Pada suatu hari yang tidaklah begitu tenang, macam biasa, lepas abah dia balik dari masjid lepas maghrib, aisyah akan mengaji satu surah pendek, ikut turutan lah kan. Bila dah hafal, baru beralih surah. Dan selepas dah habis mengaji, dia kena ikut saya solat maghrib. Rutin ini kira hampir tiap hari lah berlaku, ada juga tak buat sebab tak sempat sebab nak keluar ke, ada hal lain ke, ada tetamu kat rumah ke. Tapi macam tu lah kebiasaannya. eh panjang pula melalutnya..
Jadi macam biasa dia ikut saya naik atas. Saya dah siap bentang sejadah pakai telekung, suh dia pakai tapi dia tak nak. Saya solat je lah dulu. Tak khusyuk dah solat saya jadinya sebab dengar dia jawab kat abah dia bila abah dia tanya "Aisyah, dah solat belum?" Dia jawab "Dah.." Padahal dia belum lagi solat. Sabar je lah. Dah habis saya solat, saya panggil dia datang duduk depan saya sambil ngadu kat abah dia yang aisyah cakap tak betul sebab dia tak solat lagi sebenarnya. Haih saya tak boleh terima bila anak saya dah pandai cakap tak betul dan bagi alasan. Tak nak dia rasa itu satu perkara yang betul bagi dia kan. Dah kena panggil mengadap kat depan ni, saja nak provoke dia sket.
Saya: Aisyah, siapa yang ciptakan kita?
Dia: Tuhan.
Saya: Kita ni agama apa?
Dia: Agama Islam
Saya: Kalau Allah ciptakan kita, kita kena cakap apa?
Dia: Terima kasih Allah.
Saya: Terima kasih je? Macamana nak tunjuk kita terima kasih?
Dia: .................... (dia diam je sambil senyum simpul)
Saya: Kan ummi dah cakap, salah satu tanda kita ucap terima kasih pada Allah kita kena sembahyang kan, betul tak?
Dia: .................(Dia angguk kepala je..)
Saya: Aisyah faham tak ni?
Dia: ..................(angguk lagi..)
Saya: Sape yang bagi kita rezeki untuk makan? yang bagi kita sihat semua?
Dia: Allah
Saya: Aisyah sayang kat Allah tak? nak Allah sayang kat Aisyah tak?
Dia: Sayang.. Nak..
Saya: So apa nak kena buat?
Dia: Kena sembahyang, doa.
Saya: Haa pandai pun. Kakak kan good girl, kakak yang besar kan, kalau kakak ikut ummi solat, nanti adik pun ikut sama. Aisyah tengok tadi kan, Adik dah siap pakai telekung ikut ummi solat, bila dia tengok kakak tak solat, dia pun tak nak solat. Adik kan suka ikut kakak, jadi kakak kena tunjuk contoh yang baik lah. Kakak, solat ni tak lama pun, sekejap je, lepas kakak solat, kakak pergilah main semula. Kita kena solat 5x sehari tau. Ummi abah boleh solat, kenapa kakak tak boleh... bla..bla.. satu lagi, jangan cakap tipu. Allah marah tau sape suka cakap tipu dan ummi pun tak suka... bla..bla..nak buat lagi? Aisyah jawab, tak nak...bla..bla..
Wah panjang lebar kena ceramah anakku itu. Sebenarnya lagi panjang, dah ingat-ingat lupa lagi bebel apa kat dia. Hihi..Tapi lepas tu dia ambil telekung dia dan solat. Alhamdulillah elok semua rukun dia buat dan bacaan dalam solat dia hafal cuma ada yang tersalah sebut tu adalah, Itu takpe boleh buat pembaikian nanti. Sejuk hati tengok dia dah boleh sebenarnya cuma kena psiko sket lah. Takpe, anak-anak ni dari kecil lah kena lenturkan, biar lah tak sempurna lagi solatnya, kita perbetulkan dari semasa ke semasa yang penting pembudayaan dan pemahaman dia tentang solat itu. Sekarang ini tidaklah saya paksa dia cukupkan 5 waktu pun. Jika di sekolah, dia memang solat zuhur dan asar bersama, balik rumah saya minta dia solat maghrib. Solat isyak tu jika dia tak tidur lagi, saya ajak solat sama. Solat subuh setakat ini belum lagi lah. Yang penting signal awal tentang solat tu kena mulakan.
Membesarkan anak-anak hari ini ramai yang cakap susah dan mencabar berbanding dahulu. Saya tak mampu nak bandingkan sebab saya tidak pernah berada pada tempat orang-orang terdahulu dalam konteks mendidik anak. Saya dididik oleh makabah saya adalahkan. Namun, saya setuju jika orang kata, bukan mudah nak membesarkan anak. Mengapa? sebab kita, ibubapa ini adalah guru paling dekat dengan anak-anak. maka sudah pastilah kita kena jadi guru terbaik kan dan adakalanya saya rasa saya gagal dalam aspek tersebut. Kita tak nak dia tinggikan suara pada kita, tapi kita tinggikan suara marah dia kan. Kita tak nak dia pukul orang, tapi kita pukul dia juga bila dia buat salah kan. What we give, we will get back! atau What goes around, will comes around. Huhu terkesan sungguh ayat itu. Kan memang sunnatullah begitu kan. Maka, marilah sama-sama kita mendidik anak sebaik mungkin.
Ajar anak menghormati orang tua dengan kita menghormati orang tua dahulu, ajar mereka tentang budi bahasa, adab dan sopan santun. Maka contoh terdekat juga kita. Ajar anak jangan menipulama-lama jadi pencuri, dengan jangan kita menipu anak. Sebaliknya bagilah alasan yang logik kalau perlu untuk berbohong sekalipun. Dan selalulah menghargai anak. Macam saya ceritakan pasal aisyah dan solat tadi. Lepas je dia habis solat siap baca doa, saya panggil dan peluk dia, puji dia cakap very good. Kan ummi dah kata, kakak pandai. Bagus kakak ni. Adik, tengok ni, kena tiru macam kakak tau. Pastu mulalah aisyah cakap, adik kena ikut kakak pergi sekolah, nanti boleh belajar solat. Bila turun bawahpun, cakap kat abah dia, aisyah ni pandai solat. Dia memang good girl, lagilah tersipu-sipu malu si anak tu, pastu abahnya harus bagi pujian gak lah sebagai motivasi kan. Dan malam seterusnya dia solat sendiri, tapi kena suruh dululah kan. Ada satu hari tu, saya tak leh solat, suh dia solat, saya tunggulah dia solat sampai habis dan baca doa. Oklah sebagai pengenalan awal. Kalau dia balik kampung atau ada kawan di rumah, payah gak lah nak suh dia berhenti bermain dan solat. Takpelah, itu next step akan datang pula. Tapi, kalau ajak pergi masjid atau singgah RnR, mereka berdua dah boleh lah stay dengan saya dan duduk diam tengah saya solat. Jika tak, dulu kena bergilir dengan suami, lagi banyak masa kena ambil.
Ajar anak menghormati orang tua dengan kita menghormati orang tua dahulu, ajar mereka tentang budi bahasa, adab dan sopan santun. Maka contoh terdekat juga kita. Ajar anak jangan menipu
Aisyah sekarang berusia 4 tahun 2 bulan lebih. Biasalah anak lahir akhir tahun kan, di sekolah kira kelas 5 tahun, tapi kelas yang 'up' sket sebab sekali dengan budak 6 tahun. Sebabnya, dia dah masuk kelas 5 tahun, tahun lepas dan mungkin berpotensi sket daripada orang lain, maka dia antara 5 atau 8 orang budak 5 tahun lain yang dapat belajar dengan budak 6 tahun. Tapi takdelah sama semua silibusnya. Aisyah ni masih belum dapat membaca sepenuhnya, jika kat sekolah, cikgu cakap dia rajin. Kat rumah? alamak ummi dia yang tak rajin sangat. Dia banyak melukis, mewarna, buat buku latihan matematik atau ada juga membaca buku siri Bacalah Anakku. Sekarang ni pending kat buku no. 5, berminggu tak habis lagi sebab dia tak nak baca. Mm..ini cuti sekolah lagilah dia seronok main. Hantarkan dia ke rumah pengasuh sama dengan khadijah, kat sana ada anak pengasuh tu melayan dia.
Cukuplah tu kan, nanti sambung lain kali.
Cukuplah tu kan, nanti sambung lain kali.
Sambil meniarap di beranda Masjid Hijau Bangi. |
5 comments:
owh, kakmirah, keciknya rasa diri ni..
sy tahu anak sy ada potensi, tahun ini 4 tahun, tapi sy tak masukkan ke sekolah..kat rumah sekarang ni baru iqra' 1, bunyi za'
surah alfatihah tu bolehla sikit2, sebab dia selalu jd makmum walidnya time umminya tgh bersilat masak kat dapur(huhu, kesian walid selalu dah tak sempat g surau)
sekarang ni, kalau waktu walidnya outstation, dlm kereta jela sesi alfatihah n surah lazim..sbb adik ahmad pun suka dengar kakaknya..di rumah, kalau sempat sy minta juga dia baca iqra'..tapi sy takdala umpan apa2, haha, walidnya umpan aiskrim..
kalau weekend pun, subuh, walidnya nak ke surau, dia terjaga, dia akan turun bawah n baring kat sofa belek buku2 grolier dia tu..sy yg turun ke bwh lepas subuh nak sedia sarapan,sayu hati nengoknya..
sy bersyukur, anak sy takdelah minat nak tgk tv pun di rumah, tp mmg pelik sikit kat rumah org or di taska beriya menonton..hmm, mgkin sbb tv kat rumah tu tv hujan kut..haha.
nnt la kita jumpa cerita panjang lagi..
rafiza, hihi awak ambil yg baik je lah dari entry tu buat panduan. yang tak sesuai tu, abaikan lah ya..
mungkin mereka berdua dah besar sket skrg jadi, mudah sket nak ajar dan layan karenah mereka. awak jgn bandingkan keadaan awak dgn akak pula ya. Buat apa yg termampu je lah.. Akak ni kira byk benda lain tak terbuat, mengajar si khadijah lagi lah tak serius. Patut spend more time dengan dia. Tp Khadijah ni considered fast leaner gak lah sbb dia dah boleh ikut kakak dia baca qiraati dan ingat sket2 surah pendek.
Memang kita sebagai ibubapa kena cari dan gilap potensi anak --> huhu cakap utk diri sendiri gak ni.
apa tu tv hujan? anak2 akak pun sama, tak heran dgn tv. Hihi..
salam ziarah :) didikan yg bgs..solat mmg kena tekankan pd anak sedari kecil..klu dh beso baru nk lentur mmg liat..
as salam suziey,
thanx drop by sini.
ya betul tu kena mula dari awal.
tv hujan ialah tv yg keluar bintik2 tu..haha..
sy tak compare pun, sy tahu mana kemampuan sy..tapi sikap 'reluctant' tu membuatkan sy tak tahu macammana nak ukur keberjayaan dlm didik anak..
just feeling guilt cause not struggling in educate the children, reluctant to choose the proper place for her/him in developing their potential..
hmm..tak sabar nak settle kursus dpa, supaya dpt fikir untuk perancangan panjang, skrg ni just static but develop very little with the most little effort..i think..
Post a Comment