Sunday, April 15, 2012

Memperkenalkan..

Beberapa jam setelah dilahirkan.
Adam Huzaifah bin Muhammad Faisal.
Alhamdulillah saya selamat melahirkan anakanda ketiga pada 6 april 2012, jam 10.44am dengan berat 3.0kg di Hospital Pakar An-Nur Bangi. Satu pengalaman mengandung dan bersalin yang berbeza daripada sebelumnya. Cerita hal bersalin nanti lain entry ya. Kami namakan Adam Huzaifah bersempena nama Nabi Adam dan Huzaifah pula nama sahabat nabi yang pernah menjadi perisik nabi dan penyimpan rahsia nabi. Besar maksud nama itu moga anakanda kami juga dapat memikul amanah dan tanggungjawab sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga dengan baik juga. Kami dah tahnikkan Adam dan cukur jambul serta umumkan nama sebagaimana amalan sunnah nabi pad hari ke-7. 

Abah ummi doakan yang terbaik untukmu anak sepanjang hayatmu. Amin.


 
Published with Blogger-droid v2.0.4

11 comments:

Tirana said...

Tahniah Mirah...mudah-mudahan Adam Huzaifah menjadi anak yang soleh..

mirah said...

K tirana,
Amin.InsyaAllah.
Terima kasih.

Nadiah Sidek said...

comelnya! rasa nak ada baby juga..hihi..

mirah said...

Nadiah, sila-sila... :)

Alida Ali said...

Tahniah...bersalin kt annur ye...tingal area bangi ke..

mirah said...

Sis Alida,
Ya di annur, buat masa ni stay kat serdang. Skrg balik berpantang di trg.

Ina Hashim said...

Alaaaa comeynya baby Adam...kulit mulus gebu...tahniah Mirah...selamat berpantang & menyusukan baby Adam

mirah said...

Kak Ina,
thanx.. :)

eLL said...

tahniah

lia said...

Alhmdlh...

selamat datang Adam Huzaifah...

mirah said...

sis eLL,
terima kasih.. :)

LIa,
thanx.
Lepas ni turn Lia pula.
Take care ya.. :)