia, maka dia request kek. Yang nak makan sebenarnya Khadijah, birthday tokki tu jadi alasan je. Tapi, oklah sesekali makan kek celebrate birthday tokki. Bukan selalu kebetulan begitukan. Semoga tokki panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk beramal ibadat.


Wednesday, October 10, 2012

Signs Adam for solid food

Saya sedang berkira-kira untuk memulakan makanan pejal pada Adam. Ok berikut ada beberapa guidelines saya baca dari babycentre.com

When should I introduce solid food to my baby?

You can introduce solids any time between 4 and 6 months if your baby is ready. Until then, breast milk or formula provides all the calories and nourishment your baby needs and can handle. His digestive system simply isn't ready for solids until he nears his half-birthday. Source http://www.babycenter.com/0_introducing-solid-food_113.bc

    How will I know when my baby's ready?

    Your baby will give you clear signs when he's ready to move beyond liquid-only nourishment. Cues to look for include;
    1. Head control. Your baby needs to be able to keep his head in a steady, upright position. - checked. memang kepala Adam dah tegak.

    2. Losing the "extrusion reflex." To keep solid food in his mouth and then swallow it, your baby needs to stop using his tongue to push food out of his mouth. - ini tak berapa nak jelas camne sign nya. Ada juga baca bila baby less drooling. Ini betul juga, Adam dah tak berapa meleleh air liur dia, means dia pandai control telan air liur dia.

    3. Sitting well when supported. Even if he's not quite ready for a highchair, your baby needs to be able to sit upright to swallow well. - checked. Bila kita dudukkan dia memang dah boleh hold up to 5 seconds, pastu angkat dia semula. Pinggang dia belum cukup kuat lagi kan.

    4. Chewing motions. Your baby's mouth and tongue develop in sync with his digestive system. To start solids, he should be able to move food to the back of his mouth and swallow. As he learns to swallow efficiently, you may notice less drooling – though if your baby's teething, you might still see a lot of drool. - eh sama macam atas tadi kan.

    5. Significant weight gain. Most babies are ready to eat solids when they've doubled their birth weight (or weigh about 15 pounds) and are at least 4 months old. - checked. Adam dah 7.3 kg 2/3 minggu lepas. Dah double his birthweight dah.

    6. Growing appetite. He seems hungry – even with eight to ten feedings of breast milk or formula a day. - setakat ini dia minum lebih kurang 20 oz siang hari. Alhamdulillah stok ada, jadi masih cukup untuk keperluan dia. Cuma, memang perasan bila duk seharian dengan dia kat rumah dan direct feeding, dia macam tak puas minum, maka kena top up dengan EBM baru ok. Seems tak cukup lah tu kan.

    7. Curiosity about what you're eating. Your baby may begin eyeing your bowl of rice or reaching for a forkful of fettuccine as it travels from your plate to your mouth. - checked. yang ini memang lah. Kalau dapat capai, semua dia nak masuk mulut.

Maka, saya rasa he's ready for solid food now. Cuma mak dia ni malas benar nak mulakan. Tapi, since kakak-kakaknya dah tuntut janji maka kena gigih jugalah petang ini buat puri epal. Siap suh follow buku resepi tu.

Thanx to hubby sebab belikan ini untuk mudahkan urusan makan Adam nanti. Jadi, sila rajinkan diri sendiri untuk masak baby food Adam nanti ya.

p/s: Nanti saya bagi review guna blender + steamer Avent tu ya.

Tuesday, October 9, 2012

6 months

Sedar tak sedar Adam dah masuk 6 bulan tapi boleh kira berapa je entry saya update pasal dia. Sibuk memanglah kan, tapi moga jangan Kau biarkan kami mencintai dunia ini semata.. (teringat lirik lagu Maher Zain tetiba).

Semuanya baik-baik sahaja. Moga segala urusan saya dan anda dipermudahkan olehNya.

Adam yang handsome..




Wednesday, August 1, 2012

Monday, July 30, 2012

Birth Story - Adam

Baru hari ini nak tunaikan janji cerita pasal kelahiran kali ini. Memang patut saya catat kat sini, sebab makin lama makin saya lupa. Dah lama dalam draft, edit dan tambah baru siap untuk publish.
 -------------------------

Seperti saya maklumkan dalam entry terakhir sebelum saya bersalin, sepatutnya pada Jumaat, 6 April 2012 saya ada temujanji dengan Dr. Fatimah untuk minggu ke-38. Dr. Fatimah cakap dalam temujanji sebelumnya dia akan tolong bukakan 'jalan' jika saya masih belum bersalin Jumaat tu. Sangat risau bila dengar macam tu dan saya berdoa moga saya segera bersalin. Ditambah pula, saya memang rasa semakin berat, kepenatan dan mahu segera melahirkan sebenarnya. Minggu itu saya siapkan sebanyak mungkin kerja-kerja di pejabat yang harus diselesaikan kerana saya tiada masa, saya mungkin melahirkan bila-bila masa sahaja, jadi saya tak nak menyusahkan teman yang akan memangku kerja saya nanti. Pendek kata, 80% dapat saya siapkan, Khamis (5/4/12) itu, saya siapkan minit-minit mesyuarat, send-out emails pada yang berhak, kemas meja, buat filing documents, memang rasa the time will be very soon. Cuma, lewat petang itu, saya terima satu memo dan surat untuk diambil tindakan namun, tak sempat buat sebab dah lepas jam 5 petang dan saya perlu balik ambil anak-anak. 

Ok berbalik kepada cerita kelahiran Adam, malam itu lebih kurang jam 11.30 malam, saya rasa tak sedap perut, sakit pinggang, dan ulang alik ke toilet je. Belum ada tanda-tanda keluar. Saya cuba tidur, tapi tak berjaya. Saya kira selang masa sakit itu, lebih kurang 10-15 minit. Dalam tak pasti ini sakit nak bersalin ke tak, dah sampai pukul 2.00 pagi, then saya rasa tak boleh jadi ini. Saya ajak suami ke hospital. Walaupun saya tak sure nak bersalin ke tak. Takpelah kalau tak jadi, boleh balik semula je kan, at least saya boleh tahu condition saya dan baby. Kebetulan adik saya ada di rumah, jadi saya tinggalkan anak-anak pada dia. Semua tengah tidur. Sampai hospital, lepas register, masuk labor room. Nurse datang check, dia cakap dah 3 cm. Then, I knew memang itu contraction. Haha boleh pula lupa kan.. Nurse bagi ubat suruh buang air besar. Ulang alik lah pula saya ke tandas, dan baru perasan ada lendir-lendir darah. Lepas dapat lelapkan mata sekejap, subuh itu suami saya balik rumah nak tengok anak-anak dan bawa mereka ke rumah pengasuh. Lepas solat subuh di sebelah katil tu, saya berjalan ke hulu hilir kononnya nak suh cepat bersalin lah kan tapi masa tu contraction dah tak rasa. Ah sudah, ini betul ke tak nak bersalin ni kan. Maka, saya rehat je di katil, sambil makan kurma dan minum air zam-zam, hati tak berhenti berdoalah kan. Makan roti dengan omelette yang hospital beri, telefon sana-sini. Nurse datang dalam pukul 8 pagi tanya bagaimana keadaan saya. Saya cakap contraction tiba-tiba takde, tapi ada lendir bercampur darah keluar. Dia cakap, takpe, awak tak boleh balik, you are in labor now. Boleh lagi terfikir nak balik rumah masa tu sebab ingatkan false alarm ke apa kan. Nurse tu cakap lagi, saya tak payah check bukaan lah kita tunggu doktor check nanti.

Dr Fatimah datang dalam pukul 9 pagi. Dr cakap dah 5cm, memang nak bersalin, dan kita akan pecahkan air ketuban. Sekejap je pun pastu rasa basah je. Bila Dr dah keluar, datang nurse pasang drip. Saya boleh tanya kenapa masuk air nih? nurse tu cakap masuk ubat. Ubat? Boleh tak kalau tak nak? sempat lagi tanya tu sebab sebelum ini tak pernah kan. Dia cakap Dr suh bagi. Saya teringat mak mertua saya cakap bila masuk ubat akan cepat sakit. Elok je drip tu pasang dalam pukul 9.30 pagi, tengah-tengah sembang dengan nurse aka bidan kot, dalam pukul 9.45 pagi, saya tetiba rasa sakit yang amat sangat ok. Masa ni suami belum sampai. Nurse bidan tadi keluar. Pastu masuk nurse lain pula, dia cakap kalau nak apa-apa tekan je loceng, sekali loceng tu tak function pula. Memandangkan hari itu hari jumaat, mereka ada usrah, nurse tu cakap takpe, kalau ada apa-apa jerit je. Tapi, saya request, nurse boleh tak temankan saya?  huhu mujur nurse tu cakap ok, dia duk sebelah sambil gosok-gosok paha saya. Kalau bersalin di hospital kerajaan, mahu takde sapa nak layan saya macam tu kan.. huhu. Tiap kali sakit, dia akan cakap tarik nafas kak. Saya rasa bilik itu sangat kosong dan saya takut bila berseorangan, sebab itu saya minta dia temankan. Terima kasih nurse yang baik hati.. Telefon husband dia cakap on the way. Saya tanya nurse tu agak-agak bila saya dijangka bersalin ni, dia cakap biasanya 1cm, 1 jam. Maka, mungkin 5 jam lagi. Eh tak mungkin. Saya cakap kat dia, saya sakit sangat ni, pengalaman sebelum ni pecah air ketuba je memang cepat bersalin. Dia pun suspens kot nampak saya sakit sangat. Dia tanya macam nak meneran ke? Iya lah saya jawab. Masa ni walaupun duk mengiring kepit paha, tetap rasa ada air keluar, precisely darah kot.

Dia pun keluar pergi panggil bidan kot. Datanglah bidan tu, bila check, dah 8 cm. Ha kan betul tak boleh tahan dah ni. Dia orang ingat saya main-main agaknya masa mula-mula tu. Dengarlah dia cakap, call doktor sekarang. Sambil tu, datang lagi nurse pasang benda apa nama entah, yang pangku kaki tu supaya tak gerak. Oh sungguh tak selesa kena kangkang masa sambil nak tahan jangan teran. Boleh bayangkan tak? Dan selepas itu suami saya tiba. Kira elok dia sampai, doktor pun sampai, maka bermula proses meneran. Saya tak tahu kali keberapa baru berjaya, ada lah kot 5-6 kali agaknya. Cubaan awal gagal kerana lupa macammana nak meneran (haha), pastu tak cukup nafas. Siap berhenti minum air dulu tau. Alhamdulillah selepas itu, bertenang dan fokus, lahirlah Adam Huzaifah. Bergema tangisannya lebih kurang jam 10.30 pagi. Terus doktor angkat baby letak atas perut dengan lendir, darah lagi tu. Tidak semena-mena hilang rasa sakit yang amat tadi. Alhamdulillah Dr cakap tak perlu jahit, siap puji supermummy lagi.. :)

Nanti kita sambung lagi k...



Luar biasa

Kita buat biasa-biasa kerana kita nak jadi orang biasa-biasa.
Tapi, untuk jadi luar biasa, kenalah buat perkara-perkara luar biasa.
Saya nak jadi luar biasa. Maka, usaha perlu luar biasa juga..

p/s: mood memotivasikan diri sendiri.

Friday, July 6, 2012

Adam 3 bulan

Adam genap 3 bulan hari ini.
Sayapun dah masuk kerja semula.
Blog inipun bercuti panjang juga kan. Ingatkan masa bercuti boleh tulis blog, rupanya mood menulis tiada, lagi best mengulit baby.. hihi..

Maka, selamat kembali bekerja untuk diri sendiri.

Wednesday, May 30, 2012

52 hari

Hari ini merupakan hari ke-52 saya dalam cuti bersalin. Cepat pula masa berlalu kan. Mood menulis memang tiada semenjak balik kampung ini atau boleh saya katakan sebab ada banyak perkara lebih penting perlu diutamakan menyebabkan blog ini tak sempat nak di update ceritanya. Alhamdulillah semua sihat ni. banyak perkara nak cerita sebenarnya, insyaAllah nanti kita mula satu persatu ya.

Take care semua.. :)

Sunday, April 15, 2012

Memperkenalkan..

Beberapa jam setelah dilahirkan.
Adam Huzaifah bin Muhammad Faisal.
Alhamdulillah saya selamat melahirkan anakanda ketiga pada 6 april 2012, jam 10.44am dengan berat 3.0kg di Hospital Pakar An-Nur Bangi. Satu pengalaman mengandung dan bersalin yang berbeza daripada sebelumnya. Cerita hal bersalin nanti lain entry ya. Kami namakan Adam Huzaifah bersempena nama Nabi Adam dan Huzaifah pula nama sahabat nabi yang pernah menjadi perisik nabi dan penyimpan rahsia nabi. Besar maksud nama itu moga anakanda kami juga dapat memikul amanah dan tanggungjawab sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga dengan baik juga. Kami dah tahnikkan Adam dan cukur jambul serta umumkan nama sebagaimana amalan sunnah nabi pad hari ke-7. 

Abah ummi doakan yang terbaik untukmu anak sepanjang hayatmu. Amin.


 
Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 14, 2012

12 April 2012 - ulangtahun ke-4

Selamat ulangtahun kelahiran ke-4 anakanda Khadijah Nur Syifaa'. Abah ummi doakan kesejahteraanmu sentiasa, moga membesar sihat, menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam rahmat Allah. 

Walaupun masih selesa dipanggil dan memanggil dirinya sendiri sebagai 'adik', dia memang sudah besar, ditambah sejak bersekolah di taski ni, memang nampak perubahannya. Biarpun belum kenal semua huruf dan menulis dengan baik, tapi dia seorang penghafal yang baik. Yang itu sangat jelas kelihatan. Lagu-lagu dan doa-doa serta bacaan dalam solat memang dah banyak dia dah hafal dalam masa 4 bulan ini. Dia takde menunjukkan unsur cemburu bila ada adik baru ini, malah protective juga terhadap adiknya.

Kalau ingat balik kisah kelahiran dan episod berada di NICU dulu memang tak sangkalah dia membesar sihat hari ini. Kami sangat bersyukur di atas kesempatan yang Allah berikan untuk Khadijah bersama kami higga ke hari ini. Moga dia sentiasa dalam pengawasan Allah.


Saturday, April 7, 2012

anakanda ketiga

Alhamdulillah saya selamat melahirkan anakanda putera pada 6 april 2012 jam 10.44 am dengan berat 3.0kg.

Terima kasih Allah... I feel blessed :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

Menghitung hari..

Rupanya penat juga menghitung hari nak bersalin ni kan. Inilah pertama kali saya jejak 38 minggu. Jika 2 kelahiran sebelum ini semuanya spontaneous labor, eh untuk aisyah je lah sebab ingat lagi awal pagi pecah air ketuban kat rumah, then pukul 7 pagi sampai hospital, pukul 9.28 pagi saya selamat bersalin. Masa itu baru 37 minggu. Yang Khadijah pula, saya kena tahan wad 3 hari, masa kat wad tu terasa ada contraction dan memang dah terbuka jalan, maka tak sampai 5 minit masuk labor room, saya selamat bersalinkan dia, dengan bantuan seorang nurse je pun. Itupun dia tolong sambut je. Jadi, untuk kali ini, ibarat menunggu sesuatu yang tak pasti. Iyalah, sebarang tanda seperti keluar lendir bercampur darah ke, pecah air ketuban pun belum, false alarm memang adalah selain daripada itu, saya rasa ok je. Penat, mengah tu biasalahkan, perut dah besar sangat dah ni saya rasa.

Esok saya ada temujanji dengan pakar. Dia cakap jika saya belum bersalin, maka bersedialah esok untuk dia check pintu rahim. Ouch mesti sakit,kan..tapi hadap je lah. Saya pun memang dah tak larat benar dah ni. Pasrah je lah dengan segala ketentuanNya. Moga yang terbaik sahajalah untuk saya dan baby. Mari saya kongsikan tanda-tanda seseorang itu nak bersalin ya.

How do I know when I am in labour?

Everyone's labour is different, and pinpointing when it begins is not really possible. It's more of a process than a single event, when a number of changes in your body work together to help you give birth.

In early labour, also called the latent phase you may feel the following:
  • Persistent lower back or abdominal pain, often accompanied by a crampy premenstrual feeling.
  • A bloody show (a brownish or blood-tinged mucus discharge). If you pass the mucus plug that blocks the cervix, labour could be imminent or it could be several days away. It's a sign that things are moving along.
  • Painful contractions that occur at regular and increasingly shorter intervals and become longer and stronger in intensity.
  • Broken waters, but you're in labour only if it's accompanied by contractions that are dilating your cervix.
How you will feel in early labour depends on whether you've had a baby before, how you perceive and respond to pain, and how prepared you are for what labour may be like.
Sumber http://www.babycentre.co.uk/pregnancy/labourandbirth/labour/howknowwheninlabour/

Apapun, saya seronok dengan kehamilan kali ini. Ingat lagi, masa awal-awal dulu, tak de selera makan, tak boleh nak masak, pastu dah boleh masak, tak selera nak makan, sekarang ni boleh pula makan. In fact, kalau pergi kedaipun saya tak selera sangat, sekadar alas perut je, kalau order nasi putih/ nasi goreng, memang tak sampai separuh habis. Tapi, saya berselera makan lunch, maka saya pastikan saya ambil lunch. Sekarang ni dah towards the end, saya dah tak makan banyak, suka makan biskut, roti, yang ringan-ringan je. Doktor pun pesan jangan makan manis-manis sangat. Baby dah 2.9kg masa check-up minggu lepas. Esok ni mesti dah 3kg lebih.

Saya tak sabar juga nak balik berpantang kat kampung. Lama sungguh tak balik. Kali terakhir raya haji tahun lepas, bulan 11 kan? walaupun makabah selalu je ulang-alik datang sini, tapi tetap tak sama,kan. Rancangnya, Aisyah dengan Khadijah akan tumpang tadika berdekatan rumah makabah saya masa kami balik kampung nanti. Kita tengok macammana nanti, sayapun boleh stress kalau tiga-tiga tu duk rumah. Haha.. lepas tu, ada hati nak siapkan proposal dengan artikel jurnal dalam tempoh berpantang kali ini. Kita tengoklah nanti berjaya ke tak, kan. Milestones kena ada, kan. Tercapai ke tidak itu lain cerita.

Ok cukuplah saya mengarut di sini mengenangkan kisah diri. Hihi coretan akhir ibu mengandung ni kan, maka layankan je lah ya. Nanti kalau berkesempatan, saya kongsikan pasal temujanji saya esok. Doakanlah segala urusan kami dipermudahkan.

Monday, April 2, 2012

Cerita Bandung 2 - Taman Safari, Bogor

Hari Kedua

Untuk hari ke-2 memang rancangannyaa ke Taman Safari di Bogor. Menurut supir, ia akan mengambil masa lebih kurang 3jam. Memang betulpun. Jalannya juga naik-turun bukit. Sebelum pergi sana tu, perut saya rasa tak selesa, saya ingat macam tak nak join tapi semua insist suruh pergi, cakap kalu duk sorang-sorang kat hotel, susah juga, nak makan dan sebagainya. Maka, sayapun ikut juga lah. Sebab naik coaster, jadi tak terasa bumpy sangat jalannya.

Saya recommend tempat ini untuk yang bawa anak-anak kecil berjalanlah sebab ia macam zoo kita tapi lebih real sebab kita hanya boleh duduk dalam kenderaan dan haiwan-haiwa itu berkeliaran je dalam zoo tu. Harga masuk boleh tahan mahal juga, RP 155k seorang dalam lebih kurang RM50, bila dibawa melawat dalam kawasan taman itu lebih kurang sejam juga, kemudian ada tempat rehat di mana banyak pertunjukan haiwan boleh dilihat, even theme park tempat mandi-manda, mini fun-fair pun ada. Tapi dengan cuaca sejuk, sayapun tak pasti ada orang boleh tahan mandi-manda kat situ. Sebelum masuk ke Safari tu, ada gerai kiri-kanan jalan jual lobak kecil-kecil dengan pisang. Rupanya ia untuk kita beli buat bagi haiwan makan dalam safari itu nanti.

Haiwan pertama menyapa kami bila masuk Safari ini.
Alma?
Orang Utan

Besar dan cantik tempatnya, standard lah dalam hutan tapi very scenery lah. Tambah pula cuaca yang dingin je. Ada air tu untuk basuh tayar kereta. Bagi elakkan ada haiwan pemangsa dapat hidu dan nak terkam ke kenderaan pula kan.

Khadijah berlatarbelakangkan singa. Gemuk-gemuk singa kat sana. Masa ni sila tutup pintu coaster rapat-rapat ya.

Gajah

Khadijah dan Zebra. Saya tak dapat capture Aisyah dengan haiwan sebab dia kat tingkap belah sana. Mungkin ada dalam kamera dslr adik ipasr. Tapi belum tengok lagi gambarnya pun. :)

Hyppo ni asyik tadah mulut je. Dengan haiwan Alma kot tu sebelahnya.
Monkey itu tengah breastfeed anak dia.
Gambar keluarga di tempat rehat Taman Safari sebelum kami pergi lunch.
Ini di perkampungan cowboy. Kami tengok cowboy show kat sini, memang real tapi bebudak ni nangis takut sebab bunyinya kuat sangat, dengan keluar api, air, bom, pistol, kuda dan sebagainya.
Kat kawasan tempat rehat juga ada tempat makan, so banyak benda boleh buat di situ cuma kami tak sempat pusing semua. Dah lah masa sampai di kawasan rehat tu hujan renyai-renyai, pastu sejuk, memasing malas nak berjalan, apatah lagi saya, kan. Hihi.. Bila tengok jadual pertunjukan, memang banyak tapi kami pergi ke cowboy show je. Supir tu cakap yang ini kena pergi. Kami masuk cerita dah mula. Memang real scenenya, tak sempat kami nak perhatikan props nya sebab show dah mula kan. Siap dengan bom, pistol, riffle bagai lah. Air pancutnya, bom meletup dalam air, habis kena audience, tapi kami tak sempat kena sebab duduk wing tepi. Saya tak ambil gambar sebab kamera dengan husband, ingatkan dia ambil gambar, diapun fokus tengok cowboy tu rupanya. Pastu Aisyah dengan Khadijah menangis sebab bunyinya agak kuat, pastu siap dengan orang jerit-jerit, bunyi bom, pistol semua tu lah kan. Yang kelakarnya, cowboy cakap Indon lah kan, makanya gigih jugalah nak memahami isi butir dialognya. Apapun, it was really interesting. Boleh pujilah.

Dah habis tengok show, dah pukul 3 ptg lebih, maka kita ambil keputusan solat jamak dulu sebelum gerak balik ke Bandung. Sampai Bandung dah petang sangat dan terus pergi makan. Balik hotel, selesai urus diri memang tidur terus lah. 

p/s: gambar-gambar di atas itu hanya sebahgaian sahaja, malas nak edit lagi, sebenarnya ada banyak lagi haiwan dalam safari tu. Ada juga rumah ular, insects, etc. Dan kami tak habis pergi semuapun sebab kekangan masa. Kalau tak kerana perjalanannya jauh, mesti ada lebih masa di sana. 

Saturday, March 31, 2012

Minggu ke 37

Mungkin ini entry akhir sebelum saya bersalin. Sehingga hari ini, alhamdulillah keadaan saya sihat. Sekaranga ini, perut asyik mengeras dan baby pun banyak gerak. Semalam check up dengan Dr Fatimah, berat baby dah 2.9kg, mm..the biggest baby so far compared to Aisyah 2.2kg, Khadijah 0.934kg. Dr cakap kalau by next week tak bersalin, dia akan check pintu rahim. Dengar je pun saya rasa ngeri dah, moga-moga saya dapat bersalin secara semulajadilah, saya dah bersedia ni. Berat terkini saya ialah 66kg juga paling gemuk dalam sejarah hidup. Rasa badan berat sangat dah.

Persediaan untuk kelahiran kali ini, insyaallah rasanya dah siap. Beg saya dan beg baby dah masuk kereta. Banyak juga barang beli baru seperti katil baby, sebelum ini ada playpen je, playpen tu dah lama dan cadangnya ia akan bawa ke rumah pengasuh baby nanti. Beli sterilizer supaya lebih manageable untuk steril botol susu nanti. Pump susu guna yang masa khadijah je cuma beli spareparts baru. Since kali ini insyaallah baby boy, maka banyak jaga beli baju, blanket, almost everything in blue lah kan.. Persediaan untuk simpan susu pun kena buat awal. Saya dah beli botol dan storage beg untuk kegunaan dalam pantang nanti. Mudah-mudahan berjaya dan dipermudahkan misi menyusu kali ini. Untuk saya pula,bengkung lama masih elok, nursing bra,nursing pads dah beli. Cukuplah tu rasanya, kalau ada yang kurang nanti masih boleh beli nanti kan.

Yang penting sekarang ialah persediaan mental. Kena banyak doa dan solat hajat agar dipermudahkan urusan bersalin saya nanti. Doakanlah segalanya dipermudahkan bagi kami ya. Biarpun dah nak masuk anak ke-3,masih lagi rasa nervous dan tak tentu arah bila fikir nak bersalin ni. Hihi..



Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 30, 2012

Flying at 33 weeks

I knew some of you may thought that I shouldn't go at the first place. Already in the 3rd semester of pregnancy, with previous history of premature labour, even my gynae didint allow me to go but I went against her. Heheh... I asked for another opinion from different doctor and she said I may go but with some risks. To give labor, it could be anywhere, it just a matter of the logistic and how emergency it is. She said, I would feel guilty if I asked you for not to go and yet, you wont give birth here during the travel dates and I will surely be unhappy too if I let you and you ended give birth there. So, it is better to discuss with your husband. The discussion was held a day before we went to Bandung. She gave me the referral letter stated that I am in my 33 weeks and fit to fly., plus with Ventolin. The ventolin was prescribed to help my womb to relax. On the morning of our departure, our flight scheduled at 10pm actually, I had a monthly check-up with my gynae. She said the head has engaged but not fully yet. The rest were ok. After discussed it with my husband, he said, I want you to go. Dont worry, everything will be fine. 

At that time, my parents has arrived at our home since we've bought the tickets for them also. My father was a bit excited about the trip, it made me feels reluctant if we are not going. Since we just decided that I will go, so arrived home, I started to pack our things. Luckily, I have prepared the kids bag few days before. Since the time were limited that day, we are going to LCCT around 6pm, so I didnt have chance to relax or took some nap. After settled everything at check-in counter, went for solat, bought some foods, then we heard that the flight was delayed. Mm.. at that time, already 10 pm. Normally, if at home, I've already in bed or at least laid down. So, I felt some stress and the baby kept moving a lot which was a sign that he wanted me to have a rest. He normally did that so I already knew when I felt that gestures, I need to rest. So, I asked my husband to go to the musolla at the waiting area and gonna have some rest. I laid for about 15 minutes then I heard the announcement that the flight has arrived. So off we go then.

The AA staff detected that I am pregnant. She asked how many weeks and did I bring a doctor's referral letter. I said yes and gave it to her. She asked me few questions and a form to sign. That's it. During the entire flight, I had no problem, it just that I need to lay down. I cant wait to arrive at the hotel and lying down. Seriously. I had a backache, the baby kept moving and Khadijah is not well also. Finally, Alhamdulillah we settled down at the hotel about 2 am and went to sleep.

The journey back was well too. It surely was a big relieved when we saw the LCCT airport. Hehe.. Then, everyone said, now you can give labour at anytime. I knew it was a risk traveling at 33 weeks, but I'm very sure that I was in the good health and condition at that time. This entry was not meant to be any form of guidance or reference to others since our condition might not be the same. You should refer to your gynae as well and please decide for the best. If I were happen to give birth at Bandung, well we've prepared extra money actually, I also brought along a pair of his newborn attires, blankets and few more.. :) just in case right. Alhamdulillah. It was a very good trip. Even though I was not really in shopping mood, (you got to believe me because I didnt shop much for myself ok :) ) but I enjoyed. Despite of having difficulties at moving around, then I need to go to the toilets every 2 hours, I did prayed hard that I wont give a birth there, and counting days to our last day (we've been there for 5 nights and 4 days). So perhaps you might imagined what and how I felt during the whole trip.

In flight from Bandung-KL

Thursday, March 29, 2012

Cerita Bandung 1

Saya tahu dah lama tak update blog. Nak tulis pasal minggu-minggu terakhir sebelum bersalin pun belum sempat juga. Pastu kan, waktu tengah sibuk banyak keje tu lah biasanya idea nak menulis datang. Memang macam tu sepatutnya? haha.. jadi kita ringkaskan je lah, cakap mana yang penting je lah ni kan.


Hari pertama
Di depan bilik hotel kami di Bandung, Orange Homes Hotel.

Setelah siap sarapan, kami ke Pasar Baru gerak dari hotel dalam pukul 9 pagi, balik selesai shopping pukul 5 petang. Itupun belum selesai sebenarnya. Memang lenguh kaki, perut mengeras, risau nak bersalin je. Heheh..

Tengah cari telekung untuk anak-anak. Saya sampai je mana-mana kedai, minta kerusi nak duduk dulu. Nasib baik ibu mengandung, maka diutamakan. Penat tau Pasar baru tu ada 8 lantai.

Akhirnya, dinner di Restoran Sangkuriang. Boleh tahan lah restoran ini, kami sempat 2 kali makan kat sini.
Seperti ramai maklum yang saya pergi ke Bandung ini masa kandungan 33-34 minggu. Tawakal je lah ni, kalau bersalin kat sanapun, redha je lah tapi berdoa banyak-banyak agar janganlah kan. Jadi, saya memang berhati-hati, tidur awal, tidur pukul 9 malam waktu Malaysia, sana pukul 10 malam. Tapi, pagi dah bangun awal, kul 5 pagi dah bangun. Makan pun pastikan cukup, paksalah makan apa yang boleh. Minum air banyak-banyak pada sebelah malamnya, siang terpaksa kurangkan kalau tidak asyik nak pergi tandas je. Saya memang ulang alik pergi tandas setiap 1.5 - 2 jam sekali. Cuma boleh pujilah kat Bandung sebab tandasnya bersih, maka terpaksa ulang alik banyak kali dan bayar Rp 1000 pun tak kisah (lebih kurang 30 sen kita je pun). Tambah lagi cuaca di sana yang sejuk-sejuk ala Cameron tu kan.

Di Pasar Baru ini, harganya boleh tahanlah murah. Sebab masih boleh tawar-menawarkan. Barang memang banyak, tapi tak sempat pusing tengok semua. Antara yang dibeli adalah telekung solat, jubah sulam, blouse, kain cotton, ada juga yang beli beg-beg dan kasut. Saya cari baju-baju untuk anak-anak tapi tak jumpa. Satupun tak beli, yang ada hanya T-Shirt Bandung je. Dalam sejarah lah kami tak shopping baju anak-anak bila keluar berjalan. Di Factory outlets ada, tapi harganya lebih kurang kat Malaysia je, ke saya yang tak jumpa factory outlets yang betul? Sebab kami singgah beberapa factory outlets je pun sebenarnya. Yang lain tak berminat dengan baju anak-anak, maka demi kepentingan semua, kita tak pergilah.. :) tak rasa ralatpun sebab kami dah shopping baju raya mereka dah banyak tempohari masa year end sale lepas. Cukup stok setahun rasanya, tapi ada juga lagi kena beli seperti seluar untuk Khadijah (susah nak cari yang sesuai dengan dia, kaki panjang tapi pinggang longgar sebab dia kan slim), untuk baby lagi (saje cari alasan nak shopping lagi kan..). Kami memang beli baju anak-anak time warehouse sales kat sogo ataupun mana2 sales yang kira berbaloilah. Kali ini beli awal sebab saya kan akan bali kampung berpantang, kemungkinan besar balik sini nanti dah bulan Jun, nak dekat dengan puasa dah masa tu kan. Kita puasa bulan Julai, kan. Dengan ada baby kecik lagi, mesti susah nak jalan-jalan cari baju, maka kita decide tahun ini kita beli awal. Senang cerita.

Berbalik kepada cerita di Bandung, Hotel Orange Homes inipun not bad lah. Setakat untuk tidur dan rehat kan, sarapan disediakan, menu tak banyak tapi ok, saya boleh terima. Kami tempah hotel inipun dengan kawan, dapat harga Rp 240k semalam untuk satu bilik dua orang, dan family room Rp 450 k semalam. Kami ambil 3 bilik. Transport pula, kami pilih Pregio tapi since owner tu tak de Pregio pada hari pertama dan kedua, maka dia upgrade ke Coaster tapi dengan harga Pregio. Hari ketiga dan keempat kami naik Pregio. Naik coaster memang best lah sebab besar, tinggi dan selesa. Untung sebab masa hari kedua kami ke Safari di Bogor yang ambil masa 3 jam itu kami naik coaster, kalau naik Pregio mahu sakit belakang juga rasanya.

Wednesday, March 14, 2012

Bandung 2012

Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik dari Bandung, Indonesia. Memang tak sangkalah ada juga rezeki nak ke sana ini sebab saya kan tengah menghitung hari untuk bersalin. Memang tawakal habislah ni kalau ikut doktor pakar, memang dia tak benarkan saya travel jauh apatah lagi naik flight sebab saya pernah melahirkan anak pra-matang kan, tapi merujuk kepada doktor lain pula, dia cakap keadaan saya ok, risiko di mana-mana pun ada, maka dia cakap bincang dengan suami bagaimana. Suami saya memang nak saya pergilah kan, tiket penerbangan ini kami beli hampir setahun lepas, masa tu saya belum pregnant pun lagi, sebab itulah tak jangka dapat pergi juga. Nikmat Allah mana yang ingin kamu dustakan, kan. Kisah pengalaman naik flight dengan kandungan 34 minggu nanti saya cerita lain ya.

Keseluruhannya, pengalaman 4-5 hari berada di sana memang sangat dihargai. Selain membeli-belah di Pasar Baru, Toko 3, Jalan Riau, Jalan Dago, pasar pagi di Gedung Sate, kami berkesempatan ke Taman Safari Bogor, Puncak dan Tangkuban Perahu. Dalam itinerary asal, ada perancangan ke Kawah Putih, tapi atas nasihat pemandu, yang katanya di sana takde apa sangat yang menarik dan perjalanan sahaja dah 3 jam, mahu hari ahad akan sesak jalannya, maka kami tukar dengan acara shopping lagi. Hehe..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Khadijah yang sedang kurang sihat sekarang ini, kepenatan dan hilang selera makan agaknya semasa di sana buatkan dia lemah dan badan dehydrated. Semalam kena drip air sebotol di Azzahrah. Doktor cadang untuk admit dia masuk wad, tapi saya minta bawa balik rumah dan monitor dari rumah. Saya yakin dia akan lebih cepat recover jika berada di rumah. Alhamdulillah nampak baik-baik saja pagi ini..

Nanti gambar dan cerita lanjut akan menyusul. InsyaAllah.. :)