Wednesday, November 7, 2012

Adam 7 months

Adam turns 7 months yesterday. Cepat sungguh masa berlalu kan. Perkembangan dia sekarang, sudah mengengsot dengan laju, merangkak belum tapi angkat bontot sudah pastu jatuh. Alolo comel tau. Pastu ada dua batang gigi di gusi bawah. Part ni memang menakutkan sebab dia dah menggigit hari tu. Bila saya jerit, dia buat muka cebik-cebik nak nangis. Sekarang nampaknya dah reda. Eye-contact ok, suka sangat tengok dia bangun tidur dan senyum-senyum pastu tersipu-sipu malu sembam muka kat tilam. Comel. Serius. Siapa lagi nak puji anak sendiri kalau bukan maknya kan. Sudah mula makan solid food. Dah start dengan plain bubur, this week bubur+carrot. Pernah tried bagi dia puri epal, tapi dia tak nak. Bagi puri kentang, dia kembung sampai melalak-lalak seharian. Huhu susah juga kan nak try and error apa yang baby boleh dan tak boleh makan. Lepas tu Adam kena cirit-birit lebih kurang 2-3 minggu jugalah. Sepanjang tempoh tu, stop dulu any foods. Minum susu je. Inipun baru minggu lepas mula balik bagi makan. By the way, since dah almost 5 years takde baby kecil, seolah hilang ingatan what to prepare kepada baby Adam kali ini. Ok ini benar ok. Tapi thanx to Philips Steamber n Blender for making my life easier. Ini hutang review. nanti lah ya, tunggu ambil gambar cantik-cantik sket. Hihi. 

Memandangkan aktiviti harian dia ialah golek-golek, meniarap dalam baby cot dia, takpun duduk di swing dia, sekarang ini letak dia dalam walker Khadijah dulu. Baru teringat ada walker ni. Dulu beli masa Khadijah sebab nak bantu stimulate dia yang lambat berjalan. Kan Khadijah berjalan masa umur dia setahun setengah since dia prem kan masa tu. Actually takdelah lambat sangat tapi biasalah sebab dia prem, macam-macam risau masa tu. Tangan dia dah pandai grip, aktiviti kesukaan masuk benda dalam mulutlah. Perkembangan lain berat dia rasanya dah almost 8 kg. Last timbang 3 minggu lepas masa dia cirit-birit tu was 7.5kg. Hari Ahad lepas masa bawa dia pergi ambik injection 6 bulan, lupa pula nak timbang berat. Masih fully breatsfeeding. Alhamdulillah dapat exclusively breastfeeding for 6 months. Alhamdulillah stok masih banyak. Sekarang ni saya bekalkan dia 3-4 botol x 4-5 oz sehari. Kekadang ada lebih sebotol tak habis. Biasanya 3 botol fresh ebm dan 1 frozen ebm. Sedang gigih habiskan stok frozen ebm bulan Jun 2012. Alamak bulan depan nak nak expired kan. Saya rasa stok tu banyak sebab saya tak consistently bagi dia frozen ebm. Memang dia tak suka sangat kalau frozen, satu lagi hari tu masa dia kena cirit-birit hampir 3 minggu tu, saya bagi yang fresh je. Kesian kat dia padahal bukan sebab susu pun dia cirit-birit tu. So now, stok susu Julai dan Ogos kira banyak juga, yang mula sedikit ialah stok September, Oktober. Ayyok..tetiba rasa risau pula boleh survived tak ni sampai 2 tahun. Ya Allah, permudahkanlah urusan saya dalam menyusukan anak saya ini. Amin.

Inilah budak comel yang sangat murah dengan senyuman.. Tapi, gambar ini gambar dia bangun tengah malam sebab sakit perut agaknya..

Ok ini interframe gambar tokki potong kek dengan Khadijah dan Anas yang baru bangun tidur.

Khadijah ni suka sangat dengan kek. Kebetulan masa balik raya tempohari, birthday tokki dia, maka dia request kek. Yang nak makan sebenarnya Khadijah, birthday tokki tu jadi alasan je. Tapi, oklah sesekali makan kek celebrate birthday tokki. Bukan selalu kebetulan begitukan. Semoga tokki panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk beramal ibadat.


4 comments:

Nieza Ishak said...

Mirah,

sekejap jer rasa Adam dah 7bulan .. sikit lagi dapat kaki .. ;)

Fiza Rahman said...

Comel. Kejap jer kan. Cpt adam tumbuh gigi erk.

mirah said...

Nieza,

itulah kan. dalam kelam kabut seharian pun, anak-anak tetap membesar. Kita kena pandai cari kualiti time bersama mereka.

Huhu ayat nasihat diri sendiri ni. Hari tu janji nak bacakan buku sebab dah lama tak baca buku bersama kakak2 tu, mlm tadi tak sempat lg. Huhu bersalahnya rasa.

mirah said...

Fiza,

A ah cepat pula dia tumbuh gigi. Itu baru dua dah sakit kena gigit, tumbuh lg 2 atas. Huhhu..